Cari
bahasa Melayu
Tajuk
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

10 Bandar Paling Mesra Vegan di Dunia - Bahagian 1 daripada 2

2022-08-08
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sekarang terdapat begitu banyak bandar mesra vegan di seluruh dunia. Di sini ialah pilihan kami daripadanya yang kami rasa wajar ditonjolkan.

Tel Aviv, Israel. Tel Aviv secara rasmi diisytiharkan sebagai ‘Ibu Kota Vegan Dunia’ oleh Kementerian Pelancongan Israel. Hampir satu daripada 10 orang penduduk bandar itu adalah vegan atau vegetarian, dan terdapat lebih 200 buah kedai makan vegan dan vegetarian – antara bilangan per kapita yang tertinggi di dunia. Israel begitu mesra vegan sehingga tenteranya menawarkan hidangan vegan, bersama dengan but tanpa kulit dan beret tanpa bulu. Itu tanah yang mengalirnya susu badam dan madu kurma!

Amsterdam, Belanda. Majlis bandaraya itu telah merancang untuk menggalakkan warga makan sekurangnya 50% berasaskan tumbuhan menjelang 2030 dan 60% menjelang 2040 dengan membekalkan lebih banyak makanan vegan yang sihat di kawasan kejiranan tertentu. Amsterdam sudah mempunyai lebih 210 buah kedai makan vegan. Sementara itu, kerajaan Belanda telah mencadangkan rancangan €25 bilion untuk mengurangkan bilangan orang-haiwan ternakan sebanyak 30% bagi mengurangkan pencemaran. Belanda ialah penjana protein tumbuhan: Lebih enam puluh kumpulan di negara itu bertumpu pada inovasi daging alternatif, dan orang Belanda paling banyak makan daging/hasil tenusu vegan per orang di Eropah.

Berlin, Jerman. Sebagai pemimpin dunia dlm pelancaran produk makanan vegan, Jerman ada sekurangnya 9.3 juta orang vegan dan vegetarian – itu 11% daripada populasi negara itu! Ibu kotanya Berlin ialah tempat letak rangkaian pasar raya vegan yang terbesar di dunia, Veganz, dan empat buah universiti di Berlin menawarkan menu 96% vegan atas permintaan pelajar. Sebagai tuan rumah salah satu pesta vegan tahunan yang terbesar di Eropah, Berlin ialah tempat di mana vegan ialah sambutan sepanjang tahun juga!

London, United Kingdom adalah mulia dalam sejarah! Apabila ia terpilih sebagai Bandar Paling Mesra Vegan oleh PETA pd 2019, Datuk Bandar London ketika itu dan bekas Perdana Menteri UK, Boris Johnson, mengalu-alukan penghormatan ini dan menyatakan “sejarah vegetarianisme mulia” bandar itu. Ini kerana London ialah pusat idea vegetarian – dan kedai makan vegan yang popular – sejak Zaman Kesedaran pada akhir abad ke-17! Hari ini, bandar itu mempunyai jauh lebih banyak restoran vegan, pasar vegan, kedai delikatesen vegan dan kedai keju vegan!

Melbourne, Australia mempunyai perkembangan vegan yang pesat. Tahukah anda bahawa 2.5 juta orang Australia, atau 12% drpd populasinya makan makanan vegan sepenuhnya atau kebanyakannya? Bandar kedua terbesar negara itu, Melbourne mempunyai lebih 170 buah restoran dan kafe vegan dan vegetarian serta banyak pertubuhan aktivis hak asasi orang-haiwan. Selain itu, rangkaian Kedai Runcit Vegan Australia berkembang maju di Melbourne, Sydney, dan di seluruh negara dalam talian.

Senarai ini berterusan… Ini hanyalah sampel bandar mesra vegan di seluruh dunia. Untuk butiran lanjut dan muat turun percuma, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/be-veg
Saksikan Lebih Banyak
Episod  1 / 2
1
2022-08-08
13612 Tontonan
2
2022-08-08
12941 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android