Cari
bahasa Melayu
Tajuk
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Hrvatski jezik
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Hrvatski jezik
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Meningkatkan Diri Menjadi Orang yg Sangat Mulia, Sanggup Berkorban, Bahagian 1 daripada 2

2017-10-12
BAHASA:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Melatih diri menjadi dlm segala jenis situasi yg berlainan pun baik. Di Himalaya, saya juga alami masalah seperti itu selama beberapa tahun. Saya ada sepasang kasut saja. Semasa basah dlm iklim sejuk, kaki bengkak dan sejuk. Ais adalah sejuk. Walaupun sementara saja, kadangkala melatih adalah baik supaya badan dan minda biasa dengan situasi yg berlainan, kemudian kita dapat menyesuaikan diri dan kekalkan keseimbangan sepanjang masa. Kemudian apabila kita ada situasi yg selesa, situasi yg lebih selesa, kita lebih hargainya dan nikmatinya.

Jika kita tiada, maka fikirkan berjuta-juta orang yg tak berumah, tiada bumbung atap kecil pun di atas kepala. Kamu boleh lihat di TV. Mereka hanya letak dahan kecil. Tiada itu pun. Kadangkala di Afrika sukar nak cari kayu kering utk membentuk khemah. Mereka tiada apa-apa pun utk menutupnya dlm iklim yg begitu panas. Pelarian terpaksa tinggalkan segalanya. Kerana sesetengah orang, hidup mereka hanyalah kampung, lembu dan pertanian. Jika peperangan tercetus atau bencana menimpa mereka, mereka terpaksa meninggalkan segalanya dan tak dapat bawa... apa yg mereka ada? Mereka hanya ada tangan utk bercucuk tanam. Jika tanggalkan tanah mereka, mereka tiada apa-apa lagi. Lembu mereka dan sebagainya ialah mata pencarian mereka. Apabila ini musnah atau ditinggalkan, mereka tiada apa-apa pun. Mereka tiada apa-apa pun. Saya lihat di TV, sesetengahnya hanya letak plastik, apa-apa saja kepingan plastik koyak kecil di atas, tak menutup seluruh rangka ranting yg didirikan pun.

Dan ada begitu banyak kesusahan lain. Jika kamu menonton TV, kamu dah tahu. Saya tak perlu beritahumu. Ia menyakitkan hati kita. Tapi selagi kita ada gaya hidup sebegini, menjadikan hidup kita dan merata tempat sebagai medan sembelih bagi manusia atau haiwan, karma (balasan) buruk tak dapat dielakkan. Dengan cara ini atau cara lain, hayat ini atau hayat lain, ia akan kembali kpd kita. Kesusahan, penderitaan, kesakitan, kita terpaksa menahannya untuk bersihkan apa-apa saja karma buruk yg kita buat dlm hayat silam.

Saya tak merungut jika hidup dlm sebarang situasi. Saya dah membuat diri berada dlm situasi ini. Jadi tiada apa-apa yg menakutkan saya lagi. Semasa kita hidup di dunia ini, kita terpaksa menerima banyak situasi. Kita tak boleh sentiasa mahukan ini, mahukan itu dan mahukan yg lain. Kita harus melatih diri. Melatih minda supaya menerima situasinya. Ke mana-mana saja kita pergi, dah tentu kita cuba membuat situasi seselesa yg boleh dgn kemampuan diri dan jika situasi membenarkan. Kita tak duduk saja dan tunggu orang lain menjaga kita. Saya juga bercakap tentang semua orang, bukan kumpulan di sini saja.

Secara umumnya. Jika kamu datang dlm situasi sejuk, kamu pakai lebih banyak pakaian. (Ya.) Jika panas, kamu kurang pakai, tak pakai apa-apa pun! Lelaki boleh. Lelaki boleh tak berbaju, tapi wanita, saya nasihati jangan. Tiada orang yg kata apa-apa tapi polis boleh datang pada bila-bila masa dan saya tak bertanggungjawab atas situasi sebegini. Jangan berdoa kpd saya dlm situasi ini. Okey? Kita boleh doakan sesuatu yang logik dan benar-benar perlu. Tapi bukan sentiasa doakan setiap perkara kecil, “Guru, buat ini untukku, buat itu untukku.” Ini memang teruk. Situasi timbul supaya kamu boleh menjadi lebih kuat dari segi rohani, mental, emosi dan psikologi.

Jadi kamu jangan sentiasa lari dari kesusahan jika tak terlalu berbahaya. Jika bahaya, dah tentu saya nasihati kamu larikan diri, jangan tunggu di sana saja. “Guru akan datang bawaku.” Jika bahaya, saya sendiri pun larikan diri. Kamu bertanggungjawab utk melindungi diri. Kamu bertanggungjawab utk melindungi rumah ibadat yg akan kamu gunakan utk beramal hingga hari karma (balasan) buruk habis di planet ini. Itu tanggungjawab yg perlu kamu laksanakan. Jadi kamu pastikan badanmu ada pakaian yg panas atau selesa.

Di rumah, jika kamu orang tua, tidurlah di katil yg selesa. Jangan berada di atas lantai seperti sini & duduk, kemudian belakang sakit dan sebagainya. “Oh, Guru, sakitnya aku!” Apa yg akan saya buat? Datang mengurut kamu? Jika kamu ada masalah, pergilah jumpa doktor. Jika lepas seketika ia tak hilang, ini bermakna ia mungkin serius. Pergilah jumpa doktor. Jika lepas banyak doktor, tak sembuhkan kamu, ini bermakna kamu terpaksa menahannya agar kamu dapat bersihkan karma (balasan) burukmu. Saya buat begitu. Saya pergi jumpa doktor dan jika doktor tak dapat sembuhkannya, maka okey, saya terimanya. Kemudian lepas seketika, ia akan hilang juga. Tapi jangan asyik doakan segala-galanya. Ya Tuhan. Setiap jerawat kecil pada mukamu. Mungkin adalah cantik ia pergi ke sana, lebih menawan daripada mukamu sebelumnya, terlalu biasa.

Jangan doakan setiap perkara kecil. Seperti anak perempuan tinggalkan kamu dan anakmu tak dapat bergaul dgn kamu. Saya tak boleh paksa mereka tinggal bersamamu apabila karma (balasan) kamu dah habis. Saya dah kata, di khalwat ini, jangan tanya saya tentang sebarang soalan duniawi. (Ya.) Sembuhkan penyakitmu, sembuhkan jerawat, apa-apa saja. Jangan buat begitu. Tapi maksud saya di dalam juga. Saya tak maksudkan tak cakap di luar tapi di dalam sentiasa doakan perkara yg bukan-bukan ini.

Segalanya adalah fana, kamu tahu akannya. Jika anak perempuanmu tinggalkanmu, baguslah. Kamu ada lebih banyak masa untuk beramal. Dia dah besar. Kamu tak dapat hentikannya. Tak dapat kawal dia selama²nya. Ahli keluarga kita bukanlah banduan kita. Kita buat sebaik yg boleh utk mendidik mereka, pastikan mereka selamat dan ada segalanya yg diperlukan. Tapi jika mereka tak mahukannya, maka tak apa juga. Atau jika mahu, kamu boleh beritahu polis dan cari mereka.

Jangan sentiasa doakan Guru buat sesuatu. Kita doakan segalanya, kita mendapatnya. Tapi kamu perlu fikir baik-baik sebelum berdoa. Fikir apa yg kamu mahukan. Semasa kamu datang utk dapatkan inisiasi drpd saya, adakah saya janji bahawa saya akan sembuhkan penyakitmu? Ya atau tidak? (Tidak.) Adakah saya janji suamimu akan cintaimu selama-lamanya? Ya atau tidak? (Tidak.) Adakah saya janji isterimu takkan ceraikan kamu? Ya atau tidak? (Tidak.) Adakah saya janji anakmu akan tinggal bersamamu selama²nya, berani, baik, murah hati dan taat? Ada? (Tidak.) Apakah yg saya janjikan? (Pembebasan.) Pembebasan dan balik Rumah. Ya, itu saja. Saya janji kamu akan mengenali diri, mengenali Diri yg agung, mengenali Tuhan. Itu saja yg saya janjikan. Adakah kamu mendapatnya secara beransur-ansur? (Ya.) Ya. Maka saya tunaikan janji saya,

kamu buat kerjamu. Keluargamu bukan hal saya. Sebarang masalah hidup fizikalmu bukan hal saya. Saya hanya nak bawa kamu ke tempat yg tiada masalah. Asalkan kamu di sini, akan ada masalah. Saya tak pernah janji bahawa lepas inisiasi dlm hayat ini, kamu akan tiada sebarang masalah, sentiasa tenang, penuh dgn kasih, tidak. Adakah saya buat begitu, adakah saya beritahu itu? (Tidak.) Tidak!

