Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Guru Tertinggi: Anak Tunggal Tuhan, Bahagian 2 daripada 3

2023-11-10
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Bapa adalah yang tidak bernama ini, Tuhan Yang Maha Tinggi, Maha Berkuasa, Maha Wujud, Maha Kuasa, Maha Mengetahui, segala-galanya – dalam segala-galanya kecuali syaitan, dah tentu, kerana syaitan tiada bahan membentuk, tiada roh, tiada hati perut, apa-apa pun. Sebab itu mereka boleh buat apa-apa saja, kerana mereka tak rasa sakit untuk makhluk lain. Mereka sendiri tak rasa sakit juga. Tetapi apabila mereka tiada lagi tenaga dosa buruk yang diwujudkan oleh manusia, mereka akan lenyap, hilang, tidak wujud lagi. Sebab itu sesiapa yang memuja syaitan telah membuat kesilapan yang sangat besar, berbuat mudarat besar kepada diri sendiri.

Ada banyak syaitan yang ingin memudaratkan saya juga. Mereka juga membantu dia melakukan ini. Dia bukan satu-satunya orang. Kadangkala syaitan manusia, disebabkan rasa cemburu, kesombongan atau ego, cuba mudaratkan saya juga, seorang diri, bukan bersama syaitan manusia yang lain atau syaitan bukan manusia – selama ini. Sesetengah drpd mereka malah mengaku sama ada kepada saya atau di perhimpunan banyak kononnya anak murid saya. Banyak orang dengarnya. Saya rasa kita masih ada pita itu di sesuatu tempat atau barangkali ia telah disiarkan sebelumnya, beberapa tahun yang lalu.

Salah satu daripada mereka, seorang ahli sihir lelaki, malah menyalahkan saya kerana mencederakan dia dengan tidak biarkan pisau belatinya menikam menembusi badan saya. Sebaliknya, ia kembali kepada dia, jadi dia terpaksa batalkan percubaan membunuh! Saya kata saya tak berniat untuk menyebabkan dia sakit. Ini berlaku kadangkala disebabkan Pengawal atau Malaikat. “Maaf,” kata saya, “Tapi tolonglah, jangan lakukannya lagi. Membunuh ialah karma yang berat! Kamu tahu tak? Cepat atau lambat, Pengadil akan menangkap dan menghukum kamu.” Maksud saya Pengadil dari Syurga meskipun hakim di dunia fizikal ini tak dapat cari bukti atau tak dapat cari anda.

Berada di khalayak ramai dan ingatkan orang tentang amalan spiritual ialah suatu risiko yang perlu saya ambil. Ia memang kelihatan senang, seperti saya sentiasa senyum saja kebanyakan masanya, berjenaka dan sebagainya. Jadi orang mungkin berfikir, “Oh, kacang saja apa yang dibuat-Nya,” dan mungkin cuba menirunya. Bukan itu saja. Itu pada luaran saja. Di dalam adalah berbeza sepenuhnya.

Kita perlu benar-benar rajin mengamalkan meditasi, mengkaji standard moral kita sendiri sepanjang masa dan sentiasa berhubung dengan Kuasa Tinggi dan/atau Tuhan Yang Maha Berkuasa sepanjang masa. Memuji Dia, memuja Dia, mendoakan perlindungan dan penyelamatan, kebanyakan masanya, supaya kita dapat terus bekerja – bukanlah kita risau tentang hal hidup dan mati. Lebih baik siapkan kerja kita dalam satu hayat atau sekurang-kurangnya hingga tahap tertentu Jika tidak, lahir semula sebagai bayi, membesar, kemudian menjadi orang dewasa, kemudian mulakan semula, sangat meletihkan. Tiada orang yg nak buat begitu sekali lagi Saya tak nak.

Anda akan tanya saya, dah tentu, mengapa saya tak gunakan kuasa untuk kalahkan dia (ahli sihir). Tidak, saya tak boleh. Jika saya gunakan kuasa, maksud saya yang kuat, untuk menyelesaikan isu ini sekarang juga, dia akan mati dengan serta-merta. Takkan berpeluang bagi dia diselamatkan, ditebus, meminta maaf atau apa-apa pun. Jadi saya perlu bersabar supaya saya ada masa untuk lakukannya dengan perlahan-lahan. Kemudian mungkin dia akan bertaubat. Kemudian mungkin akan ada alasan untuk membantu dia. Semua Syurga berlembut, dah tentu, tetapi ada syurga rendah yang tidak. Mereka lakukannya secara setimpal dan sangat ketat. Kadangkala, maaf, Nabi Isa pun tak boleh campur tangan. Itu hukumnya, sangat ketat. Hitam putih, macam itu. Lagi ketat daripada di planet kita.

Jadi tolonglah, terus mendoakan Pembebasan roh anda. Itu paling penting. Meskipun planet ini dalam keadaan baik, namun jika roh anda hilang atau pergi ke neraka, maka anda akan berada di… Ya Tuhan. Saya tak tahu berapa lama sehingga anda keluar. Anda akan alami begitu banyak kesakitan dan kedukaan. Sesetengah orang makan produk orang-haiwan juga tapi oleh sebab mereka ada pahala besar dalam hayat lampau, mungkin mereka terselamat. Mungkin mereka masih pergi ke syurga – syurga rendah, tetap tidak pergi ke neraka. Tetapi anda takkan tahu sama ada anda ada pahala yg mencukupi daripada hayat lampau atau tidak. Atau mungkin anda sudah buat banyak perkara buruk dalam hayat lampau, jadi hayat ini, jika anda teruskan, maka tiada orang yang dapat bantu anda.

Sekarang tolonglah, setiap hari, memuji Tuhan Yang Maha Berkuasa, memuja Tuhan Yang Maha Berkuasa, dan dah tentu, berterima kasih kepada Anak Tuhan, semua Santo dan Orang Suci yang terjelma daripada tenaga Roh Kudus itu.

Sekarang saya akan beritahu anda sesuatu tentang itu. Macam ni, contohnya, dalam kebanyakan agama, terdapat Triniti ini. Okey, biar kita kata dlm agama Kristian, mereka sentiasa berdoa kepada Bapa, Anak dan ‘Holy Ghost’ atau Roh Kudus. Saya tak suka gunakan perkataan ‘Holy Ghost’ tetapi itu apa yang mereka terjemahkan dalam kitab lama. Siapa itu Bapa? Itu Asal semua benda. Itu ialah, “Pada permulaannya ialah Firman,” bermakna Bunyi (Syurga dalaman), Getaran, “Dan Firman bersama dengan Tuhan, Firman ialah Tuhan.” Jadi Bunyi, Getaran yang saya transmisikan kepada kononnya anak murid saya ini ialah apa yang datang terus daripada Tuhan. Jika kita ingin pulang ke Rumah Tuhan, kita perlu dibawa oleh Bunyi (Syurga dalaman), Getaran ini.

Kita semua adanya di dalam. Jika anda manusia sebenar, anda adanya kecuali anda kelihatan seperti manusia tetapi bukan, seperti anda ialah syaitan atau sesuatu yang lain. Malaikat pun tiadanya, hanya manusia adanya. Bunyi (Syurga dalaman) itu, tenaga Getaran itu sangat berkuasa. Cahaya (Syurga dalaman) juga satu lagi jenis Getaran atau Bunyi tetapi lebih halus. Cahaya itu – Cahaya (Syurga dalaman) sangat berkuasa. Bersama dengan Bunyi (Syurga dalaman) itu, atau ‘Firman Tuhan’, gabungan ini ialah kononnya Kaedah Quan Yin yang saya ajarkan kepada orang.

