Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi mungkin kita akan biar orang Barat, orang Kaukasia tanyakan sesuatu. En. Newman? Atau orang tua itu? Ada soalan lagi tak? Kerana jika kita biar orang Cina tanya saya, mereka akan tanya saya hingga tahun depan. Mereka takkan habis. Mereka sangat dahagakan pengetahuan – orang Cina. Kamu mahukannya? Suruh seseorang pergi bantu mereka. Ada sesiapa yang nak tanya? Jika tidak, kamu tunggu begitu lama tetapi tidak tanya saya apa-apa pun. Mungkin kamu tunggu makan tengah hari. Macam itulah. Maka mengapa kamu tak kata tadi? Maka kita tak perlu buat apa-apa pun. Terus pergi saja (utk makan tengah hari). Baiklah. (Guru baru jelaskan bidaah yang menyeleweng.) Ya. (Apabila saya baca ‘Biografi Buddha Shakyamuni’, ia nyatakan bahawa sebelum Buddha mendapat makrifat, Baginda mengalahkan 96 jenis bidaah yang menyeleweng. Adakah itu benar? Kemudian Baginda menjadi Buddha. Juga ada disebut bahawa Baginda berlawan dengan syaitan Bo-xun (pāpīyas). Bagaimana Guru jelaskan itu?) Itu bukan bidaah, hanya ilusi. Orang sentiasa salah menterjemah. Banyak perkara salah diterjemahkan. Ini bermakna Baginda perlu melawan ilusi, prasangka, salah faham sendiri dan hapuskan semuanya. Contohnya, saya ada banyak anak murid yang mengikut jejak langkah saya. Dulu mereka tak pernah ada pengalaman spiritual, tak pernah percayai mana-mana agama, tak pernah ada pengalaman makrifat dan tak tahu bagaimana bermeditasi. Mereka bukan orang vegan pun. Kemudian saya ajar mereka drpd asas. Pertama sekali, jadi vegan, mematuhi rukun, hindarkan diri daripada membunuh dan berbohong, menjadi warganegara yang baik, menjadi suami atau isteri yang baik, jadi anak lelaki atau perempuan yg baik, taat kepada ibu bapa, setia kepada pemimpin negara, patriotik dan lain-lain. Diet vegan adalah untuk bantu memupuk belas kasihanmu. Kemudian saya beri makrifat kpd kamu. Saya bantu kamu segera mengenal tempat makrifatmu. Bukan semua orang segera percaya apa yang Guru katakan adalah benar. Pada mulanya, mereka akan masih ada kesangsian kerana mereka ada banyak idea pratanggap tentang Guru seharusnya macam mana, seperti berjanggut sepanjang ini, atau setinggi ini, contohnya. Setiap orang ada prasangka sendiri. Mungkin mereka juga telah baca banyak buku dan kitab. Jika apa yang saya katakan berbeza dengan apa yang mereka faham, mungkin mereka rasa saya tersilap, padahal merekalah yang tersilap. Misalnya macam itu. Jadi mereka ambil masa yang panjang baru dapat faham sepenuhnya. Sama seperti Buddha Shakyamuni pada masa itu, Baginda perlu hapuskan semua kononnya halangan, hambatan syaitan, fikiran sesat ilusi dan sebagainya. Saya juga alami itu. Saya tidak memahami segala-galanya sejurus selepas makrifat. Saya ambil masa beberapa tahun. Saya perlu melawan salah faham sendiri. Saya perlu jelaskannya kpd diri sendiri atau tanya Guru bermakrifat baru dapat faham sepenuhnya. Seperti dulu ketika saya baru menjadi bermakrifat, saya rasa saya harus mencukur rambut, berfikir bahawa simpan rambut panjang seperti kamu adalah tidak baik. Selepas itu, saya berfikir, “Ia tak berkaitan dengan makrifat.” Saya sendiri juga perlu menghapuskan ilusi, halangan syaitan dan prasangka saya sendiri. Banyak perkara bodoh ikat kita di sini. Ada apa-apa soalan lagi? Adakah kamu puas? (Satu lagi soalan.) (Terima kasih.) (Contohnya, kita orang Cina suka berkata “Melihat hati dengan jelas dan nampak Sifat diri.”) Ya. (Guru ada tak sebarang penjelasan khas tentang “Melihat hati dengan jelas dan nampak Sifat diri”?) Itu hanya bermakna makrifat semerta. Pada masa itu, kamu akan lihat hatimu sendiri dan menyedari Sifat Asalmu. Ia maksudkan perkara yang sama: makrifat semerta, makrifat segera dan “memahami hatimu dan nampak Sifatmu”, semuanya sama. (Jadi apabila orang bermakrifat lihat hatinya, macam mana rupa hatinya?) Ia sebesar ini, seberat kira-kira dua kilogram dan berwarna merah. Okey. Adakah kamu puas? Kamu dah tahu jawapannya, jadi mengapa tanya soalan yg begitu bodoh? Adakah kamu mahu saya berikan jawapan bodoh kepada kamu? (Guru, itu bukan jawapannya.) Ya. Dah tentu bukan. (Sebab itulah saya nak dengar jawapan sebenar Guru.) Ia tak dapat dijawab. Kamu tanya saya tentang sesuatu yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata, sesuatu yang tak dapat diterangkan dan tak dapat dibincangkan tetapi kamu mahu saya jelaskan dengan kata-kata, dengan gerak isyarat dan jelaskan dengan bahasa. Bukankah itu tak logik? Bukankah kamu dah tahu? Tetapi kamu masih tanya soalan yang bukan-bukan utk jengkelkan saya, macam kamu tiada apa-apa yg lebih baik untuk dibuat. (Guru.) Atau hanya membuang masa saja? (Kami tak berniat untuk tanya soalan yang bukan-bukan. Saya tanya soalan yang praktikal.) Saya tahu. Saya hanya bergurau dengan dia. (Apakah itu ‘kejahilan’ yang sering disebut dalam agama Buddha?) Ya. Faham. (Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kejahilan?) Ya. Ada dua huruf dalam bahasa Cina bagi ‘kejahilan’. Huruf pertama bermaksud ‘tidak’ dan huruf kedua bermaksud ‘faham’. Jadi bersama-sama ia bermaksud ‘tidak faham’. Kamu tak memahami apa-apa pun. Kamu tak tahu kamu datang dari mana, mengapa kamu berada di sini, ke mana akan kamu pergi selepas mati. Kamu tak memahami apa-apa pun. Itu dipanggil ‘kejahilan’. Bertentangan dengan apa yang dipanggil ‘fikiran terbuka’ atau ‘makrifat’ – semuanya tentang pemahaman. Okey? (Maka adakah Tuhan bermakrifat?) Dia memang begitu kerana Dia sangat sedar. Dia tahu bahawa dunia ilusi ini tidak baik untuk kita tetapi biarkannya macam ini – beri penderitaan kepada kita. Ini bermakna Dia faham. Dia lakukannya secara sengaja. Jadi kamu boleh panggil Dia bermakrifat. Saya lebih rela menjaga orang. Orang lebih tidak bernasib baik. Bagi Tuhan – jangan risau tentang Dia. Semua orang sudah memuja Dia. Lebih baik kita jaga urusan sendiri. Oleh sebab kamu tanyakan itu, saya jawab macam itu. Semasa saya bercakap dgn orang Barat, saya tidak beritahu mrk supaya lepaskan Tuhan. Sebenarnya kita tak perlu lepaskan Dia – kita tak dapat juga. Dia ada di mana-mana saja. Dia berada di dalam diri kita. Kita tak dapat meninggalkan Dia. Maksud saya, memandangkan saya jawab soalanmu, saya berfikir nak buatnya relaks sikit juga. Hanya bergurau sikit. Tuhan okey. Dia okey. Dia macam inilah. Kita tak boleh mengkritik Dia. Sebenarnya kita tak boleh menilai Dia dan berkata bahawa Dia macam ini atau macam itu. Sebenarnya Dia sangat agung tetapi sangat ‘kecil’ juga. Dia adalah yang Tertinggi dan juga yang terendah. Segala-galanya adalah milik Tuhan dan Tuhan ada dalam segala-galanya. (Baru-baru ini saya nampak sekeping foto dalam majalah Time tentang Somalia. Saya sangat susah hati selepas lihatnya.) Somalia? (Somalia.) (Somalia…) O ya, ya, ya! Peperangan. (Ya. Peperangan di kawasan kurang maju itu.) Ya, ya. (Kanak-kanak di sana kebuluran.) Saya faham. (Foto itu paparkan seorang kanak-kanak menyusu daripada ibunya dengan mata tertutup dan matanya dilitupi lalat. Jika Tuhan adalah bijak dalam penciptaan manusia…) Apa? Matanya tertutup? (Dia sedang menghisap susu ibunya.) Faham, faham. (Ya. Perasaan saya selepas melihat gambar itu adalah: jika Tuhan mencipta manusia, mengapa juga mencipta kebuluran dan begitu banyak penderitaan?) Apa yang boleh saya beritahu kamu? Kita sendiri yang minta penderitaan. Sebenarnya macam itu. Tetapi kita sendiri ialah Tuhan juga kerana Tuhan ada di dalam diri kita. Sebenarnya kita ada dua pilihan. Sejak permulaan dunia hingga sekarang… Saya tidak maksudkan hari ini kerana kita bukan baru dilahirkan hari ini. Segalanya yang kita cipta termasuk jalan raya dan rumah tidak dibuat dalam satu hari. Jadi apa yg kita maksudkan di sini ialah: sejak permulaan dunia, kita ada pilihan antara berbuat baik dan berbuat jahat. Kadangkala kita pilih untuk berbuat baik. Oleh sebab kita berbuat baik, dunia ada benda yang baik seperti istana yang cantik, orang yang baik dan situasi yang menggembirakan. Namun begitu, kadangkala kita memilih untuk berbuat jahat. Sejak permulaan masa, karma telah terkumpul hayat demi hayat, bukan hari ini saja. Jadi apa-apa benda baik yang kita ada hari ini, itu disebabkan kita manusia memilih yang baik sejak permulaan dunia. Bagi penderitaan atau kekecewaan yang kita alami sekarang, itu disebabkan hayat demi hayat kita manusia memilih utk berbuat jahat. Sebab itulah dunia kita huru-hara – sesetengah tempat adalah baik, sesetengahnya buruk. Oleh itu, jika kita tidak mahu menderita lagi, kita perlu berubah dan hanya berbuat baik saja, iaitu apa yang saya ajar kamu supaya lakukan. Jika kamu hanya berbuat baik, kamu hanya akan mendapat apa yg baik pada masa depan. (Maka bagaimana dengan orang di Somalia?) Apabila tiba masanya, mereka akan sedar. Mereka akan jemu dengan penderitaan. (Tetapi mereka tak dapat dengar apa yang Guru katakan.) Mereka dapat. (Mana dapat mrk dengar kata-kata Guru? Guru tidak pergi ke Somalia.) Tak perlu. Mereka dapat dengar apa yang saya katakan di sini. Roh mereka dengarnya. Roh kita adalah maha wujud. Roh tidak perlukan bahasa untuk berkomunikasi, tidak perlukan mikrofon atau televisyen. Itu hanya untuk minda. Apa yang saya katakan di sini, orang di Somalia dapat dengar. Tetapi masa mereka belum tiba lagi. Apabila masa mereka dah tiba, mereka… Mereka sudah dengarnya hari ini. Benih telah disemaikan dan mula bercambah. Selepas beberapa tahun atau dalam hayat mereka yg seterusnya, saya akan datang bercakap dgn mereka secara langsung, atau bawa mereka bersama saya, atau Guru lain akan datang untuk menyelamatkan mereka. Itu hanya soal masa. Sebab itu mana-mana Guru bermakrifat di dunia ini adalah bermanfaat kepada seluruh dunia. Saya tidak bercakap dengan kamu saja. Seluruh dunia dpt dengar kata-kata saya. Fikiran separa sedarnya mereka dapat dengar kata-kata saya, bukan minda mrk. (Maka akankah makhluk asing dengar kata-kata Guru?) Mereka dengarnya. (Jika makhluk asing tak berada dalam sistem suria ini atau tak berada dalam galaksi Bima Sakti, mana dapat mrk dengar kata-kata Guru? Adakah mereka juga gunakan kononnya ‘hati’ untuk dengar?) Roh – kita ialah roh. Pada asalnya kita semua tergolong dalam satu sistem. Kita tidak… Contohnya, kaki, tangan dan kuku semuanya sebahagian daripada kamu. Tetapi semut begitu kecil, ia hanya dapat lihat tanganmu – bukan seluruh badanmu. Sama juga, oleh sebab sekarang kita dilitupi oleh kejahilan, kita hanya nampak diri kita sebagai individu. Kita tidak menyedari bahawa ada sejenis ‘sistem hubungan’ yang hubungkan seluruh Alam Semesta bersama. Jadi kita semua berhubungan. Sebab itulah dalam agama Buddha, dikatakan ada “karma kolektif”. Ini bermakna jika satu atau dua orang membuat sesuatu, banyak orang yg lain boleh terpengaruh. Ini benar-benar berlaku! Dalam Bible, dikatakan bahawa Raja Daud… Kamu tahu tak Raja Daud? Baginda buat sesuatu yang salah. Tuhan menghukum baginda dan seluruh negaranya selama tiga atau empat hari. Raja Daud buat sesuatu yang salah dan itu pengaruhi seluruh negara selama beberapa hari. Jadi sama saja dalam agama Buddha dan Kristian, hanya untuk buktikan kpd kamu bahawa kita ialah satu entiti. Photo Caption: Bukan Hanya Muka yang Cantik, Bermanfaat Juga!