Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Raja Mara Berkongsi 10 Peraturan Dunia Fizikal, Bahagian 2 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sekarang, saya tanya dia (Raja Mara), “Dari mana datangnya Kasih Sayang ini? Apa jenis Kasih Sayang yang dapat mengatasi dan memenangi peperangan?” Dia kata, “Kasih Sayang-Mu dan kasih sayang anak murid-Mu.” Oh, saya begitu tersentuh dan gembira dengan itu! Sekurangnya amalan, kasih sayang kita menyumbang kepada sebahagian besar daripada kawalan peperangan dan membawa keamanan walaupun tidak sepenuhnya atau belum lagi berkekalan. Tapi mana tahu, mungkin ia berkekalan. Kerana kita tidak hidup di sini sendirian. Kita perlu berkongsi sebahagian daripada karma kolektif dunia ini kerana kita hidup bersama mereka. Kita makan bersama mereka, makanan mereka, keluaran mereka. Kita gunakan bahan atau benda kreatif mereka. Lebih atau kurang, kita perlu langsaikannya walaupun Guru sudah langsaikan kebanyakannya. Dunia ini ialah, seperti yang dikatakan oleh Santo China, ‘世界是一個最大的染缸’. Bermakna itu kolam pewarna yang besar. Kita dapat lihat dunia ini tiada banyak pewarna yang berwarna-warni untuk kita, hanya hitam, coklat. Itu karma yang menyelubungi nasib planet ini dan buat semua orang menderita. Mereka nampaknya tetapi tidak mahu mengubahnya atau tak cukup kekuatan untuk berubah.

Saya berkata secara rambang apabila teringat akannya kerana perbualan tak sentiasanya tertumpu pada satu tema tetapi kadangkala ia melompat ke sana ke mari, atau subjek yang berkaitan akan timbul, jadi tak mengapa. Saya beritahu anda saja apa yg saya rasa anda harus tahu atau apa yang saya dibenarkan untuk beritahu. Jadi saya beritahu anda bahawa kasih sayang anda, kasih sayang kita, berikan pengaruh yang benar-benar baik jika kita tak nak kata pengaruh yang besar di dunia ini. Jika tidak, dunia ini telah musnah lama dahulu lagi, jadi teruskan amalan meditasi penuh kasih sayang anda. Teruskanlah dengan tenaga amalan meditasi Quan Yin anda yang berkuasa, penuh kasih sayang, keprihatinan, kuat serta percayai Kuasa Guru yang sentiasa bersama anda dan membantu anda sebanyak boleh.

Tetapi kasih sayang anda, amalan spiritual anda yang rajin, kepercayaan ikhlas anda kepada Triniti: Tuhan, Tim Qo Tu dan Nabi Isa, Anak Tuhan… Sebenarnya kedua-duanya ialah Anak Tuhan, sama seperti Lao Tzu berkata bahawa Yang Maha Besar Melahirkan Dua. Daripada Dua, melahirkan semakin banyak, kemudian 10,000 benda dilahirkan daripada ciptaan ini, daripada Kelahiran Terbesar di Alam Semesta ini. Tanpa Anak Tuhan, tanpa dua Anak Tuhan ini, tiada sesiapa boleh dilahirkan di sini pun, tiada sesiapa yang boleh diampuni pun, tiada sesiapa yang boleh dinaikkan ke peringat Santo pun. Lagi kurangnya Orang Suci di planet ini lagi banyak kegelapan akan wujud, lagi banyak penderitaan akan menimpa sesiapa saja yang berada di planet ini, tanpa badan pun, dalam roh saja pun. Jadi dah tentu, Tuhan adalah Maha Berbelas Kasihan lagi Maha Pengampun. Kita bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa selama-lamanya. Kita tak dapat bersyukur kepada Tuhan, MaPa kita, tak dapat bersyukur dengan secukupnya. Yang Maha Besar kita dan satu-satunya Ibu Bapa kita.

