Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Apabila saya lihat sekarang ini, saya beritahu anda. Seperti biasa, saya tidak bincangkan satu topik saja dan semuanya sekali akhirnya. Ada banyak perkara, jadi saya merakam apabila ia terlintas, apabila saya teringat. Pada asalnya, seminggu yang lalu, saya nak beritahu anda sesuatu yang baik tentang Matahari sekali lagi. Saya akan beritahu anda selepas ini. Saya harap saya akan ingat. Jika tidak, maka saya perlu beritahu anda pada kali yang lain. Sekarang saya masih ingat akan Guru Tịnh Không, atau Không Tịnh (Guru Ji Kong), maka saya akan teruskan lebih lama sikit.Seorang Bodhisattva dari Alam Suci pun, dan turun ke bawah sini, lupa akan segala-galanya. Dia perlu berenang dalam air karma yang berpusar bersama dengan semua manusia atau sekurangnya dengan sesiapa saja yang beliau nak bantu. Tetapi bagi membantu manusia di sini, kita perlu mengorbankan segala-galanya. Sebab itulah beliau lupa akan segalanya, menderita melalui neraka, Bumi dan sebagainya. Serupa dengan Guru-guru sebenar yg juga perlu sangat banyak menderita. Kita boleh menulis 10,000 buah buku. Saya boleh menulis 10,000 buah buku tentang apa yang saya tahu, Kuasa apa yang saya ada dan penderitaan yang perlu saya tahan. Tetapi ini tidak penting. Apa yang penting ialah Kami perlu segera cuba bantu Bumi menjadi stabil.Jadi saya senang hati dengan Kami dapat menstabilkan Bumi sampai tahap tertentu – lebih kurang 40 darjah saja. Itu apa yang dikesali. Kerana manusia tak nak membantu! Nampaknya mrk suka duduk-duduk saja, kemudian saya perlu buat segala-galanya untuk mereka dan menyelamatkan dunia, menyelamatkan keluarga mereka tetapi mereka tidak buat apa-apa pun. Mereka tidak beri bantuan 1% itu pun, iaitu menjadi vegan. Adakah itu banyak untuk diminta? Adakah itu sesuatu yg untungkan saya? Tidak! Syarikat makanan saya adalah yang kecil, biasanya hanya cukup untuk membekali anak murid, kadangkala tak cukup pun. Kadangkala saya minta sesuatu, mereka tiada kerana tak cukup. Semuanya telah habis dijual. Sesuatu macam itu. Jadi saya tiada sebarang kepentingan, banyak kepentingan untuk beritahu anda supaya menjadi vegan.Wang yg saya peroleh lebih atau kurang lebih banyak dlm bidang barang kemas dan sesetengahnya mungkin seperti lukisan dan pakaian. Tetapi juga kerana kami sangat jimat. Jika saya hidup seperti orang kaya yang lain, bina banyak bangunan serta buat ashram yang besar, mewah dan mahal, maka saya takkan ada apa-apa yang tertinggal, mungkin tidak cukup untuk hidup pun. Saya telah mengajar selama hampir 40 tahun. Ini kali pertama kami ada ashram yang baik. Kami panggilnya ‘Ashram Alam Baharu’ Semua bangunan seperti kubu kota, seperti dalam cerita pari-pari, sudah sedia ada di sana. Kami belinya dengan hanya AS$40 juta lebih. Saya sumbangkan separuh daripadanya dan anak murid lain, sesiapa saja yang mahu, sumbangkan separuh lagi. Jadi macam itulah. Tetapi nama saya tiada di sana. Semuanya di bawah nama mereka, jadi tak usah cari nama saya, siapa memilikinya.Saya tidak miliki apa-apa pun – kereta kecil saya pun, kereta golf atau basikal saya. Tiada apa-apa di bawah nama saya. Kerana saya tak dapat ada masa untuk menguruskan segala birokrasi untuk memiliki rumah atau... Ada beberapa buah rumah lama di bawah nama saya pada permulaannya, ashram dan sebagainya. Tetapi saya sudah memindahkannya, kebanyakan daripadanya, kepada nama orang lain, nama anak murid lain supaya jika saya mati, mereka masih ada tempat untuk teruskan. Tetapi di sesetengah tempat, pindahkan nama adalah menyusahkan, jadi mungkin masih di bawah nama saya, beberapa daripadanya. Jika tidak, saya tidak miliki banyak. Saya