Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kamu nampak tak meja saya, meja boleh gerak? Cantiknya. Ke mana-mana pun saya pergi, saya ada perabot segera tanpa kos, tiada masalah. Kerusi saya pun tak perlu. Kamu boleh berikan kotak buah-buahan kpd saya dan menutupinya dengan kain. Saya dah puas. Saya tak berada di sini lama sangat. Saya bukan di sini untuk bersusah-susah dengan benda ini kecuali segala-galanya, kecuali setiap benda yang perlu. Itu tak perlu. Kita sudah tak cukup ruang. Kamu tahu akan itu. Lihatlah, buku pun berada di luar. Jadi mana boleh kita luangkan tempat untuk perabot? Buat apa? Tiada sesiapa yang duduk di atas kerusi di sini. Mrk hanya duduk di atas kusyen. Mereka ialah Buddha. Buddha tidak duduk di atas kerusi, kan? Ini tabiat buruk, minum bir tanpa alkohol.Lihatlah, jika kita ada banyak perabot, kita perlu menjadi hambanya. Bersihkannya, cucinya, segala-galanya. Saya ada, sekadar cukup. Beberapa buah kerusi, cukup untuk pertemuan peribadi kadangkala. Tetapi biasanya apabila orang datang sebanyak beratus-ratus, kita tak dapat sediakan kerusi untuk mereka. Dan buat apa? Jika kamu sediakannya di sini, kemudian apabila kamu pergi ke hutan, kamu tiadanya. Kamu tak boleh tetap berada di dalam bilik selama-lamanya. Itu tidak baik untuk kamu. Kita ada banyak pokok dan ia cantik. Kamu harus berjalan-jalan dan duduk di sesuatu tempat, mana-mana saja yang kamu suka. Kamu tak dapat bawa kerusi di dalam poket sepanjang masa. Sebarang batu kita boleh duduk, kusyen atau sehelai kain, letaknya di mana-mana saja dan kita boleh duduk.Kebanyakan orang jalani kehidupan yang sangat rumit. Oleh itu, kehidupan mrk memuramkan, kerana mereka habiskan banyak masa bekerja untuk memperoleh wang. Kemudian mereka habiskan banyak wang untuk benda yang tidak perlu. Jadi cubalah berfikir lain kali apabila kamu pergi membeli-belah, sama ada kamu benar-benar perlukan benda ini atau tidak, kemudian kamu akan lihat berapa banyak kamu jimatkan. Pada bila-bila kamu nak beli sesuatu, kemudian kamu boleh ada keazaman yang mencukupi untuk tidak belinya dan masih boleh hidup, kemudian mencatat skor, lihat berapa banyak wang telah kamu jimatkan, dan pada akhir tahun, kamu boleh beri ganjaran kepada diri sendiri dengan hadiah mulia. Banyak wang dijimatkan. Itu bagaimana saya bina banyak pusat meditasi dlm masa tiga tahun saja dan pergi ke seluruh dunia, berkhutbah pada masa yang sama. Kamu tahu berapa banyak kosnya apabila kita pergi berkhutbah dengan banyak kakitangan dan alat.Kerana saya hanya belanjakan apa yang perlu dan tidak berbelanja apabila tidak perlu, satu sen pun tidak. Jika berbaloi, saya belanjakan berjuta-juta, beratus-ratus ribu, tiada masalah. Kita boleh dermakan beratus-ratus ribu atau berjuta-juta dolar Amerika untuk orang luar, tidak diinisiasi pun. Saya tidak kenali mereka pun. Saya tidak muncul di sana untuk lihat siapa mendapatnya dan siapa tidak pun. Tidak muncul pun. Tetapi bagi benda yang tidak perlu, saya tidak belanjakan satu dolar pun. Kita cuba buat apa-apa yang boleh. Contohnya, apa-apa boleh kita lakukan, maka kita lakukan. Kerana wang yang kita jimatkan juga merupakan wang yang kita peroleh. Itu bagaimana kita sangat stabil dari segi ekonomi. Itu bagaimana kita tak perlu minta wang daripada sesiapa pun. […]Photo Caption: Makhluk Kuat Seperti Pokok Tetap Perlukan Persekitaran yang Baik untuk Hidup. Manusia Harus Menjaga Diri demi Sendiri!