Sekrg saya berterima kasih kpd anda juga, anak murid Tuhan saya kerana anda telah menyumbangkan keagungan, kasih sayang, toleransi, ketabahan dan berkat kepada planet ini. Saya berterima kasih kepada anda. Saya berterima kasih kepada kakitangan Supreme Master Television, anggota pasukan dalaman, anggota jarak jauh juga. Saya memang amat berterima kasih kpd anda. Saya begitu gembira adanya anda. Saya begitu gembira dengan anda begitu murni dalam dedikasi anda serta ada begitu banyak keprihatinan dan kasih sayang terhadap orang lain yg masih mundar-mandir dlm kegelapan. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada anda. Apa-apa yang boleh saya kongsi dengan anda sebagai pahala, saya sentiasa sanggup. Apa-apa yang boleh saya bantu anda dengan sebarang cara di dunia fizikal yg mencabar ini, saya sentiasa buat begitu Anda tahu akan itu. Meskipun anda tak nampak saya, saya sentiasa berada di sisi, bekerja bersama anda 24 jam setiap hari. Selain kerja saya sendiri, kita semua bekerja secara sama. Saya kasihi anda selama-lamanya. Kita ialah kawan karib selama-lamanya, kawan karib selama-lamanya.

Sekarang, Raja Mara juga sangat kagum dengan anda dan kerja kita. Dia juga memuji saya dan tidak menentang saya sama sekali. Dia kata, menurut laporan tentang dia, ia nyatakan kata-kata seperti dia menyerah kepada kerja saya “kerana Engkau wajar disanjung.” Saya amat berterima kasih kepada dia.

Saya bersyukur kepada Tuhan. Saya sentiasa bersyukur kepada Tuhan atas setiap perkara besar dan kecil dalam hidup. Apa yang saya makan, minum, itu pun, sentiasa mengikut Perintah Tuhan, Kehendak Tuhan. Saya tidak buat apa-apa tanpa Keizinan dan Perintah Tuhan. Walaupun Kami ialah Satu Entiti, namun dalam jiwa saya, hati saya, saya sentiasa ingat bahawa Tuhan adalah Yang Maha Tinggi, Tuhan adalah Yang Maha Besar, Tuhan ialah Ibu Bapa, Yang Unik dan Satu-satunya Ibu Bapa semua makhluk termasuk saya sendiri. Ingatlah akan itu sepanjang masa, syukur kpd Tuhan, bergantung pd Tuhan, percaya kpd Tuhan, terima nasihat Tuhan jika boleh pada bila-bila saja.

Banyak kali, Tuhan berfirman kpd saya. Dia panggil saya ‘Anak Perempuan Pengasih’. Dia panggil saya itu lama sebelumnya lagi lama sebelum kami menjadi Satu. Ini sentiasa buat air mata saya bergenang. Ini sentiasa buat saya rasa macam, “Ya Tuhan, Ya Tuhan, adakah saya begitu berharga? Saya begitu dikasihi, begitu banyak diberkati. Saya Anak Perempuan Tuhan.” Tiada hadiah di dunia ini, tiada apa-apa yang lebih berharga daripada kata-kata ini, kata-kata yang Tuhan panggil saya, “Anak Perempuan Pengasih, Anak Perempuan Pengasih, Engkau buat dengan baik. Anak Perempuan Pengasih, Engkau dikasihi, Engkau diberkati dan Engkau dipuja oleh orang di dunia.”

Tuhan sentiasa ingatkan saya bahawa saya buat dengan betul kerana kadangkala saya tanya Tuhan, “Adakah terdapat apa-apa lagi yang aku terlupa lakukan untuk anak-anak-Mu? Adakah terdapat apa-apa lagi yang aku tidak tahu? Tolonglah aku mengetahuinya. Ajarlah aku lebih banyak lagi supaya aku dapat menyelamatkan roh anak-anak-Mu dan selamatkan mereka drpd penderitaan neraka kerana aku sendiri tak tahan melihatnya, melihat penderitaan, kesakitan mereka disebabkan kejahilan dan keadaan diracuni dengan datang ke dunia ini.”

Kelemahan mereka, kerana setelah mereka dilahirkan di dunia ini, mereka lupa akan segala-galanya. Mereka lupa bahawa mereka ialah anak Tuhan. Mereka lupa akan kuasa besar di dalam diri mereka. Mereka lupa bahawa mereka dapat buat apa-apa saja, dapat mencipta apa-apa saja. Mereka lupa akan segala-galanya untuk dilahirkan di sini, sama ada untuk bantu makhluk lain atau dilahirkan hanya supaya ada pengembaraan, cabaran, ingat bahawa mereka dapat sendiri melakukannya tanpa berada dalam Pelukan Tuhan, tanpa berada dalam Kuasa Perlindungan Syurga. Itu masalahnya tetapi Tuhan biarkan mereka. Tuhan mahu mereka bebas memilih kerana sebagai ibu bapa yang terbaik, kita tidak mahu memaksa anak memilih apa-apa yang mereka tak suka. Jadi itu Kasih Sayang tanpa syarat.