tidak miliki apa-apa pun. Saya tak tahu mengapa saya katakan ini. Saya beritahu anda apa-apa saja kerana anda berminat. Pengikut saya berminat untuk mengetahui apa yang saya buat dan sama ada saya masih hidup, jadi saya bercakap kadangkala. Saya tak tahu berapa banyak orang di luar akan dengar, sama ada mereka ada masa untuk dengar kerana hari ini ada ‘Buddha’ di mana-mana saja.Sesiapa pun keluar saja, ada ashram atau sebidang tanah, kemudian mendakwa diri sebagai ‘Buddha’ atau ‘Putera Syurga’, apa-apa saja. Oh, begitu banyak gelaran, nama! Trần Tâm pun menjadi Ruma, Rumaji, apa-apa saja. Ia berbunyi macam ‘rumor’ bagi saya, sama seperti bergosip. Ia tidak benar kerana dia tiada kuasa untuk diberikan kepada orang. Sebab itulah banyak orang sakit. Apabila mereka datang kepada saya, adalah sukar bagi saya terus memulihkan kesihatan mereka. Meskipun mereka datang, masuk ke dalam kumpulan saya, kadangkala mereka tetap tak berapa faham tentang ajaran sebenar. Nampaknya perhatian mereka sangat banyak dialihkan. Sangat susah. Saya tak nak menerima mana-mana kononnya anak murid daripada orang luar ini kerana sukar untuk mengembalikan mereka kepada yang asal, macam muka surat kosong seperti dulu. Kita boleh melunturkan muka surat dan sebagainya tetapi adalah tidak dapat dielakkan bagi muka surat itu dirosakkan, jadi susah. Jika saya tidak menerima mereka, mereka akan kata, “Oh, Dia tak berbelas kasihan! Dia berdiskriminasi,” dan sesuatu macam itu.Sesetengah orang mengikut Trần Tâm atau orang lain, apa-apa saja, saya tak tahu namanya, dia memilih namanya – beberapa orang. Jika mereka datang kepada saya dan mahu saya menerima mereka, sukar untuk bersihkan mereka. Sesetengah daripada mereka, saya tak boleh biar mereka pergi bekerja sebagai juruacara atau apa pun untuk Supreme Master Television kerana tenaga mereka masih begitu gelap. Boleh anda bayangkan berapa gelap itu? Kononnya guru spiritual mereka, Trần Tâm, melakukan begitu banyak perkara yang dahsyat. Sesetengah orang tak berani beritahu saya semua perkara ini. Mereka beritahu sesetengahnya. Kita ada bukti, ada temu bual, ada video dan sebagainya tetapi bukan semuanya. Sesetengah orang begitu takut pada dia. Mereka tak berani bercakap tetapi hanya berkata, “Oh, dia buat perkara yang lebih dahsyat daripada semuanya yg kamu dengar ini!” Ya Tuhan, semua perkara yang dibuatnya ini sudah dahsyat bagi saya. apalagi perkara yang lebih dahsyat daripada itu. Saya tak dapat bayangkan.Jadi saya asyik memberitahu ini, berharap orang yang mudah terpengaruh di luar tidak mengikut dia Anda tak perlu mengikut saya, cuma jangan mengikut dia. Saya telah beritahu anda banyak tempat yang boleh anda pergi dan cari makrifat spiritual jika mahu.Jika anda tak nak datang belajar dgn saya, saya tak kehilangan apa-apa. Cuma anda kehilangannya. Anda kehilangan peluang untuk menjadi bebas sepenuhnya dari Tiga Alam, bebas sepenuhnya dan mendapat pembebasan sejak waktu inisiasi. Itu apa yang anda hilang.Tiada seorang pun kononnya guru spiritual yang meniru ajaran saya dari A hingga Z – ya Tuhan, bercakap tentang peniru. Itu hanya tiruan yang buruk, buat saya berasa malu.Saya bernyanyi pun, dia bernyanyi. Saya ada orang-nuri, dia perlu ada orang-nuri.Saya bercakap tentang ini dan dia betul-betul meniru saya, bercakap secara sama. Saya bawa bakul pun kadangkala untuk pergi duduk bersama anak murid kerana saya ada kuih atau gula-gula vegan di dalamnya, berikannya kepada mereka,dan dia juga perlu membawa bakul seperti wanita. Tak hairanlah dia merogol lelaki dewasa, budak lelaki dan sebagainya. Saya rasa dia itu jenis biseksual, sesuatu yang pelik. Jika tidak, mana boleh seorang lelaki