Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Akhiri Peperangan Tersembunyi Ini Maka Semua Peperangan akan Berakhir, Capai Keamanan Dunia Sebenar yang Berkekalan, Bahagian 6 drpd 9

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya hanya tanya pemimpin yang paling berkuasa di dunia, pemimpin sekular, duniawi dan kononnya pemimpin agama: Meskipun anda tidak memahami karma, meskipun anda baca Bible dan kitab dengan telinga, mata tertutup, berpura-pura tak nampak bahagian kehidupan berbelas kasihan ini, berpura-pura anda tak tahu bahawa karma wujud, namun anda mesti tahu, jika anda diperlakukan sebagaimana anda perlakukan makhluk lain, anda akan rasa macam mana? Anda akan rasa macam mana jika anda bayi tak memudaratkan, tak berdaya di dalam rahim tapi dikoyak-koyakkan menjadi cebisan dengan ubat pengguguran atau dikorek keluar cebisan demi cebisan dengan alat perubatan atau alami kesakitan yang menyeksakan disebabkan oleh pil bunuh, pil pengguguran? Anda akan rasa macam mana? Takkankah anda rasa takut dan sakit? Saya tak dapat gambarkannya. Anda tahu akannya. Letaklah diri anda di kedudukan janin, bayi, maka anda akan mengetahuinya.

Media Report by EWTN – May 15, 2020, Catherine: Seorang wanita di United Kingdom telah memfailkan tuntutan mahkamah, meminta supaya perniagaan pengguguran dikehendaki memaklumi wanita bahawa bayi pralahir mereka boleh berasa sakit sementara digugurkan. Wanita itu, Anna Marie Tudor, berkata bahawa jika dia tahu bayi pralahir 23 minggu yang digugurkannya boleh berasa sakit, dia takkan memilih pengguguran. Tudor berkata, oleh sebab dia tidak diberi maklumat ini tentang kesakitan janin, dia mendakwa bahawa dia tak dapat beri persetujuan termaklum sepenuh untuk pengguguran. […]

Dr. David Prentice, PhD: Hakikatnya, bayi kecil yang masih dalam kandungan ini memang rasa sakit di peringkat usia yang sangat awal. […] Ia juga menekankan bahawa mereka ialah manusia kecil. Mereka memang alami kesakitan di dalam rahim. Kita perlu menyedari itu. […] Kita perlu berfikir sekali lagi tentang bagaimana ini lagi banyak memanusiakan apa yang sebelumnya dicirikan sebagai “segumpal tisu”. Jelasnya, manusia kecil ini, sains menyokong apa yang kita tahu dalam hati kita. Mereka memang berasa sakit.

Catherine: Memang. […]

Dr. David Prentice, PhD: Orang boleh menyedari fakta sebenar tentang manusia yang sedang berkembang ini – bahawa mereka berasa sakit, bahawa jantung mereka berdenyut dan mengepam darah ke seluruh badan, bahawa mereka ialah makhluk hidup dan kita wajib […] menyebarkan kebenaran ini, bahawa manusia kecil ini wajar mendapat hormat dan maruah manusia.

Excerpt from “1st Trimester Surgical Abortion: Suction (Aspiration) D & C” by Live Action – Feb. 24, 2016, Narrator: Penggugur kandungan mengambil kateter penyedut […] Ia dimasukkan melalui serviks ke dalam uterus. Mesin penyedut kemudian dihidupkan dengan kuasa 10 hingga 20 kali lebih kuat daripada pembersih vakum isi rumah anda. Bayi dicarik dengan pantas oleh kuasa sedutan ini dan dihimpit melalui tiub ini, turun ke dalam mesin penyedut, diikuti oleh plasenta.

Dr. Anthony Levantino, MD: Walaupun uterus biasanya telah menjadi kosong pada masa ini, salah satu risiko sedutan D&C (Pendilatan atau Pengkuretan) ialah pengguguran tak lengkap, pada asasnya cebisan bayi atau plasenta masih tertinggal. Ini boleh menyebabkan jangkitan atau perdarahan. Dalam percubaan untuk mencegah ini, penggugur kandungan gunakan kuret untuk mengikir lapisan dinding uterus. Kuret pada asasnya ialah mata pisau melengkung yang bergagang panjang.

Excerpt from “Dr. Levatino Destroys Abortion in 2 Minutes” by TFP Student Action – Aug. 24, 2018, Dr. Anthony Levantino, MD: Pengguguran D&E (Pendilatan atau Pengkuretan) trimester kedua dilakukan antara kira-kira 14 dan 24 minggu kehamilan. Pesakit hari ini berusia 17 tahun. Dia hamil 22 minggu. Bayinya sepanjang tapak tangan anda, dan beberapa inci lagi. Dia telah rasai bayinya menendang sejak beberapa minggu lalu tetapi dia tidur di atas meja bilik bedah. Kita jalan masuk ke dlm bilik bedah itu setelah cuci tangan dan memakai jubah. Selepas menanggalkan laminaria, kita masukkan kateter penyedut ke dalam uterus. Ini kateter penyedut Perancis 14. Jika dia hamil 12 minggu atau kurang, pada asasnya yang selebar tapak tangan atau lebih kecil, kita dapat menjalankan seluruh prosedur dengan ini. Tetapi bayi sebesar ini tidak padan dengan kateter bersaiz ini. Selepas menyedut cecair amnion keluar dari sekeliling bayi, kita masukkan alat yang dipanggil pengapit sopher. Panjangnya kira-kira 13 inci (33 sentimeter). Ia dibuat daripada keluli tahan karat. Hujung pengapit yang berfungsi ini sepanjang kira-kira 2.5 inci (6.35 sentimeter) dan selebar setengah inci (1.27 sentimeter). Terdapat deretan gigi yang tajam. Ini alat pencengkam. Apabila ia memegang sesuatu, ia tidak melepaskannya. Prosedur D&E ialah pengguguran buta. Jadi bayangkan anda masukkan ini dan menyambar apa-apa saja yang boleh dengan buta dan tarik. Saya maksudkan terkeluar dengan kuat kaki sebesar itu yang kita letak di atas meja di sebelah kita. Masukkan ke dalam semula, tarik sekali lagi – tarik keluar tangan yang lebih kurang sama panjang yang kita letak di atas meja di sebelah kita, dan gunakan alat ini secara berulang kali untuk mengoyakkan tulang belakang, usus, jantung dan peparu. Saiz kepala pada bayi sebesar itu adalah lebih kurang sebesar buah plum besar. Kita tak dapat lihatnya tetapi kita tahu sangat jika kita mengapitnya, jika alat kita berada di sekeliling sesuatu dan jari kita terentang sejauh mungkin. Kita tahu kita lakukannya dengan betul jika kita mengapitkan alat itu dan bahan putih mengalir keluar dari serviks. Itu otak bayi, dan kita boleh tarik keluar serpihan tengkorak. Ada harinya saya alami banyak kali, kadangkala muka kecil kembali dan merenung balik pada kita.

Excerpts from “Jill Stanek’s story of exposing live births after abortion” by Right to Life Australia – Jul 5, 2017, Jill Stanek: Pengguguran lewat tempoh kadangkala mengakibatkan bayi digugurkan hidup-hidup. Jika mereka digugurkan hidup-hidup, mereka dibiarkan mati tanpa sebarang campur tangan perubatan. Prosedur ini dipanggil pengguguran kelahiran cetusan. Bagi menjalankan kaedah pengguguran ini, doktor masukkan sejenis ubat ke dalam kanal lahir ibu hingga ke serviks. Serviks ialah bukaan uterus. […] Doktor yang menjalankan kaedah pengguguran ini menggugurkan bayi yang kecil, telah terbentuk sepenuhnya. […] Jadi ubat yang mereka berikan kepada ibu ini memaksa serviks terbuka. Jadi pada asasnya, bayi terjatuh keluar dari uterus. Itu bagaimana kadangkala mereka digugurkan hidup-hidup. […]

US House of Representatives Judiciary Committee Hearing – Sept. 9, 2015, Melissa Ohden: Pengguguran infusi salinus melibatkan penyuntikan larutan garam toksik ke dalam bendalir amnion yang mengelilingi bayi pralahir. Tujuan larutan garam toksik itu adalah untuk lecurkan bayi sampai mati dari luar ke dalam. Selama berhari-hari saya berendam di dalam larutan garam toksik itu. Pada hari kelima prosedur ini, ibu kandung saya yang merupakan pelajar kolej yang berusia 19 tahun melahirkan saya selepas pelahirannya dicetuskan. Nyawa saya hendak diakhiri dengan pengguguran itu.

Excerpts from “Gianna Jessen Testimony – Planned Parenthood Exposed” by House Judiciary GOP – Sep. 11, 2015, Gianna Jessen: Kaedah pengguguran ini melecurkan bayi di dalam dan di luar, membutakan dan menyesakkan nafas bayi yang kemudiannya dilahirkan mati, biasanya dalam masa 24 jam. Seharusnya ada foto. Ya, saya terselamat daripada ini. Daripada mati, selepas 18 jam dilecurkan di dalam rahim ibu, saya dilahirkan hidup di sebuah klinik pengguguran di Los Angeles pada 6 April 1977. […] Penggugur kandungan itu belum berada di tempat kerja. Jika dia berada di sana, dia akan menamatkan nyawa saya dengan mencekik, menyesakkan nafas atau tinggalkan saya di sana untuk mati. Sebaliknya, seorang jururawat memanggil ambulans. Saya dikejarkan ke hospital. Doktor tidak jangkakan saya akan hidup. Saya hidup. […]

Media Report from EWTN – Oct. 21, 2021, Dr. Tara Sander Lee, PhD: Jika wanita mengambil pil pengguguran ini, itu akan sangat sengaja. Itu akan bunuh bayi ini dan akan menyebabkan kematian bayi ini. […]

Dan lain-lain…

Jika anda ditembak oleh senapang, peluru tembusi anda di mana-mana saja dan anda mati tanpa apa-apa pun untuk bantu anda, kemudian pergi terus ke neraka, anda akan rasa macam mana? Anda akan rasa macam mana?

Semua pemimpin agama, yang suci ini dan yang dihormati itu, orang memuja anda. Orang percaya bahawa anda lebih mengenali Tuhan daripada mereka, jika anda lebih suci daripada mereka, tetapi setiap hari, anda secara senyap menyokong jenis pembunuhan ini. Seorang manusia muda tak berpeluang untuk lihat matahari pun dan perlu dibunuh dengan cara yang begitu jahat, sangat kejam macam itu. Anda sokongnya dengan berdiam diri. Anda sokongnya dengan malah berkata bahawa anda harus mengampunkan perbuatan pengguguran ini – mengampuni mereka supaya mereka boleh terus pergi ke gereja, berikan lebih banyak wang kepada anda dan buat gereja anda penuh sesak supaya anda rasa bangga. Kemudian mereka boleh lakukannya lagi kerana ia begitu senang utk diampunkan. Hanya pergi kepada anda, mengakuinya, berikan wang dan dosa itu hilang, dibeli.

Media Report from The Economic Times – Nov. 22, 2016: Dengan menandatangani surat ini, Paus Francis benarkan semua paderi mengampunkan “dosa besar pengguguran” penganut.

Media Report from Boston Herald – Sept. 2, 2015: Dalam sepucuk surat dari Vatikan, Paus Francis beri kebenaran kepada paderi untuk ampunkan pengguguran asalkan wanita mengaku dan memohon pengampunan pada tahun Jubli yang akan datang ini.

Media Report from The New York Times – Nov. 22, 2016, Archbishop Rino Fisichella: Pengguguran secara teknikalnya suatu istilah yang merangkumi semua orang yang terlibat dalam pengguguran, iaitu wanita, jururawat, doktor, sesiapa saja yang sokong perkara ini. Oleh itu, dosa pengguguran melibatkan semua orang. Oleh itu, pengampunan dosa pengguguran meliputi semua orang secara sama, melibatkan semua orang yang mainkan peranan dalam dosa ini. Dan lain-lain…

Adakah Tuhan makhluk yang menerima rasuah? Adakah Syurga sejenis sistem ugut? Adakah anda memuja Tuhan, memuliakan Syurga, atau adakah anda menghitamkan Nama Tuhan atau menggelapkan Kemegahan Syurga? Tanyalah sendiri, apa yg harus anda buat?

Pemimpin dunia dan pemimpin agama, anda telah buat sesuatu yang menakjubkan dalam hayat lampau atau hayat-hayat lampau, jadi hari ini anda mendapat ganjarannya, berada di kedudukan tertinggi di dunia manusia. Orang memuja anda. Orang hormati anda. Orang menyokong anda, memilih anda, percayai anda dalam kedudukan setinggi mungkin di dunia ini. Anda harus terus melakukan lebih banyak perbuatan mulia, khutbahkan lebih banyak doktrin suci, mendekatkan orang kepada Tuhan dan memperoleh jauh lebih banyak pahala daripada yang dapat sebarang kedudukan fizikal, ganjaran fizikal berikan kepada anda. Anda akan semakin dihormati oleh dunia dan anda akan semakin banyak membawa orang ke arah Tuhan, buat lebih banyak perkara baik untuk semua orang di planet ini, mengikut contoh anda. Jika tidak, kita akan terus menyokong peperangan setiap hari, dengan sesetengahnya meletus menjadi perang orang dewasa, perang manusia. Bukan sahaja manusia, orang dewasa bersama, tetapi juga manusia dgn bayi kecil dalam kandungan, dengan biri-biri kecil, anak biri-biri atau anak lembu dan ikan kecil di laut, monyet liar kecil di hutan.

Photo Caption: “Menembusi dengan Terang untuk Menerangi Halangan – kawasan Padat.”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (6/9)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-18
445 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-18
236 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-02-18
285 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-02-18
508 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-17
631 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-17
259 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-17
1 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-02-17
387 Tontonan
Jejak Budaya di Seluruh Dunia
2026-02-17
1 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun