Cari
bahasa Melayu
Tajuk
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Maya telah Hilang & Riwayat Hidup Nabi Mahavira: Menyelamatkan Chandana, Bahagian 5 daripada 7

2020-08-16
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Semua orang begitu baik. Polis juga. Mereka begitu sopan, begitu anggun. Mereka kelihatan macam pengawal berani kerajaan silam. Kelihatan sangat menawan, kacak dan sangat sopan dengan saya. Saya tak tahu sama ada kamu atau sesiapa ada pengalaman lain, tapi bagi saya, sangat baik. Jadi saya malah menulis sajak untuk mereka.

Saya dah ceritakan kisah ini kpd kamu, kan? Tidak, bukan kisah ini, tapi saya hendak beritahu kamu sesuatu. Ya, ya, saya masih ingat. Dia bekerja, kemudian saya tinggalkan sana. Saya pergi ke seuatu tempat yang lain untuk lebih banyak belajar helikopter. Dia berada di tempat asal kerana dia tak perlu pergi bersama saya, dan dia belajar dgn pantas. Dia malah terbang sementara tidur. Sementara tidur, dia terbang. Dia sentiasa berlatih di rumah tanpa helikopter. Jadi dia belajar dengan pantas sekali, malah menjadi inspektor untuk juruterbang baru. Betul? Dulu, kan? Ya, ya. Kemudian sekarang, dia bekerja di kawasan yang berlainan. Saya tak mahu kamu berikan terlalu banyak perhatian kepada orang itu. Jangan ganggu dia. Jangan ganggu dia! Dia dah kahwin. Dia seorang lelaki yang baik, suami yang sangat taat, jadi jangan fikir pun. Saya tahu kamu suka juruterbang. Saya begitu juga. Tapi bukan semua juruterbang adalah kacak seperti yang kamu fikirkan, hanya saya cantik tetapi hanya separa juruterbang.

Saya tak dapat terus terbang. Saya suka terbang. Saya terpaksa berhenti terbang di luar untuk terbang di dalam, lebih bermanfaat kepada semua orang. Saya suka terbang. Begitu seronok berada di atas sana. Tiada orang ganggu kita. Kita tak dapat memikirkan apa-apa pun kecuali apa di depan kita. Di depan kita, kosong juga. Berhati-hati dengan wayar elektrik. Kadangkala dalam cuaca berkabut, jika kita terbang terlalu rendah dan tak beri perhatian, maka ‘sayonara’ (selamat jalan). Suatu kali saya hampir mati ketika terbang kerana enjin rosak. Nasib baik, kami ada satu lagi enjin. Ada dua enjin, jadi dengan satu enjin kami mendarat tetapi pendaratan cemas. Bukit adalah macam ini, bukan tanah rata, mendarat macam ini. Oh! Nasib baik pengajar saya di sebelah saya, jadi dia mengambil alih tetapi wajahnya sangat hijau. Nyaris-nyaris nahas. Dia ada anak dan isteri. Dia tak boleh pergi dengan begitu saja. Saya boleh. Jika saya balik pada masa itu, maka saya takkan perlu risau tentang apa-apa lagi hari ini. Baiklah, itu saja. Begitulah. Jika kamu nampaknya, ucaplah ‘halo’. Saya pasti baginda ingat akan saya. Mungkin tidak. Tunjuklah kepada baginda Supreme Master TV, “Ini dia, masih ingat? Kelihatan lebih tua sekarang.”

Saya temuinya ketika saya lebih muda. Baginda jemput saya ke istana. Tapi sewaktu kali pertama saya pergi ke sana, pergi lihat istana itu, hanya berdiri di luar saja, tiba-tiba semua kamera dialihkan ke arah saya. Beratus-ratus buah! Oh! Kemudian saya rasa takut. Kemudian kami balik. Sewaktu baginda bertitah, “Datanglah ke istana esok,” saya masih ingat pemandangan itu, kemudian saya rasa takut. Saya tak nak pergi lagi, pada masa itu.

