Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya

Petikan daripada Khutbah Eropah 1999 di Poland, drpd ‘Hubungan Langsung dgn Tuhan – Cara Mengecap Keamanan’ oleh Mahaguru Ching Hai (vegan), Bahagian 2 daripada 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Setiap Hari Keajaiban Berlaku Setelah Kita Berhubung Semula

“Setiap hari keajaiban berlaku dalam kehidupan kita setelah kita berhubung semula dengan Tuhan. Apa yang perlu kita buat hanyalah duduk di sana dan cuba dengar apa yang dikatakan-Nya. Itu saja yang perlu kita buat. Sebab itulah kita panggilnya meditasi, doa senyap di dalam kamar kecil atau tafakur pada Tuhan, apa-apa saja yang ingin kamu panggilnya. Itu hanyalah komunikasi senyap dengan Tuhan supaya kita tahu apa yang hendak dibuat dgn hidup kita. Selepas itu, kita tidak risau tentang apa-apa pun kerana kita tahu bahawa Tuhan menjaga kita dari setiap segi. Sebelum itu, semasa kita membuat perkara dengan lancar pun, kita tetap risau mungkin menjadi tidak kena selepas itu. Apabila sesuatu menjadi tidak kena, kita akan tunggu dan lihat kerana kita tahu bahawa kemudiannya Tuhan akan bawa kita ke tempat lain, iaitu tempat sepatutnya kita berada, dan kita tahu itu sebabnya perkara menjadi tidak kena pada mulanya. Jadi kita jalani kehidupan dalam ketenangan, keselamatan dan kasih sayang besar Tuhan, setiap saat dalam hidup kita, jaga atau tidur, kerana kita ada pilihan untuk meninggalkan peringkat tenaga yang kasar di belakang atau di bawah kita. Kita ada pilihan untuk menaik ke peringkat hidup yang lebih tinggi yang wujud pada masa yang sama dan mengeluarkan apa-apa saja kebaikan yang ada dari peringkat yg lebih tinggi.”

Tuhan ialah Gembala Saya. Saya Tidak akan Hidup dlm Kekurangan

“Ini tidak bermakna dalam badan kita, tetapi begitu juga, cuma alam lain, tetapi di luar dan di dalam dunia material ini. Ia jauh lebih baik, jauh lebih ceria. Kita sentiasa boleh naik dan turun. Kita boleh hidup di dunia ini tetapi kita juga boleh nikmati Syurga pada masa yang sama, atau sekurangnya kadangkala dlm sehari, kemudian lepas itu secara berterusan apabila kita menjadi lebih mahir. Itu bagaimana kita menjadi suci. Oleh sebab kita akan ada segala-galanya, kita tidak akan mahukan apa-apa pun. Maka kita akan tahu bahawa Tuhan ialah Gembala saya. Saya tidak akan mahukan apa-apa pun kerana ada kepuasan yang besar, ketenangan yang besar, berkat yang besar selepas kita berhubung semula dengan Bapa kita. Pada masa itu, kita ada wang tetapi tidak terikat dengan wang. Kita ada segalanya yang Tuhan berikan untuk keselesaan tetapi kita malah boleh buangnya jika perlu. Tetapi Tuhan tidak mahu kita berbuat demikian. Tuhan mahu kita nikmati hidup ini secara material dan hidup Syurga pada masa yang sama. Kita ada kedua-dua dunia dalam tangan kita.”

Kamu Perlu Menunjukkan Contoh Kemegahan!

“Ketika saya mula mencari Tuhan dan mula mengenali Dia, saya meninggalkan segala-galanya kerana saya tidak rasa saya perlukan apa-apa lagi kecuali Bapa kita. Saya gembira dengan saya ada Dia. Saya tidak mahukan apa-apa lagi. Tetapi Tuhan ingin berikan begitu banyak benda kpd saya – segalanya yang saya mahukan atau tidak mahukan pun. Saya kata, ‘Mengapa? Aku tidak perlukannya.’ Saya kata, ‘Tuhanku, aku boleh hidup tanpa makanan pun. Aku boleh hidup tanpa minuman dan boleh hidup tanpa sebarang keselesaan. Aku hanya boleh lihat Engkau setiap hari. Apa lagi yang aku mahukan? Pada masa itu, saya makan satu hidangan saja sehari, ada tiga helai pakaian saja dan satu beg tidur untuk dibawa ke mana-mana saja saya pergi. Tetapi Tuhan berfirman kepada saya, ‘Tidak. Engkau perlu berubah. Engkau perlu tunjukkan kepada dunia bhw Aku berikan segalanya kpd engkau. Engkau perlu menunjukkan contoh kemegahan di Syurga dan di Bumi supaya orang yang lihat engkau akan nampak Aku, bahawa Aku Bapa yang pemurah, bahawa Aku ialah Bapa. Aku menjaga semua anak-Ku. Mereka akan ada segala-galanya.’ Dia akan berikan segala-galanya kepada anak-Nya. Baiklah. Saya keberatan sikit tetapi sudah tentu saya kata, ‘Baiklah, Ayah, baiklah. Apa-apa yang Engkau katakan, aku akan lakukan.’ Jadi Dia asyik memberi dan memberkati saya secara melimpah-limpah sejak itu. Saya tidak dapat habis menggunakan semua benda yg diberikan-Nya kpd saya. Saya begitu gembira dengan saya adanya. Saya boleh berkongsi apa-apa saja yang saya ada dengan orang lain.”

Mengemaskinikan Dirimu dengan Rahmat-Nya

“Saya rasa betul kata-kata Bapa kita. Saya harus berduit. Hari ini, segalanya sangat maju dan saintifik. Andai kata saya ingin datang kpd kamu dan perlu beli tiket, saya tidak mahu mintanya daripada kamu. Saya harus adanya dan sendiri belinya. Itu sangat bagus. Tuhan telah memberi kita dan planet kita prosedur dan pemasaan progresif yang sangat baik. Kita perlu mengemas kini diri kita dengan Rahmat-Nya, jadi kita perlu hidup mengikut zaman, Bumi yang progresif. Bagi menggunakan segala ciptaan baharu, keselesaan baharu yang Tuhan kurniakan kepada kita ini, kita juga memerlukan mampu diri material dan memanfaatkan segala penemuan saintifik baharu ini untuk menyampaikan mesej kepada saudara-saudara kita.”

‘Hubungan Langsung dengan Tuhan – Cara Mengecap Keamanan’ boleh dimuat turun secara percuma di SMCHBooks.com dan telah diterbitkan dlm bahasa Inggeris dan Âu Lạc (Vietnam).
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-04-05
710 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-04-05
715 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-04-04
694 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-04-04
1 Tontonan
Sastera yang Meningkatkan Jiwa
2026-04-04
1 Tontonan
Pertunjukan
2026-04-04
366 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-04-04
958 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun