Butiran
Baca Lebih Lanjut
Selepas berjuang sekian lama dengan sia-sia saja, kita akan menyedari bahawa halangan sebenar yang perlu kita atasi ialah diri sendiri, pratanggapan bercacat cela dan tabiat buruk kita yang menghalang kita daripada alami kasih sayang dan kegembiraan.Gunung ialah aku, Gunung ketakutan. Aku mesti menangi penawanan ini Jika tidak aku pasti hilang Dari bayang sihir hitam ini Atau aku akan mati sendirian... dalam ketakutan!Tidak lama lagi kita akan menjadi begitu biasa dengan kesakitan Sehingga kita tidak dapat mengenal kegembiraan lagi Pada bila-bila dia kembali semula! Seperti orang miskin, begitu selesa dgn keadaan serba kurang.Tidak lama lagi kita akan menjadi begitu biasa dengan hidup bersendirian Kita tidak dapat hidup bersama, Seperti beruang liar yang dilahirkan di Kutub Utara Hanya mengetahui musim sejuk!Lagi banyak kita cuba lagi banyak kita gagal. Seperti hujan – kemudaan bergolek menuruni bukit. Cinta kasih dan perasaan berkarat, Seperti mesin yang tidak digunakan!Gunung ialah aku, Gunung ketakutan. Aku mesti menangi penawanan ini Jika tidak aku pasti hilang Dari bayang sihir hitam ini Atau aku akan mati sendirian... dalam ketakutan!Selama seribu tahun, dunia kita dilanda konflik dan malapetaka. Semasa menghadapi tragedi, umat manusia sering mengimpikan tempat yang menakjubkan di mana bencana, kelaparan dan kemiskinan tidak pernah didengari – Syurga yang hilang, Tanah Air yang dilupakan. Kita mengimpikan hari kita boleh pulang ke Kerajaan Syurga di mana belas kasihan, kegembiraan dan kedamaian wujud. Lagu ‘Ufuk yang Hilang’ mengekspresikan impian bersama umat manusia ini.Pernahkah kau impikan sebuah tempat Jauh dari segalanya Di mana udara yang kau sedut lembut dan bersih Kanak-kanak bermain di padang hijau Di mana bunyi senapang Tidak menggerutup menghancurkan impianmu lagi.Pernahkah kau impikan sebuah tempat Jauh dari segalanya Di mana angin musim sejuk tidak akan bertiup Dan benda hidup ada ruang untuk bertumbuh Di mana bunyi senapang Tidak menggerutup menghancurkan impianmu lagi.Banyak batu dari semalam Sebelum kita sampai ke hari esok Ada ufuk yang hilang Menanti untuk dijumpai Ada ufuk yang hilang Di mana bunyi senapang Tidak menggerutup menghancurkan impianmu lagi.Setiap perpisahan dan ucapan selamat tinggal diselubungi kesedihan. Dalam sekelip mata saja, emosi dalaman dan pemandangan luaran terputus. Dunia kita terasing. Apa yang tertinggal hanyalah kenangan tentang syurga yang hilang. “Mulut gua Puncak gunung Denai yang selalu ditempuh Seribu tahun untuk dinikmati di bawah pantulan bulan…” Jika suatu hari nanti seseorang harus kembali ke tempat masa dahulu, mimpi firdausi masih terbayang-bayang seperti dahulu.Daun pokok pic bertaburan di denai ke syurga Anak sungai yang beralun-alun dan burung oriol ucapkan selamat tinggal sedih Setengah tahun di kayangan Satu langkah ke dalam hidup duniawi Penghujung mimpi lampau dan saki-baki cinta kasih! Batu buntar haus, lumut layu Air mengalir, bunga berhanyut-hanyut Seekor burung jenjang meluncur naik ke langit tinggi Syurga dan Bumi terpisah pada saat ini selama-lamanya Mulut gua Puncak gunung Denai yang selalu ditempuh Seribu tahun untuk dinikmati di bawah pantulan bulan…Ada sejenis bunga seperti dalam mimpi yang dipanggil ‘Jangan Lupakan Aku’. Warnanya menyerupai warna Syurga. ‘Jangan Lupakan Aku’ dgn rendah diri ingatkan kita tentang panggilan abadi Tuhan agar kita tidak lupakan Dia, Pencipta kita yang maha pemberi.Kasih Sayang Tuhan kepada kita sentiasa taat, ghairah dan tidak bersyarat. Tetapi di dunia yang sibuk ini, perhatian kita sering dialihkan dan ditarik dari Dia, mengejar nafsu duniawi yang bersifat ilusi dengan sia-sia saja, hayat demi hayat. Suatu hari nanti, kita akan sedar dan menyedari bahawa kegembiraan abadi yang kita cari ada di sini juga, dalam dakapan Bapa Tersayang, Yang Maha Agung di Syurga.Sekarang kami ingin persembahkan permainan alat muzik bagi lagu yang digubah oleh Mahaguru Ching Hai yang mempunyai tajuk yang sama, ‘Jangan Lupakan Aku’. Sila nikmatinya.