Lepas itu, saya tinggal di Thailand dan baginda minta nombor telefon saya. Saya tak tahu sama ada baginda menelefon atau tidak kerana saya terlupa berikan nama saya kepadanya kerana mereka hanya tahu saya bernama Guru Ching Hai. Mereka tak tahu nama lain. Jadi apa-apa pun, barangkali mereka kata, “Tiada orang sebegini tinggal di sini. Tiada nama sebegini wujud di rumah kami.” Biasanya saya tak jawab panggilan telefon. Semasa mereka jawab, barangkali mereka kata, “Pemilik tiada di rumah,” atau, “Tiada orang ini.” Saya tak tahu. Baginda pergi ke Thailand tak lama selepas itu untuk melawat Thailand. Barangkali baginda ingat saya seorang puteri, jadi pergi ke istana tetapi mereka hanya nampak puteri lain. Saya tiada di sana. Tapi baginda tahu nombor telefon itu. Saya tinggal di padang golf dan berikan nombor telefon itu kepadanya. Tak apa, saya dah lupa, apa-apa saja. Kawan lama, kawan yang sangat lama. Baginda tak ingat tapi saya ingat. Itu masalahnya.

Tak apa. Dulu saya tinggal di Monaco. Saya tak maksudkan hayat ini. Hayat lain, sebagai seorang puteri. Tapi jangan bercakap tentang itu. Saya naik marah. Tapi mereka semua melayan saya di sana seperti kerabat diraja juga. Ketika saya inap di mana-mana hotel pun, mereka melayan saya dengan baik sekali. Sebab itu saya melayan kamu dengan baik sekarang, disebabkan kenangan manis dari Monaco. Saya ingin membalas kemesraan dan kemurahan orang. Mereka panggil saya ‘puteri’! Mereka tak kenali saya pun. Saya pergi ke restoran, makan dan sebagainya bersama semua anak murid. Mereka kata puteri ini, puteri itu. Saya kata, “Saya bukan puteri.” Kemudian dia kata, “Tak apa.” Pemilik restoran itu berkata, “Tak apa. Kamu ialah puteri saya.” Saya kata, “Kalau begitu, terima kasih.” Kemudian apabila saya memanggil teksi atau sesuatu, mereka sentiasa rasa saya ialah puteri. Mereka panggil saya puteri ini, puteri itu. Saya sentiasa kata, “Tidak.” Seorang pemandu teksi Monégasque ada sebuah rumah di Monaco dan dia bukan pemandu teksi biasa. Saya panggilnya datang kerana saya tak memandu di sana. Kemudian dia datang membawa saya. Kali pertama dia datang dengan teksi biasa. Kali kedua dia datang dengan Mercedes terbaiknya, putih dan besar. Saya kata, “Oh! Di mana teksi yang lain itu?” Saya kata, “Tidak, ini untuk kamu, puteri.” Dia berkata macam itu.

Pemandu-pemandu teksi suka saya. Saya ada pertalian baik dengan pemandu teksi. Dia ada kereta yang cantik, Mercedes, putih, bersih, baru dan besar, kereta miliknya. Dia tak bawa teksi itu sebelumnya. Dia seorang Monégasque sejati. Ciri istimewanya. Dia kata dia seorang Monégasque, dilahirkan di sana dan berasal dari sana. Dia berbahasa Perancis dengan saya dan saya kata saya lebih suka berbahasa Inggeris. Lidah saya kelu, dah lama saya tak berbahasa Perancis. Jadi dia berbahasa Inggeris dengan saya. Mereka orang yang sangat terpelajar di Monaco. Ketika saya baru pergi ke sana, saya berkata kepada orang yang bekerja di restoran dalam hotel, “Boleh kamu beritahu saya siapa daripada kamu ialah Monégasque? Saya ingin bertemu dengan orang Monégasque sejati.” Mereka kata, “Tiada Monégasque yang bekerja di Monaco.” Macam mereka semua ialah putera, tak perlu bekerja. Hanya orang asing pergi bekerja di sana. Benar ke? (Ya.) Benar. Dia tak tahu apa-apa pun. Mereka tak tahu banyak. Jadi saya asyik cari Monégasque untuk lihat macam mana rupa mereka. (Pada asalnya saya bukan dari Monaco juga.) Kamu bukan? Kamu orang Perancis? (Ya.) Tapi kamu tinggi di Monaco? (Ya.) Ya? (Saya tinggi di sebelah Monaco.) Sebelah Monaco. (Saya bukan dari Monaco.) Faham.

Ketika saya di Monaco, sukar nak cari rumah pangsa atau apa-apa untuk jangka pendek, jadi saya tinggal di sebelahnya. Suatu kali, saya menemui seorang Monégasque yang bekerja di restoran. Dia malah mengangkat seorang anak Âu Lạc (Vietnam). Sangat baik, sangat pemurah. Saya tak tahu tentang orang Monégasque kerana sewaktu kita pergi ke Monaco, kita ingat semuanya ialah Monégasque. Itu tak benar. Semuanya orang asing. Semua orang kaya dan terkenal tinggal di sana. Orang kaya dan berkuasa tinggal di sana dengan kapal persiar dan helikopter diletak di atas kapal persiar, lot letak atau sesuatu macam itu. Jadi sewaktu saya di sana, mereka juga rasa saya kaya dan berkuasa, jadi melayan saya dengan baik sekali. Bukan orang Monégasque. Jarang kita dapat menemui mereka. Semuanya orang asing.

Ya Tuhan! Di manakah Buddha? Kita kembali ke... Saya akan baca kisah Nabi Mahavira. Dah hampir... Dah hampir habis? Dah hampir habis penderitaan-Nya, menahan karma sewaktu beramal selama 12 tahun, tetapi ada lebih banyak lagi lepas itu dengan ajaran-Nya. Apabila Dia sudah capai makrifat sepenuh, lebih banyak ajaran lagi lepas itu. Baiklah. Sekarang, ini satu lagi kisah. Dia menyelamatkan Chandana. ‘Menyelamatkan Chandana’.

Dulu ketika saya di peringkat yg lebih rendah, saya di Perancis, di sebuah rumah di Perancis, di kawasan pergunungan, sewaktu saya mencari ashram untuk orang Eropah. Jadi saya tinggal di sebuah rumah. Sebelum rumah itu, saya tiada mana-mana pun, sesiapa pun dekat tempat kamu dan tempat kita sekarang pada masa itu, jadi saya perlu menginap di hotel. Mereka melayan saya dengan baik sekali, baik sekali, sentiasanya. Apa-apa yang saya hasratkan, datang dengan serta-merta. Saya menginap di sana. Saya sakit tenat. Walaupun saya sakit, sudah ada janji temu untuk pergi ke Perancis bagi mencari rumah. Di Perancis, saya tak nampak mana-mana hotel di tepi laut. Pada masa itu, saya tak tahu banyak tentang bahagian Perancis itu. Saya melalui Monaco lama dahulu sewaktu kami adakan Petunjukan Fesyen di merata tempat. Melalui Monaco dan pemandu saya memperkenalkan, “Pergilah makan kuskus dan disko yang dimiliki oleh putera,” pada masa itu. Jadi kami pergi ke sana dan saya lihat itu kawasan yang sangat baik dan senang untuk cari hotel di tepi laut.

Saya sakit pada masa itu. Tapi sakit pun, saya tetap pergi cari ashram dan rumah di Perancis pada masa itu. Kami menempah hotel dan saya menginap di sebuah bilik kecil tetapi menghadap laut. Kemudian lepas beberapa minggu, batuk saya berhenti. Setiap hari, saya pergi ke bar, minum jus, jus buah-buahan campuran, tanpa alkohol, kemudian pulih dgn cepat sekali, beberapa minggu saja. Jadi lepas beberapa tahun, kita dah ada ashram dan rumah, tetapi saya jatuh sakit atau rasa sangat sesak nafas di kawasan itu kadangkala... Bukan kawasan itu, cuma kadangkala karma datang dengan terlalu banyak, saya jatuh sakit. Batuk atau sangat tak selesa, segala jenis, saya juga kembali ke hotel itu. Saya cuba mendapatkan bilik yang sama dan menghadap laut. Tarik nafas setiap hari dan turun ke bawah, minum jus. Dan keluar, beli piza vegan atau sesuatu lalu balik dan minum jus di sana. Saya pulih dengan cepat.

Mereka begitu baik. Setiap kali saya datang, mereka nampak saya batuk lagi, mereka kata, “Pergi ambil ini, ambil itu untuk dia, cepat.” Tukang angkut yang mengangkat bagasi ke bilik saya, mereka kata, “Pergi ambil ini untuk dia, itu untuk dia. Panggil doktor.” Mereka automatik. Saya belum kata apa-apa pun. Mereka kata, “Pergi beli Verveine.” Sesuatu macam itu, teh untuk batuk, dan “Pergi dapatkan doktor. Bawa jus kepadanya. Dia suka jenis jus ini, jenis jus itu.” Mereka malah ada koktel (tanpa alkohol) yang dinamai sempena nama saya. Nama lain, bukan nama Gurumu. Mereka beritahu saya, “Ini koktel kamu. Nama kamu sekarang. Kami akan menamainya.” Itu apa yang mereka beritahu saya tetapi saya tak inap dengan cukup lama di sana untuk mengetahui sama ada mereka cetaknya dalam menu atau tidak. Atau mungkin mereka ada cetaknya, terlalu lama, saya dah lupa. Itu berapa baik hatinya mereka. Dah tentu, saya sangat baik dengan mereka juga. Saya sentiasa menunjukkan rasa hormat kepada valet, atendan atau pelayan dan berikan banyak tip kepada mereka disebabkan kasih sayang dan rasa hormat. Pada waktu Krismas, saya beli hadiah kepada mereka. Setiap orang, seluruh hotel ada, setiap orang, hadiah kecil, coklat (vegan) dalam kotak, sesuatu macam itu atau gula-gula (vegan).

Walaupun saya tak menginap di hotel itu lagi, pada bila-bila saya nampak mereka, mereka nampak saya, mereka sangat gembira. Kami banyak bergurau. Mereka sangat lucu dengan saya. Mereka serius dengan tetamu lain, tetapi dengan saya, mereka bergurau seperti kawan lama. Mereka sedang berbual-bual dan saya keluar dari hotel. Saya tanya, “Apa yang kamu buat ini? Bercakap di belakang saya?” Bergurau saja. Mereka kata, “Tidak, tidak. Kami bercakap tentang orang ini. Dia ada tatu. Kamu tahu di mana.” Saya kata, “Saya tak tahu di mana. Mana saya tahu di mana?” Saya bergurau saja. Saya kata, “Saya tak tahu di mana tapi saya ada sesuatu.” Dia kata, “Itu bahagian rahsia. Kamu tak boleh lihat.” Saya kata, “Dah tentu, saya tak nak lihat tatunya, tak kira itu rahsia atau tidak. Saya juga ada sesuatu rahsia.” Kemudian saya tarik seluar saya ke atas sikit, “Sini!” Bergurau saja. Tiada apa-apa pun di sana. Itu mungkin hanya sedikit kesan gigitan nyamuk Saya kata, “Sini!” Mereka semua ketawa, jadi pengurus keluar dan tanya, “Apa yang berlaku di sini?” Saya kata, “Tiada apa-apa. Kami hanya membandingkan tatu untuk lihat tatu siapa lebih baik dan di bahagian mana pada badan.” Mereka semua ketawa juga. Itu suatu kenangan manis.

Saya tak pernah ada kenangan buruk sama sekali di Monaco. Suatu kali, mereka bawa kereta baru untuk saya. Saya tak tahu bagaimana memandunya. Saya ada memandu tetapi terlalu pantas, lebih pantas daripada yang saya fikirkan. Kemudian kereta tercalar atau saya tak tahu apa yang saya buat, tercalar atau tidak, kemudian berhenti di satu belah, menunggu polis. Polis pun begitu baik sehingga saya perlu beli kek (vegan) utk meminta maaf lepas itu kerana buat mereka bekerja. Semua orang begitu baik. Polis juga. Mereka begitu sopan, begitu anggun. Mereka kelihatan macam pengawal berani kerajaan silam. Kelihatan sangat menawan, kacak dan sangat sopan dengan saya. Saya tak tahu sama ada kamu atau sesiapa ada pengalaman lain, tapi bagi saya, sangat baik. Jadi saya malah menulis sajak untuk mereka. Pada waktu Krismas, saya berikannya kpd mereka bersama dgn coklat (vegan). Masih ingat? (Ya.) Kamu memandu untuk membawa semua coklat (vegan) kepada mereka. Mereka malah rasa risau kerana tiada sesiapa yang pernah berikan coklat kepada polis sebelumnya. Agaknya mereka takut mungkin kita merasuahi mereka, jadi mereka tak berani beli benda untuk polis. Saya beli untuk mereka, kemudian mereka tanya dia, mereka ingat saya tak tahu berbahasa Perancis dan tanya dia, “Dari mana kamu curi coklat ini?” Kerana begitu banyak dan dia berkata kepada mereka, “Tidak, kami belinya di Carrefour. Kamu boleh menelefon dan tanya sekarang.” Dia marah. Mana boleh mereka berfikir kami, Gurunya, mencuri coklat? Dia marah sikit. Nadanya tak begitu mesra. “Kamu menelefon dan tanya sekarang. Tadi kami belinya di Carrefour.” Lucu betul. Kemudian polis berundur kerana dia kelihatan kuat, garang dan menakutkan. Kelakuannya, mungkin tenaganya keluar, “Woof!” Polis berundur, berfikir, “Jangan kacau orang-orang ini.”

Aiyai! Bayangkan, dia pasti bergurau, kerana apa jenis orang yang mencuri coklat dan bawanya kepada polis? Jika kita mencuri sesuatu, kita lari sejauh yang boleh dari polis, kan? Atau kita bawanya ke depan ibu pejabat polis dan menghadiahkannya! Dan kata, “Selamat Hari Krismas, Selamat Tahun Baru.” Setiap orang satu kotak. Saya kira, lebih 300. Kemudian mereka berpusing dan kata, “Di mana kamu curi semua coklat ini?” Mungkin dia bergurau saja. Tapi polis tak bergurau dengan begitu ketara. Mereka bergurau dengan cara polis, sangat serius. “Di mana kamu curi semua coklat ini?” Mungkin dia ketawa di dalam, “Ha, ha.” Tapi kita tak nampak dia ketawa di dalam. Dan orang ini marah sikit. Dia kata, “Tidak, kami tak curi apa-apa! Kami belinya dari Carrefour di sana. Kamu menelefon sekarang dan tanya.” Betul? Kamu berkata macam itu. Jadi polis kata, “Okey.” Dia rasa kita tiada rasa humor, jadi dia tak nak berurusan dengan jenis orang ini. Jadi dia kata, “Okey, bawanya ke sini.”

Kemudian saya tanya ketuanya. Saya cari alasan, “Sebelumnya saya begitu banyak ganggu kamu dan saya hanyalah tetamu di negara kamu. Benarkanlah saya menghadiahkan sedikit coklat (vegan) kepada setiap daripada kamu kerana kamu bekerja keras sepanjang tahun, saya tak tahu sama ada sesiapa ucapkan terima kasih kpd kamu, jadi kami ucapkan terima kasih.” Dia kata, “Okey.” Polis lain tahu akan nama saya. Salah seorang polis tahu nama saya disebabkan masalah kereta. Tapi tiada apa-apa yang berlaku kerana saya ada insurans, mungkin hanya tercalar. Saya tak nampak kereta tercalar pun. Jadi ketuanya sudah tahu akan saya juga kerana dia berurusan dengan saya sebelumnya. Sewaktu kereta ada masalah, kami bawa kereta ke dalam dan dia juga tanya saya kerana ia belum dipindahkan ke nama saya. Dia kata, “Adakah kamu curi kereta ini? Ya atau tidak?” Jadi saya kata, “Tidak!” Sangat kuat, sekuat dia. Jadi dia sudah tahu, jangan kacau saya. Lepas itu dia tahu itu benar, saya tak curinya. jadi dia lebih menghormati saya. Jadi apabila saya minta kebenaran untuk memberikan coklat, dia terus menyetujuinya. Sangat gembira.

Sebelumnya saya juga beli untuk mereka makanan jenis donat (vegan). Khabarnya polis suka makanan manis seperti donat, jadi saya beli dengan banyak. (Hanya di Amerika.) Hanya di Amerika? (Di Perancis, tidak.) Di Perancis, tidak? Di Perancis, apa yang mereka suka? (Keju.) Keju! Oh! Saya tak tahu. (Wain.) Wain! Ya, saya juga beli champagne (tanpa alkohol). Apabila saya bawanya ke dalam, mereka kata, “Kami bergurau saja.” Saya kata, “Apa! Saya tak nampak kamu bergurau. Saya ingat kamu serius, jadi saya belinya sekarang. Saya tak boleh pulangkan.” Jadi saya buka semuanya dan semua orang lihatnya dibuka, mereka kata, “Okey.” Mungkin mereka berikannya kepada kanak-kanak lepas itu, saya tak tahu. Tapi saya tinggalkan sana dan kata, “Terima kasih. Syukurlah, kamu menerima permintaan maaf saya.” Sesetengah daripada mereka kenali saya, kemudian lepas itu apabila saya beli coklat (vegan) untuk Krismas, ketuanya sudah setuju.

Orang lain, mungkin penguasa atau apa-apa saja, mungkin timbalan ketua, sesuatu, tanya saya, “Siapakah namamu? Kami perlu tahu namamu. Siapa berikan?” Saya kata, “Kamu tahu nama saya. Saya ada rekod di sini.” Orang lain pula, inspektor polis beritahunya, “Saya tahu namanya.” Dia mengeja nama saya untuk orang itu. Jadi saya kata, “Nampak tak? Saya terkenal di sini. Saya baik. Jangan risau.” Mereka semua lepaskan saya. Mereka polis yang sangat mesra. Polis di sana mungkin lebih tertekan daripada tempat lain kerana Monaco adalah kecil. Semua orang pergi ke sana dengan kereta mewah dan VIP penting, jadi mereka sangat berhati-hati. Jika kita pergi ke sana dengan basikal, motosikal, mereka perlu periksa kad pengenalan, segala-galanya. Doktor pun, mereka berbasikal kerana lalu lintas terlalu sesak. Lebih senang utk mereka mencelah-celah melalui lalu lintas, kemudian sampai kepada pesakit dgn lebih cepat. Begitu pun, meskipun mereka sudah tahu akan mereka, mereka perlu memeriksa kad pengenalan disebabkan oleh perlindungan bandar, negara. Jadi di sana, mereka kata tiada jenayah, tiada perompak, tiada apa-apa pun yang berlaku. Semua orang sangat selamat di sana. Ia terkenal dengan keselamatan. Itu apa yang mereka beritahu saya. Saya selamat di sana sepanjang masa. Saya pergi ke merata tempat berseorangan. Saya tak perlukan begitu banyak pengawal berlian di sana. Orang panggil mereka pengawal berlian. Saya tak pasti berapa keras bagai berlian. Suatu hari saya akan ujinya. Mungkin hanya mi yang dibuat dalam bentuk berlian.

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android