Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya

Of Youth and Love for the Homeland and All Beings: Selections from “Love of Centuries” by Supreme Master Ching Hai (vegan), Part 1 of 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
‘Kekasih Berabad-abad’ sebuah himpunan puisi yang dikarang oleh Mahaguru Ching Hai yang menyampaikan kasih sayang dan gema seorang insan yang bersimpati dengan hidup manusia dan nasib semua rakan haiwan yang daif, lemah. Dalam sungai hidup yang tidak tentu ini, Mahaguru Ching Hai rasai keprihatinan yang dalam terhadap kesusahan manusia. Puisi-puisi-Nya juga merangkumi doa sungguh-sungguh agar umat manusia segera menyedari Diri Sebenar, gaya hidup mulia yang penuh kemurahan dan menghadapi realiti, dengan itu mengubah planet kita menjadi Syurga di Bumi di mana manusia dan semua rakan haiwan dapat hidup damai dan harmoni.

Hari ini, kami berbesar hati untuk mempersembahkan pilihan puisi daripada ‘Bahagian 1: Zaman Muda dan Cinta kepada Tanah Air’ daripada buku ‘Kekasih Berabad-abad’ karya Mahaguru Ching Hai (vegan) yang memperincikan keindahan alam dan penghargaan terhadap kawan karib serta penderitaan dan kekejaman peperangan.

Bahagian 1: Zaman Muda dan Cinta kepada Tanah Air

Rumahku (Nhà Tôi) “Rumah kecil selesaku terletak di lereng bukit, Angin sepoi-sepoi yang menenangkan dan awan lembut terapung di tengah-tengah langit. Bunga harum dan rumput menghijau mengharumkan udara Pokok pain bersenandung dengan mempesona betul-betul mengikut tarian dewi bulan. Rama-rama bermain-main di taman harum Bunga-bunga menghiasi dahan lembut Merah jambu, kuning, merah lembayung, ungu, kuning kemerah-merahan O, begitu harum, sejauh ke Syurga! Bulan bersinar terang di puncak gunung hijau Lagu kedamaian berkumandang di udara Melodi keemasan menaik bersama angin Ke langit jernih, begitu menenangkan. Denai hutan, intim seperti pelukan Mendakap langkah anggunmu, hilangkan hari berangan-angan Di kejauhan lautan berbunyi seperti puisi Bernyanyi bersama aku pada malam penuh khayalan ini. Pada musim bunga, bunga liar menyelimuti gunung Pada musim panas, reriang berdendang dalam lamunan manis Pada musim luruh, dedaun berwarna kenari menjadi sulam jendela, Pada musim sejuk, api bernyanyi dengan riang di dalam perapian panas. Keempat-empat musim, bunga mekar dalam hatiku Di mana-mana pun awan datang menyapa Kawan penyayang membuat hati menjadi lebih rasa sayang Haiwan dan burung bergaul seperti kenalan rapat! Mengeluarkan lut berbentuk bulan Bunyikan kord muzik yg menyeronokkan Semangat menaik dengan not penuh kasih sayang Hati gembira mengikut rentak muzik. Tra la la fa la Fa la la tra la Tra la la fa la Fa la la tra la.”

Musim Panas Nostalgik (Hạ Nhớ) “Adakah engkau mengenangkan suatu awal musim panas Bunga semarak api memenuhi langit bagai darah zaman muda Berjalan-jalan bersama rakan sekelas di halaman sekolah Berlengah-lengah pada saat hendak mengucapkan selamat tinggal, alahai! Separuh gembira, separuh berasa berat hendak berpisah Sekuntum bunga merah jambu untuk saling menghiasi rambut, penzahiran rasa sayang kita! Selepas kepulan habuk pemergian, seratus hari yang panjang menyusul Reriang bernyanyi bersama dengan sedih bagai ucapan selamat tinggal ikhlas kita. Engkau bertolak ke sawah padi subur dan kawasan perairan kebiruan-kehijauan Di mana anak sungai dan tasik bernyanyi bersama-sama untuk menyambut kenalan Di atas feri, aku menyeberangi sungai besar Pulang ke kampung kecil yang terdapat ibu dan ubi kayu. Kapal abang belayar merentas lautan lazuardi dan pasir putih, Pokok dedalu menjalin lagu merdu lembut Kereta kakak masuki tanah tinggi, Di mana awan gunung meneduhi senyuman menawan... Aku kekal berada di kota berangin dan berhabuk sini, Mengira bunga layu sementara menunggu cahaya matahari musim panas menjadi kelam Menunggu selama seratus hari, menunggu pelukan mesra baharu Menunggu untuk berjalan-jalan di teres berteduh sekolah. Jangan lupa, sayang, hari-hari gembira kita, Kawan karib, guru yang dihormati dan hubungan yang dihargai. Angin sepoi-sepoi keemasan menaburkan bunga semarak api merah di sekeliling dinding Dan dalam hatiku, hari-hari dan bulan-bulan berlalu secara senyap... Rindu begitu dalam seperti halaman sekolah terbiar Rindu selama seratus hari adalah seperti seabad berlalu secara senyap!”

Pada Suatu Hari (Một Ngày) “Bercuti daripada sekolah pada suatu hari Bersama bapa aku pergi melawat kampung halaman kami Bas lama yang tidak asing Di sepanjang tetambak ia meluncur. Padi harum di kedua-dua belah Bagai ombak keemasan di bawah cahaya matahari kemerah-merahan Sebuah rumah di sini, bumbung bergenting merah di sana Epal dan mangga merah jambu memenuhi halaman. Seekor anjing bertompok-tompok berjalan mengikut di belakang bas Ekornya bergoyang dalam angin musim panas Habuk merah menaik jauh dari denai Dusun buluh kabur di ladang yang jauh... Sekawanan kerbau tua kebingungan Ke arah jalan yang mereka renung Sekawanan burung tujuju melayang dengan begitu anggun Di atas sawah padi subur tak berufuk. Sepasang lembu jantan perang cuba sekuat-kuat tenaga Menarik bandela rumput kering kuning Mengheret pedati berkeriut yang begitu berat Perlahan-lahan membawa beban masa. Melalui rabung gunung keperak-perakan Angin kencang penuh dengan bau harum! Beratus-ratus bunga alp bertaburan Anggerik merah jambu dan murad ungu Kemudian kami menyeberangi tambangan Gelombang yang suka main-main beriak ke tebing Telepok air membelai dayung dengan lembut Keladi bunting terapung di sana sini... Setiap kali bas berhenti, Penjaja yang ramah bersibuk-sibuk Menawarkan pisang segar, oren mandarin Dan kedondong rangup, dijeruk di dalam likuoris! Donat goreng dan kuih pulut Jagung bertongkol kukus dan kacang tanah panggang Air kelapa dan tebu Begitu wangi, musim-musim di kampungku! Beberapa orang pekerja tegap Mengangkat barang di atas bahu mereka Orang bergegas ke sana sini Bersibuk-sibuk seperti pada hari Tahun Baharu Bas meluncur dengan stabil Penumpang berbual-bual, kuat dan gembira Pada masa itu tiba-tiba langit pecah berkecai dan bumi turun naik Semua orang bertindihan! Bas meletup sehingga berkecai. Pemandu, kepalanya terpelanting. Badan seorang penumpang berkecai. Kaki seorang lagi berada di tepi jambatan! Seorang wanita dan bayi belum lahirnya Tercungap-cungap menarik nafas di dalam lumuran darah merah Dua orang todler yang tidak berdosa Mati lemas dan hilang di dalam sungai yang dalam! Seorang tua yang beruban sepenuhnya Dalam tangannya masih ada satu pot buah pinang Tetapi rohnya telah hilang Entah ke mana ia telah pergi?!... Bersama tiga orang terselamat yang lain Bapaku memegang lukanya Lelehan darah menitis dgn perlahan-lahan Sementara dia menarik dirinya dgn lemah di sepanjang jalan!...”
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-05
12186 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-02-05
519 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-04
1 Tontonan
Gaya Hidup Sihat
2026-02-04
1 Tontonan
Sains dan Kerohanian
2026-02-04
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-02-04
671 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun