Cari
Seterusnya

ISTIMEWA! / Lawatan ke Syurga dan Neraka: Testimoni

Testimoni Syurga, Bahagian 4 – Menerima Ganjaran Syurga dan Ucapan Selamat Haiwan selepas Membuka Restoran Vegan

2021-07-07
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Saya alami pengalaman dalaman. Saya menaik ke alam yang tinggi untuk minum nektar Syurga. Sewaktu saya nikmatinya, seseorang datang berkata, “Begitu menyeronokkan di sini! Tiada masa dan ruang. Kita boleh minum nektar sebanyak yang kita mahu!” Setelah dengar tiada masa dan ruang, saya berkata, “Oh, aku perlu balik ke dunia yang ada masa!” Kemudian saya terdengar ketukan pada pintu yang menjagakan saya. Namun, ia bukanlah ketukan pada pintu tetapi Bunyi (Syurga) dalaman. Ya, terima kasih banyak-banyak. Saya ada banyak pengalaman dalaman.

Apabila saya buka Loving Hut keempat, saya letih lesu. Saya tak faham mengapa. Saya rasai tekanan yang sangat berat. Jadi saya kata, “Guru yg dikasihi, tolonglah aku hari ini, berikan kekuatan kepada aku supaya aku tak rasa begitu jemu.” Kemudian pada malam itu, Guru berikan pengalaman dalaman kepada saya. Dari alam yang tinggi, Mereka asyik menjerit nama saya. Mereka menjerit dan ketawa dengan kuat sekali sambil baling bebola tanah ke bawah utk hentikan saya ke mana pun saya lari. Saya cuba elak, elak dan elak tapi Mereka asyik balingnya ke bawah sehingga saya sedar Santo dari Syurga begitu gembira untuk saya. Saya kutipnya dan berkata, “Oh, aku harus bawa bebola tanah ini balik untuk berkat Mereka!”

Apabila saya buka restoran keenam, pada hari itu, banyak rakan haiwan, satu demi satu datang menyapa saya. Ia memang beri manfaat kepada haiwan. Satu demi satu rakan haiwan datang menyapa saya dgn cara-cara yg berlainan. Setiapnya menyapa saya dengan cara sendiri. Di penghujungnya, saya lambung burung ke udara dan bermain dengannya. Rakan terakhir ialah anjing. Ia datang ke sisi saya untuk masa yang paling panjang. Saya rasa paling seronok bersamanya. Itu pengalaman dalaman yang saya alami kemudiannya.

Vegan = kawan karib semua makhluk!

Setiap anak murid Guru ada pengalaman spiritual dalaman dan/atau berkat duniawi luaran yang sama, berbeza atau lebih banyak. Ini hanyalah beberapa contoh. Biasanya kami tidak mendedahkannya, mengikut nasihat Guru.

Untuk saksikan dan muat turun lebih banyak testimoni, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/to-heaven

Saksikan Lebih Banyak
Senarai Main
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android