Cari
bahasa Melayu
Tajuk
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Riwayat Hidup Nabi Mahavira: Terus Berpuasa untuk Menyelamatkan Chandana, Bahagian 2 daripada 5

2020-09-18
Lecture Language:Mandarin Chinese (中文),English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Nabi Mahavira berkata, “‘Saya hanya akan menerima sedekah untuk buka puasa daripada seorang puteri yang telah menjadi hamba.’” Dia mengumumkan macam itu tanpa sesiapa memberitahu-Nya kisah ini. Tiada orang tahu bahawa Chandana seorang puteri.

“Disebabkan oleh perilaku manisnya, Vasumati berikan pengaruh ajaib kepada seluruh keluarga. Kewangian sifat yakin dan tenangnya mengilhamkan Dhanavah memanggilnya Chandana (kayu cendana). Tetapi isterinya Mula dilanda rasa cemburu. Dia rasa bunga beracun ini harus dipetik dari kudup lagi.” Jadi sebelumnya kita baca sampai sana, kan?

“Pada suatu hari, saudagar Dhanavah tinggalkan kota untuk urusan perniagaan. Ini ialah peluang keemasan bagi Mula. Dia suruh semua pembantu rumah pergi dari situ dan memanggil Chandana, menggantikan pakaian cantiknya dengan pakaian compang-camping, tanggalkan semua barang perhiasannya, ikatnya dengan belenggu dan cukur rambut panjang, lembutnya. Chandana berkata dengan terkejut, ‘Apa yang ibu lakukan ini? Saya tak memudaratkan ibu. Atas kesalahan apa ibu menghukum saya?’ Mula mendiamkan Chandana, masukkannya ke dalam bilik kecil gelap, menguncinya dan tinggalkan sana. Dhanavah pulang pada hari ketiga. Apabila dia lihat rumah terbiar, dia terkejut. Dia panggil, ‘Chandana, o Chandana!’ Tetapi tiada orang membalas. Dia pergi ke belakang rumah dan jerit sekali lagi. Chandana menjerit balik, ‘Ayah, saya di sini, di dalam bilik bawah tanah di belakang.’ Saudagar itu masuk ke dlm dan nampak bilik bawah tanah terkunci. Melihat melalui jeriji pintu besi, dia nampak Chandana dalam keadaan teruk dan mula menangis, ‘Apa yang berlaku kpd anak perempuan ayah? Orang jahat apa telah melakukan ini terhadap kamu?’ Chandana jawab dengan tenang. ‘Ayah, biar saya keluar dulu baru saya beritahu ayah segalanya.’ Saudagar itu pecahkan mangga dan keluarkan Chandana. Dia minta, ‘Ayah, saya tak minum setitis air pun dalam tiga hari ini. Berikanlah sesuatu kepada saya untuk dimakan dan diminum.’ Saudagar itu pergi ke sekitar rumah tetapi segalanya telah dikunci. Tiada perkakas pun yang boleh didapati.” Wau! Saya rasa isterinya memang buruk. “Dia nampak sebuah bakul yang berisi sedikit bran kekacang kering untuk lembu. Dia ambil bakul itu dan letaknya di depan Chandana, berkata, ‘Nak, makanlah ini. Ayah akan panggil tukang besi untuk memotong belenggu kamu.’” Ya Tuhan. Manusia. Sebenarnya ini tiada apa-apa yg sangat mengejutkan.

Lama dahulu, beratus-ratus tahun dahulu, saya seorang Guru, tetapi tak begitu terkenal, seorang Guru biasa. Kononnya isteri saya juga mengurung saya di dalam rumah, kemudian biarkan saya mati kelaparan. Terlalu cemburu. Terlalu banyak rasa cemburu dengan banyak anak murid perempuan yang datang memuja saya, seperti apa yang kamu buat. Nasib baik, saya bukan lelaki yang kacak. Walaupun sesetengah lelaki rasa cemburu dengan isteri datang untuk inisiasi, namun tidak sampai tahap ini. Saya tak rasa begitu, kan? Saya tak tahu. Banyak kali, perkara macam itu berlaku dalam keluarga. Dah tentu, tiada orang di sana untuk bantu saya memecahkan mangga. Kebetulan kami tinggal di kawasan yang jauh dan tiada orang datang pada masa itu. Mungkin orang datang, kemudian lihat pintu terkunci, mereka ingat Guru tiada di rumah, jadi tinggalkan sana.

Jadi, “Itu tahun ke-12 amalan spiritual Nabi Mahavira Swami. Menghabiskan masa monsun di Vaishali, Dia datang ke taman di Kaushambi. Itu sekitar waktu kejadian serangan Shatanik terhadap Champa, keruntuhan Champa, pengorbanan Permaisuri Dharini, lelong Puteri Vasumati sebagai hamba dan sebagainya...” waktu yg sama, kejadian ini, “...berlaku. Nabi Mahavira Swami, dengan pengetahuan dan persepsi tajam, nampak semua ini. Dia membuat azam yang hampir mustahil pada hari pertama separuh bulan Paush gelap.” Apakah itu? (Disember hingga Januari.) Disember hingga Januari. Itu hujung musim sejuk, bukan, pertengahan musim sejuk. Itu solstis pertengahan musim sejuk atau sesuatu? Perayaan, kan? Tiada perayaan.

Nabi Mahavira berkata, “‘Saya hanya akan menerima sedekah untuk buka puasa daripada seorang puteri yang telah menjadi hamba.’” Dia mengumumkan macam itu tanpa sesiapa memberitahu-Nya kisah ini. Tiada orang tahu bahawa Chandana seorang puteri. Dia tak beritahu. Kerana atas keselamatannya juga, kerana ibu bapanya sudah dicederakan, negerinya telah hilang dan dia melarikan diri. Jadi jika dia beritahu bahawa dia seorang puteri, mungkin dia dibunuh juga. Jadi dia tak kata apa-apa pun. Cuma perilakunya kadangkala menunjukkan gaya kerabat diraja. Tapi dia tak beritahu apa-apa pun.

Hari ini, saya rasa lebih selamat sikit, tetapi dalam tahun-tahun ini, sebelum beberapa tahun ini, sebelum Supreme Master TV, saya berseorangan di dunia ini dan tak pernah beritahu sesiapa bahawa saya ialah Mahaguru ini dan itu atau apa yang saya buat. Tidak sama sekali. Saya perlu tak menonjolkan diri demi keselamatan diri, jadi ini situasi yang sama, agaknya, walaupun saya bukan seorang puteri. Sewaktu saya keluar, saya membuat bodoh kadangkala, cakap yang bukan-bukan atau sesuatu. Tiada orang yang mencurigai apa-apa. Jika saya mula dicurigai, maka saya pindah ke sesuatu tempat yang lain. Hari ini, saya rasa lebih selamat sikit. Hanya lebih selamat sikit.

Jadi Nabi Mahavira mengumumkan bahawa Dia hanya akan menerima sedekah untuk buka puasa daripada seorang puteri yang menjadi hamba. Pada waktu monsun ini, musim suluk, mungkin Dia tak makan apa-apa pun. Jadi sekarang, itu hidangan pertama selepas puasanya. Jadi Dia mahu seorang puteri beri makannya. Dia pasti ada klairvoyans baru dapat lihat sesuatu yang berlaku kepada negeri itu, kepada puteri. Jadi, “‘Dan itu juga hanya jika dia bercukur rambut.’” Dia telah dicukur rambut. Dia telah dicukur rambut oleh isteri saudagar itu. Dan, “‘Anggota badannya dibelenggu,’” hanya begitu baru terima. “‘Dia telah tiada makan selama tiga hari, duduk di atas bendul pintu rumah, ada bran kekacang kering di dalam bakul dan dia ada senyuman dan air mata dalam matanya,’” pada masa yang sama. “‘Kecuali syarat ini dipenuhi, saya berazam untuk teruskan amalan saya dan tidak buka puasa.’” Syarat yang begitu susah untuk sarapan! Buka puasa. Kecuali syarat ini dipenuhi, Dia takkan mula makan semula.

“Empat bulan berlalu sejak Nabi Mahavira Swami mula pergi dari rumah ke rumah untuk meminta sedekah di kota Kaushambi.” Empat bulan sejak itu, bermakna Dia tak makan apa-apa pun selama empat bulan. “Pada suatu hari, Nabi Mahavira datang ke rumah menteri besar Kaushambi, Sugupta. Isteri Sugupta, Nanda, ialah pengikut Nabi Parshvanath dan mengetahui cara Shraman zahid. Melihat Mahashraman Vardhaman...” bermakna Nabi Mahavira, “...datang ke rumahnya untuk sedekah, dia berasa gembira. Dia meminta Prabhu terima makanan murni dan sederhana. Nabi Mahavira berpatah balik tanpa menerima apa-apa pun. Nanda menjadi sangat kecewa. Menyalahkan nasib malang sendiri, dia berkata, ‘Mahashraman Vardhaman datang ke rumah saya tapi malangnya saya tak dapat memberikan apa-apa kepada-Nya.’ Pembantu rumah Nanda tenangkannya, ‘Mengapakah puan begitu kecewa? Orang zahid ini telah pergi ke hampir setiap rumah di Kaushambi untuk meminta sedekah tetapi tak mengambil sebutir bijirin atau mengeluarkan satu patah kata pun. Dia hanya patah balik.’” Bukan hanya rumahnya tetapi setiap rumah yang dilawat-Nya, Dia tak mengambil apa-apa pun kerana itu bukan syarat yang telah ditetapkan-Nya. Barangkali Dia cari Puteri Chandana. Jadi, “‘Kita telah menyaksikan semua ini selama empat bulan.’” Jadi Dia tak makan apa-apa pun. Dia hanya pergi dari rumah ke rumah selama empat bulan tetapi tak mengambil sebarang sedekah, tak mengambil sebarang makanan yang ditawarkan kepada-Nya. Wau! Orang ini memang kuat. Saya tak tahu sama ada boleh buat begitu.

“‘Ini bukan apa-apa yang unik di rumah puan, jadi mengapa begitu kecewa?’ Kata-kata pembantu rumah ini menambahkan kesedihan Nanda, ‘Apa! Jadi Mahashraman balik tanpa menerima sedekah selama empat bulan? Ini bermakna Prabhu telah berpuasa selama empat bulan dan saya tak dapat beri tawaran kepada-Nya. Betapa malangnya saya!’ Pada masa itu, pembesar Sugupta tiba,” suaminya. “Nanda beritahu dia segalanya. Sugupta juga berasa risau. Raja Shatanik dan Permaisuri Mrigavati juga mendapat berita bahawa Shraman Mahavira merayau di Kaushambi tanpa makanan atau air selama empat bulan.” Wau! Tanpa makanan, okey, tetapi tanpa air selama empat bulan, Dia pasti benar-benar hidup dengan kuasa ajaib luar biasa yang diperoleh-Nya selama ini, menjadi orang zahid, suci, jujur dan berazam, tidak goyah. Jadi, “Semua orang berasa sedih dan risau. Keluarga pemerintah pergi untuk Darshan Nabi Mahavira Swami dan meminta Dia supaya menerima makanan tetapi Dia tidak peduli.” Selepas Dia tinggalkan kerajaan-Nya, keluarga pemerintah masih memegang kuasa. Jadi mereka datang minta Dia supaya makan sesuatu tetapi Dia tetap menolak.

“Lima bulan dan dua puluh lima hari telah berlalu sejak Nabi Mahavira Swami tidak makan apa-apa pun.” Dia menjadi breatharian. Itu boleh juga. Suatu kali, saya macam itu juga. Jika kita perlu lakukannya, kita boleh. Tapi janganlah cuba. Saya sudah ceritakan kisah saya ketika saya menjadi breatharian. Saya di sebuah tokong, bekerja sebagai seorang biksuni, menjaga tokong, memasak untuk semua orang dan saya makan sehari sekali. Kemudian ketua biksu, mungkin dia bergurau atau rasa bersalah kerana saya satu-satunya biksuni yang makan sehari sekali saja di sana, dan oleh sebab badannya kurang selesa, dia perlu makan makanan enam kali sehari. Jadi dia berkata kepada semua orang di meja. Dia kata, “Ching Hai makan sehari sekali saja tetapi itu seperti lebih daripada tiga kali sehari, apa yang dimakannya.” Jadi baiklah. Sejak kali itu, saya tak makan apa-apa lagi. Dan saya masih terus bekerja. Saya tak rasa kekurangan apa-apa. Lawak betul. Lawak betul, keazaman kita sentiasa begitu kuat. Saya tak tahu sama ada saya ditakdirkan untuknya atau sesuatu atau itu sebahagian daripada hidup yang harus saya lalui. Jadi berhenti makan dengan begitu saja. Tiada apa-apa pun. Saya tak minum pun untuk berapa lama, saya tak tahu. Semua orang risau dan orang datang ke tokong untuk lihat dan sebagainya. Saya rasa malu-malu. Kemudian saya mula makan semula. Rasa suap makanan yang pertama adalah seperti saya koyak kertas ini dan makannya. Tiada rasa.

Pada waktu saya tak makan atau minum, saya tak rasa ada apa-apa yang istimewa. Saya berhenti dengan begitu saja. Dengan begitu saja. Tiada persediaan, tiada kumpulan sokong, apa-apa pun. Saya tak tahu banyak tentang apa-apa pun. Saya hanya tak rasa nak makan lagi, kemudian berhenti. Kemudian saya tak makan, tak minum apa-apa pun tetapi terus bekerja dan rasa seperti normal. Saya rasa seperti sebelumnya, memang seperti sebelumnya. Jadi ketua biksu sangat risau. Dia kata, “Kamu tak makan apa-apa pun tetapi bekerja macam itu. Boleh ke?” Saya kata, “Boleh.” Saya beritahunya, “Saya boleh makan jika saya mahu, dan jika tak mahu, saya tak makan.” Saya beritahunya macam itu. Dia bingung tetapi terus memerhatikan saya, kalau-kalau saya mati atau sesuatu dan dia perlu bertanggungjawab. Jadi orang cuba memujuk saya supaya makan. Perlahan-lahan, saya menjadi jemu, jadi berkata, “Segala gangguan ini lebih teruk daripada makan dan diaibkan kerana makan.” Jadi saya mula makan semula tetapi tak rasa suka akannya. Tapi lepas saya makan hidangan pertama, walaupun tak berapa berasa – saya tak makan dengan banyak dan tiada rasa sama sekali – lepas hidangan pertama, saya rasa macam jatuh, secara fizikal, seperti kita dari tingkat kelima dan jatuh dengan lembut ke atas lantai, macam itu. Kita benar-benar rasa jatuh. Tak tahulah, kita rasa macam itu. Saya tak tahu bagaimana gambarkannya. Sewaktu tak makan, saya rasa macam berjalan di atas awan. Badan saya ringan, minda saya bebas. Saya rasa lebih gembira drpd sebelumnya. Saya rasa begitu bebas. Saya makan beberapa suap yang pertama, kemudian rasa macam jatuh ke bawah. Itu suatu perasaan, kita tak dapat gambarkannya. Sangat lembut seperti kita terapung dari tingkat kelima sekurang-kurangnya, jatuh ke tingkat satu. Itu perasaannya. Hidangan pertama saya selepas breatharian spontan. Agaknya jika kamu cuba breatharian sebelumnya dan hidangan pertama yg kamu makan, mungkin kamu rasa macam itu juga atau tidak? (Ya.) Kamu rasa begitu? Maka mengapa makan? Jika kamu boleh hidup tanpa makanan, teruskan saja. Tetapi hanya jika kamu masih sihat, sama saja seperti sebelumnya, maka kamu harus teruskan.

Sekarang saya tahu mengapa saya perlu makan – buat lebih banyak karma, lebih banyak pertalian supaya saya boleh buat kerja-kerja yg berlainan dan bukan hanya biksuni yang mencuci di sebuah tokong kecil. Begitu pun, saya tak rasa saya seorang Guru, tidak. Cuma pada suatu hari, sekumpulan orang Afrika Amerika datang mengetuk pintu saya dan mereka kata mereka nak cari Guru Ching. Kemudian lepas itu saya masih melarikan diri dan pergi ke Jerman. Saya pergi ke Taiwan (Formosa). Bukan, orang Taiwan (Formosa) mengetuk dulu, orang Amerika mengetuk kemudiannya. Mereka sentiasa mengejar saya. Jadi lepas itu saya kata, “Maka biarkannya saja.” Saya pergi berkhutbah, membantu orang.

Sebenarnya kumpulan orang Afrika Amerika ini tak tahu apa-apa pun tentang Cahaya (Syurga dalaman) dan Bunyi (Syurga dalaman). Mereka mengamalkan sejenis tradisi spiritual Afrika. Mereka benar-benar beramal dengan rajin sekali supaya menjadi lebih terus mata. Mereka boleh menurun dan beritahu orang tentang apa yang berlaku kepada mereka dan apa yang harus dibuat untuk menyelesaikan masalah mereka pada masa itu, orang lain. Suatu kali saya nampak dia menurun. Badannya begitu besar macam ini. Kemudian suaminya begitu besar macam ini, saya hanya satu pertiga atau satu perempat daripada saiznya, malah satu perlima, sangat kurus dan muda. Tapi sewaktu dia menurun, dia boleh jatuh dan dia boleh pegangnya seperti saya pegang sehelai kertas. Lawak. Dia asyik memberitahu orang apa ini dan apa itu tanpa mengetahui apa yang dikatakannya. Lepas itu, dia terjaga. Dia tak ingat apa yang dikatakannya. Orang datang kepadanya, kemudian minta bantuan dan sebagainya. Dia digelar permaisuri. Namanya Permaisuri Azula. Itu bukan nama asalnya, itu hanya nama spiritual yang diberikan selepas dia beramal dalam tradisinya, tradisi Afrika. Kemudian pada waktu tertentu, dia perlu berbaring secara datar di atas lantai, kemudian perlu berbaring di atas batu sebagai bantal. Bukan bantal, tidak lembut, bukan tanah lembut, hanya batu untuk kepalanya. Selama sembilan hari, tak makan, tak minum. Dan mereka berpuasa kadangkala jika mereka meminta sesuatu daripada dewa-dewi. Jadi selama sembilan hari, sembilan hari dan malam, dia perlu berbaring tanpa bergerak dan orang berjalan berkeliling dia, berdikir atau melafazkan mantera misteri mereka dan sebagainya. Selepas sembilan hari, dia kembali dan memberitahu visi dalaman yang dilihatnya dalam sembilan hari ini. Kemudian mengikut itu, kita sama ada menjadi permaisuri atau puteri atau jenis gelaran yang lain. Jadi dia mendapat gelaran ‘Permaisuri Azula’. Itu dari Syurga, diberikan kepadanya.

Tetapi jenis orang ini datang kepada saya untuk inisiasi. Permaisuri itu datang ke rumah saya. Permaisuri syurga datang ke rumah saya, bukan permaisuri biasa. Dia perlu beritahu visi dalamannya kepada majlis orang tua-tua agamanya, kemudian mereka memutuskan gelaran apa, peringkat apa yang telah dicapainya. Mereka semua tahu, jadi dia tak boleh berbohong. Ini ialah orang tua-tua. Mereka jauh lebih berkuasa, lebih terus mata dan lebih berkuasa telepati daripada dia, dah tentu. Jadi tiada pembohongan di sana, tak boleh. Jadi itu bagaimana dia jadi permaisuri. Kemudian jenis permaisuri ini datang ke tokong saya untuk biksuni yang rendah, mencuci tandas pada masa itu bagi meminta inisiasi. Saya kata, “Macam mana kamu tahu tempat ini?” Dia kata ini diberitahu kepadanya dalam visi dalamannya. Dia lupa ‘Ching Hai’. Dia hanya ingat ‘Ching’ tetapi dia boleh ingat alamatnya. Datang bersama sekumpulan pengikutnya, dan juga, saya tak ingat, raja atau permaisuri, apa-apa saja, puteri. Saya kata, “Saya tak percaya bagaimana kamu tahu semua ini. Mungkin seseorang beritahu kamu.” Dia kata, “Tiada orang beritahu saya.” Hanya pembimbing dalaman beritahunya supaya pergi ke alamat ini.

Tokong ini tak... Ia tak kelihatan macam tokong Buddha yang biasa. Ia hanyalah sebuah bangunan, sebahagian daripada bangunan yg berada di tepi seluruh blok yang panjang dan ia hanyalah sebahagian daripadanya. Ia dibuat menjadi tokong. Guru pada masa itu membeli tokong tersebut untuk mengajar anak murid Amerika. Setiap tiga bulan, dia pergi ke sana. Anak muridnya, saya kira dengan jari, mungkin kira-kira 30, 40, sebuah tokong kecil. Dan mereka datang pada setiap Ahad untuk dengar khutbahnya dan dia adakan suluk bersama mereka kadangkala. Suluk itu ada mungkin 20 atau lebih 20 orang. Jadi itu bukan tokong yang terkenal. Ia tak kelihatan macam tokong di luar. Ia hanyalah sebuah pangsapuri biasa.

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android