ingin ada jenis hubungan itu dengan lelaki lain? Boleh anda lelaki bayangkan itu? Tidak. Jika anda lelaki sejati, anda tak boleh ingin ada apa-apa hubungan fizikal dengan lelaki lain. Itu memualkan, bukan? Dan dengan wanita juga, dan dengan kanak-kanak juga. Oh, ini sudah pun benar-benar seperti neraka di Bumi!Saya tak tahu mengapa sesetengah kerajaan masih menerima dia dan biarkan dia tinggal di negara mereka. Dia bawa kemusnahan kepada negara itu. Dia hanya tinggal di Thailand untuk seketika, kemudian banyak orang mati, sebuah bangunan besar runtuh. Walaupun gempa bumi berlaku di Myanmar saja, namun Thailand alami banyak kerosakan. Bayangkan itu. Tetapi mana dapat saya beritahu sesiapa pun? Tiada sesiapa lagi yang nampaknya ada fikiran yang jelas untuk faham.Saya cuma harap anda segera sedar. Jika tidak, dunia semakin merosot. Ada begitu banyak fenomena yang ganjil, bermakna amaran dari langit dan dari Bumi, dari laut, mana-mana saja, di banyak negara. Tetapi anda masih tidak sedar. Saya asyik cuba banyak bercakap. Saya tak pasti sama ada dedikasi saya membantu apa-apa. Mungkin ia bantu sesetengah orang tapi bukan semuanya kerana kadangkala orang tidak hargainya apabila kita menawarkan segalanya secara percuma kerana segalanya di dunia ini kita perlu bayar untuk mendapatnya, tetapi saya tak boleh ambil wang daripada orang, sejak kecil lagi.Saya sudah beritahu anda, suatu kali saya di Paris. Saya tidak segera ada pekerjaan tetapi orang yang saya bekerja untuknya menawarkan wang yg saya tidak ambil hanya kerana dia cintai saya. Saya tak nak mempergunakan itu. Saya tidak rasa senang hati mengambil wang daripada dia. Walaupun itu gaji saya, pada masa itu bukan waktu memberi gaji. Saya lari keluar dan sendiri pergi cari pekerjaan. Pada masa itu, saya tiada tempat tinggal, dan tiada pekerjaan, tiada wang sama sekali. Nasib baik saya mendapat pekerjaan tetapi ia tidak bertahan lama. Apa-apa saja pekerjaan, saya buat, mungkin pekerjaan di restoran atau sesuatu, mencuci pinggan. Tetapi isteri pemilik restoran itu juga cemburui saya, jadi mahu dia memecat saya. Saya kata, bukan senang hanya nak bekerja, mencari wang yang jujur pun. Apa yang kita katakan tadi?Apabila saya hantar pengutus Quan Yin untuk memberi inisiasi sebagai wakil saya, saya berikan kuasa besar kepada dia untuk situasi itu saja. Jika tidak, kadangkala mereka beri inisiasi kepada 800-1,000 orang. Itu terlalu banyak karma untuk mereka tanggung. Jadi saya perlu berikan kuasa saya untuk situasi itu. Untuk situasi itu saja, dan lepas itu saya ambil alih, dah tentu, untuk anak murid Tuhan saya. Pengutus Quan Yin tiada semua kuasa Guru itu. Adalah berbeza antara kita ialah Bodhisattva dan kita ialah Buddha.Saya telah menjadi Buddha sejak waktu saya tak dapat ingat lagi. Apabila saya kembali ke sini, saya lupa akan segala-galanya. Saya tahu akan diri saya bersatu dengan Tuhan sejak lama dahulu lagi, sejak 2005 sebelum saya datang ke Hungary untuk suluk itu. Saya dah tahu akan itu selama ini tetapi tidak beritahu anda kerana saya tak tahu bagaimana. Saya tidak mahu kerana menjadi orang biasa atau hanya seorang Guru dah banyak menyusahkan. Orang melihat kita, ingin makan kita. Mereka mahu kita beri mereka berkat dan segala-galanya untuk apa-apa saja yang mereka nak buat, sebarang benda duniawi. Itu akan mengganggu kita, memusarkan tenaga kita, dan sudah ada banyak karma, banyak musuh, kesusahan dan rasa cemburu. Jika kita malah beritahu mereka bahawa kita ialah Buddha atau bersatu dengan Tuhan, oh, saya tak tahu itu akan berapa tidak selesa.Photo Caption: Sendiri Bersinar dalam Kegelapan, Tidak Menunggu Sesiapa Pun Bersinar untuk Kita!