Tetapi anda perlu buka daya pendengaran dalaman dan daya penglihatan dalaman, mata ketiga dan kononnya telinga ketiga, jika anda nak panggilnya begitu. Maka anda akan dapat dengar Getaran itu, Bunyi (Syurga dalaman) itu, Firman Tuhan. Anda akan dapat lihat Cahaya (Syurga dalaman) yang merupakan jelmaan Tuhan. Tuhan tidak bernama. Jika anda ingin mengenali Tuhan, Cahaya dan Getaran, Bunyi (Syurga dalaman) akan bantu anda. Tiada apa-apa yang lain dapat, tiada apa-apa yang lain dapat. Itu cara paling pasti, alat paling pasti yang bawa anda pulang ke Rumah Tuhan. Anda takkan lahir semula dalam sebarang situasi rendah atau dibuang ke neraka untuk alami hukuman dan kesakitan. Dah tentu, anda boleh kembali ke dunia ini jika anda mahu, jika anda perlu, jika anda nak bantu seseorang tetapi anda tidak wajib. Itu bukan suatu kewajipan kerana anda ada pilihan bebas selepas mendapat makrifat dan berhubung dengan jelmaan langsung Tuhan ini, iaitu Bunyi dan Cahaya (Syurga dalaman).

Saya perlu ingat apa lagi yang saya nak beritahu anda. Oh! Saya baru teringat sesuatu. Okey, selepas mata dalaman atau mata ketiga, dan telinga ketiga anda dibuka melalui Guru, dengan Rahmat Tuhan, anda juga akan diberi kuasa untuk berhubung semula dengan Kuasa Tuhan sampai tahap tertentu mengikut status atau keadaan spiritual anda pada waktu transmisi Makrifat dalaman itu, atau inisiasi. Hanya melalui inisiasi baru dapat anda memperoleh itu, kekalkannya dan semakin menaik ke atas hingga hari Tuhan bawa anda pulang ke Rumah selamanya. Proses inisiasi ini akan hapuskan semua hutang karma anda, jadi anda bebas untuk pulang ke Rumah. Hanya sedikit yang tertinggal supaya anda boleh berada di dunia ini, langsaikan sedikit hutang karma. Sebab itu kuasa Negatif sentiasa mengejar Guru dan cuba segala cara untuk bunuh Mereka bagi buat semua roh di sini kekal berada di bawah kawalan penuh penindasan mrk!

Mengapa kita kata Bapa, Anak dan Roh Kudus? Saya akan jelaskan sekarang. Bapa adalah yang tidak bernama ini, Tuhan Yang Maha Tinggi, Maha Berkuasa, Maha Wujud, Maha Kuasa, Maha Mengetahui, segala-galanya – dalam segala-galanya kecuali syaitan, dah tentu, kerana syaitan tiada bahan membentuk, tiada roh, tiada hati perut, apa-apa pun. Sebab itu mereka boleh buat apa-apa saja, kerana mereka tak rasa sakit untuk makhluk lain. Mereka sendiri tak rasa sakit juga. Tetapi apabila mereka tiada lagi tenaga dosa buruk yang diwujudkan oleh manusia, mereka akan lenyap, hilang, tidak wujud lagi. Sebab itu sesiapa yang memuja syaitan telah membuat kesilapan yang sangat besar, berbuat mudarat besar kepada diri sendiri.

Syaitan bukan sahaja takkan dapat membantu anda dengan sebarang cara malah akan heret anda ke dalam neraka kerana jika anda dengar kata-kata mereka, berbuat jahat, mereka akan heret anda ke neraka. Tetapi jika anda ikut… jika anda memuja Tuhan Yang Maha Berkuasa saja, mengikut Anak-Nya dan/atau Santo dan Orang Suci-Nya yang datang daripada Roh Kudus, maka anda akan diselamatkan. Pasti. Tiada apa-apa lagi yang boleh lebih baik daripada itu. Biasanya jika anda mengikut Santo, Orang Suci atau malah berhubung secara langsung dengan Anak Tuhan, anda ialah makhluk yang paling bertuah di seluruh Alam Semesta kerana Mereka bersama Tuhan.

Saksikan Lebih Banyak
Episod  2 / 3
1
2023-11-09
7001 Tontonan
2
2023-11-10
5101 Tontonan
3
2023-11-11
4923 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android