Tetapi kemahuan bebas ini berikan kesan kedua dan anda sudah tahu akan segalanya. Jadi Tuhan sentiasa mengutus Guru-guru ke dunia ini, tahap-tahap Guru yang berlainan untuk membimbing tahap-tahap pemahaman manusia yang berlainan. Masalahnya, kebanyakan masanya, kebanyakan drpd mereka tidak dengar. Hanya mereka yang benar-benar sangat suci dalam diri mereka sebelum dilahirkan ke dunia fizikal ini, walaupun dengan kabur, akan ingati asal spiritual mereka dan cuba binanya semula, memperhalusnya untuk membuat kerja yg dikurniakan oleh Tuhan kpd mereka, untuk datang membantu anak-anak (Tuhan) lain yang lebih lemah di dunia ini. Jadi sekarang itu satu lagi perkara.

Raja Mara, semasa perbualan, terus menggalakkan kerja saya dan kasih sayang anda. Dia berkata bahawa “Kasih Sayang-Mu”, bermakna Kasih Sayang saya, “Kesannya kepada dunia aman damai sangat besar. Dan dunia kasihi Engkau! Dunia kasihi Engkau untuk bantu mewujudkan keamanan. Kasih Sayang-Mu selamatkan dunia ini.” Itu apa yang dikatakannya. Saya ucapkan terima kasih kepada dia. Saya ucapkan terima kasih kepada dia dan beritahu dia bahawa hanya Tuhan dapat melakukan semua ini. Tuhan melakukan semua ini. Tuhan mewujudkan keamanan. Tuhan berkati dunia. Tuhan buat orang rasai kasih sayang dunia ini. Tetapi hanya melalui kita – kita hanyalah wadah sederhana. Namun begitu, saya berterima kasih kepada anda, anak murid Tuhan saya kerana anda merupakan wadah yang begitu rela, baik untuk kerja Tuhan, jadi kita masih dapat menyelamatkan dunia ini untuk dinikmati oleh generasi seterusnya. Biar kita berharap agar ia akan menjadi dunia yang lebih baik, dunia yang penuh kemurahan, dunia seperti Firdaus untuk generasi seterusnya.

Jika tidak, saya tak tahu bagaimana mana-mana manusia boleh memaafkan diri kerana mengucar-ngacirkan dunia ini dengan tidak bertanggungjawab. Jadi sekrg kita ada air yang sangat sedikit. Saya baru baca tempoh hari, 51% daripada Amerika kekurangan air, alami kemarau. Itu perkara yang sangat menyedihkan, perkara yang sangat membimbangkan kerana Amerika Syarikat begitu luas. Harap-harap mereka dapat berkongsi. Mereka boleh ada air yang mencukupi di mana-mana saja untuk dikongsi bagi selamatkan nyawa orang Amerika. Hanya bercakap tentang orang Amerika sahaja – banyak benua yang lain juga alami masalah yang sangat besar dengan air, dengan air minum selain setiap masalah mendesak lain yang kita hadapi. Air ialah hidup. Tanpa makanan, kita boleh bertahan utk beberapa waktu, mungkin beberapa minggu, tetapi tanpa air, kita mati, hampir dalam masa beberapa hari. Kita ada penyelesaiannya. Kita takkan hadapi situasi ini. Kita takkan kekurangan makanan jika kita hidup mengikut Hukum natural Alam Semesta: “Apa yang anda semaikan, itulah yang akan anda dapat.” Kita terus membunuh makhluk termasuk anak kita sendiri, anak darah daging, anak keturunan kita sendiri. Saya akan biar anda dengar apa yang Raja Mara rasa tentang membunuh bayi anda sendiri sekejap lagi.

Photo Caption: “Senyuman Cantik Musim Bunga Kurniaan Tuhan”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (2/5)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-05-31
1840 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-01
1435 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-02
1161 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-03
334 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-03
334 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-02
846 Tontonan
Filem Pendek
2026-06-02
510 Tontonan
Filem Pendek
2026-06-02
526 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-02
1161 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-01
431 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun