Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Dosa yang Tidak Dapat Diserap oleh Kuasa Kasih Sayang dan Pengampunan, Bahagian 3 drpd 3

2023-12-28
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Kami tak menyalahkan Engkau, Tuhanku. Kami hanya berdoa. Jadi Engkau tolonglah faham, dunia ini bukan senang bagi sesiapa pun. Lebih senang tergoda dan berbuat jahat daripada ternaik dan ingat akan nama-Mu. Ini hanyalah sistem dunia ini yang mengheret orang ke bawah dan mereka hampir tak dapat bangkit jika terjerumus. […]

Sangat sukar bagi mereka (manusia) sedar dan ingat akan Engkau. Aku telah cuba bersungguh-sungguh dalam dekad-dekad ini, cuba mengingatkan mereka, buat apa-apa saja yang boleh tetapi rasa begitu kecewa. Begitu banyak kali, aku rasa tak berdaya. Aku rasa dunia ini semakin seperti neraka. Sesetengah bahagian dah pun spt neraka. Aku tak tahu bagaimana Engkau begitu banyak berkati aku, buat aku tidak rebah dengan segala penderitaan yang aku saksikan ini, tidak rebah dengan segala kesakitan yang aku rasai daripada manusia, orang-haiwan, pokok dan sebagainya, seolah-olah kesakitan mrk itu kesakitanku Aku berterima kasih kpd Engkau atas itu - atas membuat aku kuat, sekurang-kurangnya sebahagiannya dari segi mental dan fizikal.

Tetapi banyak orang tak dapat atasinya, Tuhanku. Mereka bunuh diri atau tenggelam dalam kemurungan. Mereka perlu gunakan arak dan dadah untuk melupakannya tetapi lagi banyak mereka gunakan itu lagi lemahnya mereka, tak dapat berdiri megah dan melindungi diri daripada segala jenis serangan. Kerana ke mana-mana pun mereka lihat, kebanyakannya hanya penderitaan, kesakitan dan kedukaan, dan sekarang kita ada banyak kesusahan: bencana, pemanasan iklim, nyalaan suria, ribut suria – bukan sahaja ribut angin atau ribut hujan malah ribut suria. Begitu banyak kejadian dah mengancam kelangsungan hidup kita di planet ini. Engkau tahu sangat. Malaikat Hitam taklah begitu berbelas kasihan terhadap semua makhluk di planet ini kerana seluruh umat manusia, lebih atau kurang, membuat sesuatu yang salah. Hanya sesetengah drpd mrk patah balik, bertaubat dan cuba menebus perbuatan buruk mereka dengan Rahmat yang Engkau kurniakan kepada mereka.

Tolonglah gunakan Kuasa-Mu untuk menyedarkan mereka supaya mereka tidak tersesat selama-lamanya. Kerana kali ini mereka takkan diampuni dengan begitu senang, kerana karma buruk, dosa buruk hayat demi hayat telah bertimbun dalam rekod hidup mereka. Kami tak menyalahkan Engkau, Tuhanku. Kami hanya berdoa. Jadi Engkau tolonglah faham, dunia ini bukan senang bagi sesiapa pun. Lebih senang tergoda dan berbuat jahat daripada ternaik dan ingat akan nama-Mu. Ini hanyalah sistem dunia ini yang mengheret orang ke bawah dan mereka hampir tak dapat bangkit jika terjerumus. Meskipun bangkit, mereka hampir seperti zombi.

Mereka tiada banyak masa untuk terlalu banyak berfikir. Mereka hanya begitu sibuk bekerja dan apabila pulang ke rumah, perlu uruskan beli-belah, pencucian, anak, orang tua dan orang sakit. Mereka juga makan makanan yang tak betul seperti produk orang-haiwan. Oleh itu, mereka sentiasa jatuh sakit. Mereka perlu pergi jumpa doktor, pergi ke hospital dan menahan banyak penderitaan juga. Segalanya yang mereka ada, mereka mesti bekerja untuknya dengan peluh, air mata, malah darah. Hidup ini begitu banyak menghukum mereka. Meskipun jatuh sakit, mereka tak boleh berhenti untuk berehat. Mereka bekerja keras sekali tetapi kadangkala kejadian berlaku. Mereka kehilangan segala-galanya dan menjadi tidak berumah. Meskipun berumah, mereka tak berduit untuk membayar bagi keselesaan minimum untuk memastikan badan cukup panas, memastikan diri sendiri dan anak selesa dan cukup makan atau malah hadiri sekolah. Hidup ini bukanlah Syurga, Tuhanku. Roh yang datang ke sini ditindas, diracun, terperdaya, tak dapat berfikir lagi. Mereka malah hilang kepercayaan kpd Syurga dan tidak takut akan neraka kerana mereka tak tahu apa-apa pun tentang ini.