Mana boleh kamu tak diikat semasa di dlm penjara? Jika saya seorang peguam dan membela kamu, pada asalnya kamu tak bersalah dan saya janji kpd kamu, “Okey, saya ambil kes ini, kemudian kamu akan keluar.” Tapi sementara saya lakukan kerja menulis, berurusan dgn birokrasi dan undang-undang, kamu berada di penjara. Ya? Sehingga dah siap. Di dlm penjara, kamu tak boleh minta, “Mana Mercedes saya? Mana pengawal peribadi saya? Mana sarapan saya di katil?” Kamu tak boleh minta ini. Saya janji kamu akan keluar. Kemudian kamu tunggu. Okey? (Ya.)

Jadi di dunia ini, kamu terpaksa menerima apa-apa saja situasi. Jika kamu mahunya lebih baik, lebih cepat, kamu lebih banyak bermeditasi. Kamu buat kerjamu. Kamu jangan sentiasa bergantung pada wanita tua kecil ini buat kerja utk kamu. Jika saya lakukannya, jika boleh, kamu tak menjadi apa-apa pun. Terimalah keadaan di dlm penjara. Jika warden penjara suruh, “Pergi masak hari ini,” kamu pergi masak hari ini. Jika dia suruh, “Cuci pakaian utk semua banduan,” kamu cuci pakaian untuk banduan. Kamu jangan panggil peguam dan kata, “Saya bebas, saya tak bersalah, saya segalanya, saya... Kamu bekerja bagi pihak saya, mengapa saya masih perlu cuci pakaian di sini, bersihkan lantai?” Selagi kamu di dlm penjara, kamu buat apa yg disuruh oleh warden penjara. Jika tidak, pembebasanmu akan ditangguhkan. Kerana mereka akan kata kamu tak hormati pihak berkuasa. Atau jika kamu berlawan dgn warden penjara, kamu akan berada di sana. Peguam takkan dapat buat apa-apa jika kamu menyusahkan polis di sana. Atau jika kamu memukul warden penjara. Maka habislah kamu.

Kita berada di sini. Kita buat segalanya yg perlu di sini. Jika kamu perlu bekerja, kamu bekerja. Jika kamu perlu menjaga anak, jagalah anak. Sesiapa drpd mereka lari dari rumah, kamu beritahu polis utk cari mereka. Jika mereka tak dapat, maka tak dapat. Jangan memaksa sebarang situasi pada saya. Okey? Jika saya buat segalanya utk kamu, apakah kamu? Mayat yg bergerak? Orang hilang upaya, tak dapat berfikir, bereaksi, menggunakan IQ kamu? Apa yg akan kamu buat? Segalanya kamu panggil Guru. Maka apa yg akan kamu buat? Buat apa kamu hidup? Hanya utk makan dan tidur?

Terimalah setiap situasi sebagai cabaran yg diberikan oleh Tuhan atau penghapusan karma (balasan) buruk. Jika kita hilang sesuatu, kita mendapat sesuatu yg lain. Sentiasa begitu. Segalanya berlaku atas sebab tertentu. Semua orang akan beritahu kamu begitu. Jadi jangan hanya dgn mudah atau senangnya mendoakan perkara kecil yg dapat kamu uruskan sendiri. Jika kamu sakit, jangan berdoa kpd Guru utk sembuhkan kamu. Pergilah jumpa doktor. Kecuali dlm situasi terdesak, kamu tak dapat buat apa-apa, maka dah tentu, mungkin kamu boleh.

Tapi saya dah kata, jika kamu patuhi lima rukun, malaikat melindungi kamu. Dan pastikan apa yg kamu makan adalah murni dan bersih. Pastikan kamu bermeditasi dgn secukupnya. Kemudian semua situasi akan berubah menjadi situasi yg tak serius. Masalah besar menjadi masalah kecil. Masalah kecil menjadi hilang. Itu adalah biasa jika kamu patuhi rukun, makan makanan vegan tulen dan bermeditasi dgn baik. Okey? (Ya.) Kadangkala jika kita tak bermeditasi dgn baik atau tak betul-betul patuhi rukun, hanya sedikit pun, segalanya dikira di syurga. Mungkin saya tiada di sana, mungkin tiada orang nampak, tapi Syurga tahu segalanya. Jadi jangan ingat kamu boleh tipu. Jika kamu tak lakukannya, maka kadangkala kesannya menjadi lebih buruk drpd yang seharusnya. Kerana maya, kuasa negatif di dunia yg kita diami ini menuntut layanan yg adil bagi semua makhluk di planet ini. Jadi kita boleh buat segalanya yg kita mahu tapi perlu terima balasannya.

Sekarang, jika kita dah buat segalanya, kita bermeditasi dgn baik tapi sesuatu tetap berlaku kpd kita, maka biarkannya saja. Ini ialah pelangsaian karma (balasan) buruk dari hayat silam supaya kita bebas. Hanya sedikit pun, kita perlu langsaikan supaya boleh menjadi bersih dan naik ke atas. Kadangkala kita alami masalah sikit atau sesuatu mengganggu kita tapi kita naik ke peringkat yg lebih tinggi.

Jadi jangan tukar pahala kamu dgn hanya sedikit keselesaan di dunia ini. Ia terlalu berharga, nafasmu, hidupmu, harimu, tahunmu di Bumi sini. Gunanya hanya supaya apabila naik ke atas, kamu senyum. “Oh, aku dah buat sebaik yg boleh utk amalan spiritual. Aku berada di sini kerana aku berusaha utk dapatkannya.” Jangan hanya berpaut pada godaan kecil di dunia ini, keselesaan kecil dlm hidup ini dan terlepas peluang spiritual untuk naik ke peringkat yg lebih tinggi. Kuasa Guru boleh berkatimu tapi jika kamu hanya gunakannya utk perkara lain, jika salahgunakan kuasa ini utk perolehan kecil duniawi atau keseronokan kecil, maka kamu kehilangannya. Kemudian lepas meninggal, kamu hanya duduk mungkin di Astral atau Peringkat Kedua atau Peringkat Ketiga, melihat semua anak murid lain terbang lalu. Maka kamu akan rasa sesal dgn kamu tak seharusnya berpaut pada dunia ini.

Semasa kamu datang kpd saya untuk inisiasi, kamu datang utk Tuhan, kan? Kamu datang untuk peringkat pembebasan spiritual setinggi yg boleh, kan? Atau kamu datang utk anak perempuan, anak lelaki lulus peperiksaan, utk anak perempuan mendapat suami yg kacak walaupun dia begitu hodoh, tiada orang nak lihat pun? Jika kamu datang utk tujuan duniawi ini, minta maaf, konsepmu tak betul. Kamu perlu ubahnya.

Jika seseorang tinggalkan kamu, kamu lihat apa yg tak kena dgn dirimu. Jika benar-benar tiada apa-apa yg tak kena dgn dirimu, maka okey, mungkin dah sampai masanya. Karma (balasan) dilangsaikan, jadi kamu berdua boleh tak saling mengganggu. Maka bergembiralah, jimatkan lebih banyak masa utk bermeditasi.

Jangan berpaut pada sesuatu yg bukan milik kamu lagi. Ia bukan milikmu, apa-apa pun di planet ini. Tiada apa-apa pun. Adakah kamu bawa apa-apa ke dunia ini? (Tidak.) Okey. Maka mengapa kamu mahukan sesuatu? Meskipun kamu lahirkan anak perempuan atau lelaki ke dunia ini, kamu telah gemukkan diri dua puluh tahun dulu baru lahirkan seorang anak perempuan, misalnya. Dan berapa banyak orang perlu sibuk utk kamu? Doktor, jururawat, kakitangan perubatan, ubat, pemasaan. Bangun pada tengah malam utk menyambut kelahiran bayi, menenangkan kamu dan memeriksa kamu lepas bersalin, kemudian memeriksa lepas bayi dilahirkan, memeriksa apabila bayi membesar. Berapa banyak orang dah bekerja utk kamu? Jadi adakah terdapat sesuatu yg benar-benar adalah milikmu? Kamu berhutang kpd semua orang ini, kerajaan dan semua orang yg bayar cukai bersamamu. Atau mungkin kamu tak bayar cukai pun tapi gunakan hospital, perkhidmatan doktor dan ubat secara percuma, segala-galanya. Tak pernahkah kamu fikir tentangnya? Kamu ingat kamu bawa sesuatu ke dunia ini, jadi berhak utk berpaut padanya, rasa adalah milikmu dan milikinya selama-lamanya? Tidak! Terutamanya jika kamu dah bermakrifat. Meskipun bermakrifat sikit saja, mengikut karma (balasan) kamu, kamu perlu tahu bahawa kita tak memiliki apa-apa pun di planet ini. Kita banyak berhutang.

Jadi cubalah buat perkara yg lebih baik, lebih berterima kasih kpd dunia, kpd orang di sekelilingmu, saudara seguru atau tidak. Tanpa mereka, kamu tak dapat hidup. Tanpa petani, kamu tiada apa-apa pun utk dimakan. Tanpa pemungut sampah, rumahmu kucar-kacir dan kamu akan jatuh sakit. Pemungut sampah ada pekerjaan yg lebih berbahaya drpd banyak pekerjaan yg lain. Salah satu pekerjaan yg paling berbahaya walaupun kelihatan biasa saja. Ia bukan saja kotor, ia berbahaya. Kadangkala benda meletup. Mereka tak tahu apa yg disentuh pun. Kajian menyatakan bahawa mereka ada pekerjaan yg lima kali, atau lebih, lebih berbahaya daripada polis dan ahli bomba. Bukan petani saja tapi ada pasar raya, ada orang yg jual benda kpd kita, farmasi, segala jenis orang yg kita banyak berhutang untuk hidup. Jadi sedikit meditasi adalah tak cukup utk membalas budi mereka, tak cukup utk berkongsi pahala dgn semua orang.

Jangan ingat kamu seseorang yg hebat. Hanya kerana kamu pengamal Quan Yin dan buat sedikit amal di sana sini... mengikut arahan saya. Kemudian kamu rasa kamu seseorang yg hebat. Sentiasa fikirlah bahawa kamu orang biasa saja. Okey? Tinggal di mana-mana, buat apa-apa pun. Kita perlu lebih banyak beramal dan lebih banyak mengkaji diri. Bukan sentiasa elakkan diri drpd kesusahan, kerja susah atau situasi susah. Hanya kerana pendingin hawa terlalu sejuk dan tinggal bersama terlalu banyak orang, berkongsi satu bilik. Kamu hanya pakai lebih banyak pakaian atau keluar, tidur di luar. Tiada pendingin hawa. Saya tak suka pendingin hawa juga, saya perlu kata saya faham. Saya sangat faham. Tapi di rumah, saya perlu bahagikan bilik. Gua saya pun, saya bahagikan kpd dua. Separuh di luar adalah utk anjing, mereka ada pendingin hawa. Separuh di dalam, tiada pendingin hawa. Saya pasang tabir di antaranya. Jika keluar bersama mereka, dgn serta-merta saya tutup pendingin hawa dulu utk memeriksa keadaan, kemudian buka pendingin hawa semula utk mereka. Kerana jika pendingin hawa terlalu sejuk dgn tiba-tiba, saya tak tahan juga. Saya memahami itu. Tapi adalah senang utk menguruskannya, kan?

Kita perlu biasakan diri dengan situasi, bereaksi dgn cepat. Jika sejuk, pakai lebih banyak pakaian atau... Saya ajar kamu segalanya. Kamu malah boleh ambil botol, isi air panas dan peluknya, rasanya panas. Itu cara saya lakukannya. Pendingin hawa, kita boleh putarnya ke atas agar ia tak terus meniup pada kita. Dan buatnya darjah yg sesuai.

Okey, saya tak maksudkan kamu orang yg buruk. Kamu vegetarian, kamu bermeditasi. Saya tak maksudkan kamu. Maksud saya, sesiapa yg telah terima inisiasi ialah orang baik. Itu pasti benar. Tapi kamu perlu lebih drpd itu. Kamu bukan saja menjadi baik, kamu perlu berbuat baik dan menjaga orang lain supaya mereka menjadi baik juga. Bukan hanya duduk menunggu, sentiasa doakan berkat Guru atau jika tak selesa, kamu tinggalkan sini. Itu bukan kasih. Begitu pun... Dah tentu, saya cuba menjaga kamu semua, tapi kamu juga bertanggungjawab utk menjaga diri, kan? Kamu semua.

Jangan sentiasa berdoa kpd kuasa Guru utk buat ini, buat itu utk kamu. Itu salahgunakan kuasa semasa kamu tak perlukannya. Kecemasan, ya. Okey? Apabila kamu tak dapat buat apa-apa lagi, okey. Tapi jika boleh, kamu gunakan otak dulu. Guna IQ kamu, melatih IQ kamu supaya menjadi lebih pintar, lebih cepat reaksinya terhadap semua situasi yg timbul. Kalau-kalau suatu hari kamu perlu bantu seseorang. Ia bukan utk kita saja. Ia untuk semua orang di sekeliling kita dan tidak di sekeliling kita.

Kamu perlu melatih supaya jadi baik dan mampu dulu agar mungkin suatu hari kita dapat bantu orang lain. Jangan sentiasa duduk saja seperti bayi menunggu ibu. Meskipun kamu dimanjakan, kamu perlu sedia utk memperbaik diri menjadi orang yg sangat mulia. Orang yg mengorbankan diri. Tapi saya tak minta kamu buat apa-apa yg drastik. Mengorbankan diri, bercakap tentang itu adalah melucukan. Ini terlalu lemah utk perkataan itu. Maksud saya, kamu juga perlu menyesuaikan diri dgn situasi. Cuba bantu orang lain.
Saksikan Lebih Banyak
Episod  1 / 2
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android