Tiada orang di Syurga akan memahami kesakitan dan kedukaan yang perlu dialami oleh manusia, belum kata lagi orang-haiwan yang dirantai, dikurung di dalam petak yang begitu kecil sehingga tak dapat berpusing pun siang dan malam, sepanjang hidup sehingga mereka dibunuh di sesuatu sudut gelap di dunia dengan begitu banyak kesakitan dan kedukaan. Dunia ini bukanlah tempat yang senang bagi sesiapa pun untuk terus hidup, Tuhanku. Tolonglah, berfikir dua kali dan biar mereka berpeluang untuk sedar. Tolong gunakan segala Kuasa, Cara-Mu untuk menyedarkan mereka. Gunakan aku dgn sebarang cara yg boleh. Bunuhlah aku jika itu membantu mereka sedar. Satu orang mati, banyak orang hidup – tak mengapa, Tuhanku. Engkau boleh musnahkan aku, mengecaikan rohku ke mana-mana saja, seolah-olah aku salah satu drpd pendosa yang akan dialami jenis nasib yang menggerunkan ini – hilang selama-lamanya, jika itu membantu semua makhluk terhindar daripada penderitaan dan mendapat pembebaskan, balik ke Rumah! Jika mereka menderita, bagaimana aku nikmati hidup!?

Dunia ini bukanlah syurga, Tuhanku. Tolonglah ingat akan itu. Roh tidak tahu apa yang akan mereka hadapi sehingga mereka datang ke sini. Setelah mereka turun ke bawah sini, sukar bagi mereka pulang disebabkan oleh banyak perangkap, begitu banyak tipu helah, begitu banyak godaan, begitu banyak permintaan yang mereka tak tahu wujud di Syurga. Mereka tak tahu bagaimana. Mereka masih tak tahu bagaimana bertindak balas terhadapnya. Meskipun mereka teringat akan Engkau sejenak, banyak perkara yang lain akan mengatasi fikiran itu dan menghilangkannya, mengheret mereka ke dalam kekeliruan, keadaan mengantuk dan tidak tahu semula.

Aku tiada kata-kata lagi untuk berdoa kepada Engkau. Aku berdoa kepada Engkau, memuja Engkau setiap hari. Engkau tahu akan itu. Tetapi hatiku tak dapat dipulihkan walaupun aku tahu akan berkat-Mu, rasai Kasih Sayang-Mu dan begitu bersyukur atas-Nya. Tetapi hatiku tak dapat rasa gembira kerana seluruh dunia tidak gembira dan kebanyakan daripada mereka akan dihukum dengan berat di neraka atau dikecaikan ke seluruh alam semesta dan takkan menjadi satu badan yang sempurna lagi. Tak dapat bercakap seperti aku bercakap dengan Engkau, tak dapat berdoa kepada Engkau pun. Tak dapat merasa sebarang makanan yang enak, menghirup sebarang udara segar, pergi berenang atau nikmati keseronokan fizikal yang mudah di planet ini atau mana-mana tempat yang lain di alam semesta lagi selama-lamanya. Hilang selama-lamanya, dikecaikan ke mana-mana saja dengan raungan. Kemudian meskipun kumpulkannya, menjadi tak berguna lagi. Seperti batu, kerikil, apa-apa saja kecuali makhluk hidup seperti manusia di sini dan orang-haiwan atau pokok pun.

Tuhan Maha Berkuasa yang mengetahui segala-galanya, aku tak tahu mengapa aku bercakap begitu banyak. Cuma bercakap dengan Engkau, berharap Engkau akan dengar dan bantu umat manusia, tolonglah. Tolong jangan palingkan Kepala-Mu dari mereka. Kali ini, terasa macam masa selama-lamanya tetapi ia akan berakhir. Aku tak tahu bagaimana buktikannya kepada umat manusia supaya mereka akan dengar kata-kata-Mu, akan memuja Engkau, akan bertaubat kepada Engkau dan menjadi anak yang baik semula seperti ketika mereka dilahirkan daripada Rahmat-Mu di Syurga.

Aku bercakap dengan Engkau kerana aku tiada sesiapa pun utk bercakap Dah empat tahun sejak pengasinganku. Aku berseorangan dengan gaya hidup seperti studio di sini. Tahulah, satu bilik, satu dapur, satu bilik air. Itu saja yang aku perlukan, sebenarnya. Itu dah jauh lebih baik daripada banyak orang yang tidak berumah, tinggal di jalanan, di gurun panas yang teruk atau tanah beku sebagai pelarian dengan helaian plastik di atas kepala mereka dan makan apa-apa saja yang dapat mereka minta, apa-apa saja yang diberikan kpd mereka. Mereka tiada tempat untuk pergi, tiada rumah, tiada banyak harapan untuk hari esok.

Aku sentiasa bersyukur atas apa-apa saja yg Engkau berikan kpd aku, Tuhanku, sentiasa bersyukur. Aku tak perlukan banyak, memang. Tetapi memikirkan planet indah ini akan menjadi habuk, akan menjadi debu, akan tidak wujud lagi, itu memang menyakitkan hatiku. Melihat visi itu, planet yang indah ini tidak wujud lagi, hilang selama-lamanya dgn cara sebegini, tiada orang yang boleh tahan. Tiada orang yang boleh tahan! Kerana seluruh umat manusia atau kebanyakan manusia akan alami terlalu banyak penderitaan selepas meninggalkan planet ini, kerana tiada planet lagi. Hanya memikirkan itu dah begitu banyak menyakitkan aku.

Walaupun aku dapat lihat Syurga, dapat rasai Kasih Sayang dan Berkat-Mu, namun makhluk yg tidak terkira tak dapat. Wahai Tuhanku. Ada tak apa-apa lagi yang boleh aku buat? Tolonglah ubah sistem ini. Tolong mengampuni orang. Tolong menyedarkan manusia. Tolonglah. Tolong jangan biarkan mereka hilang dengan begitu saja. Mereka ialah anak-Mu, Tuhanku. Mereka cuma tak tahu bagaimana menjadi baik. Kehidupan ini buat mereka menjadi terlalu sibuk dan mengheret mereka ke dalam kejahilan yang dalam.

Aku tahu Engkau telah hantar Anak Lelaki dan Anak Perempuan-Mu ke dunia ini untuk kali yang tidak terkira tetapi berapa banyak orang dengar kata-kata Mereka? Berapa banyak orang dapat Mereka capai? Berapa banyak orang percaya kepada Mereka meskipun Mereka capai mereka? Kerana mereka telah menjadi begitu membuta selama-lamanya di sini. Walaupun mereka masih kelihatan hidup, namun mereka telah separuh mati. Aku tak tahu nak beritahu siapa, jadi bercakap dengan Engkau. Aku memohon ampun kerana membebani Engkau, Tuhanku. Tetapi aku tak dapat… Aku tak dapat tidak beritahu Engkau.

Apa lagi yang boleh aku buat? Aku telah cuba banyak cara dan Engkau telah bantu aku cuba banyak cara juga tetapi nampaknya tak terlalu banyak membantu, tak sebanyak yang Engkau hendaki, tak sebanyak yang aku harapkan. Aku tak tahu apa lagi yang nak dikatakan kpd Engkau. Semoga Engkau diberkati. Semoga Engkau gembira, Tuhanku, dengan apa-apa saja cara Engkau boleh.

Semoga Engkau pertimbangkan semula Rancangan-Mu untuk semua makhluk di planet ini. Semoga Engkau diberkati, Tuhanku – Tuhan Yang Maha Berkuasa, Maha Tinggi, Maha Agung, Maha Pengasih, Maha Dikasihi, Maha Pemurah, Maha Pengampun, Maha Berkuasa. Kami bersyukur kepada Engkau atas apa-apa saja yg Engkau berikan kpd kami dan kami faham bahawa apa-apa yang berlaku, Engkau akan uruskan kami, cuma… cuma bukan senang untuk menerimanya. Kami kasihi Engkau. Kami kasihi Engkau selama-lamanya. Syukur kepada Engkau. Aku kasihi Engkau, kasihi Engkau. Amin.
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-04-27
28 Tontonan
2024-04-26
421 Tontonan
2024-04-26
16 Tontonan
2024-04-26
13 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android