Cari
bahasa Melayu
Tajuk
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Pengalaman Spiritual Memperkukuh Kepercayaan Kita, Bahagian 2 daripada 5

2020-07-09
Lecture Language:English,Mandarin Chinese (中文)
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

( Dia percaya bahawa saya dapat bantunya. “Aku tak dengar kata-katamu ketika masih hidup.” ) Adalah baik kamu ada pertalian dengannya. ( Ya, dia menyesalinya. Dia kata, “Aku mesti mempercayai engkau dan Gurumu, Mahaguru Ching Hai.” Pada hari itu, neraka menjadi kosong disebabkan oleh berkat Guru. ) Kemudian dia lahir semula.

( Ada satu lagi soalan dari China. Saya ada seorang kawan yang bekerja di kedai barbeku Korea selama 15 tahun. ) Bukan vegan, kan? ( Bukan vegan. Lepas pemiliknya meninggal dunia disebabkan kanser, kawan saya mengambil alih perniagaan itu. ) Kamu sekali lagi. ( Lepas itu, kawan saya juga meninggal dunia disebabkan oleh penyakit. ) Ya. ( Pada suatu hari, saudaranya bermimpikan mukanya, muka kawan saya menjadi muka anjing. ) Anjing? (Muka anjing.) Okey. ( Dia lahir semula sebagai seekor anjing hitam. Dia tak nak menjadi anjing, jadi biarkan dirinya mati kelaparan. Selepas mati, dia jatuh ke neraka, menahan hukuman yang berat setiap hari. Guru dalaman suruh saya menyelamatkannya dari neraka, jadi saya pergi ke neraka. Lepas saya melafazkan Lima Nama Suci dan Hadiah, neraka menjadi kosong. ) Bagus. Ini kerana kamu beramal dengan rajin dan ikhlas. Dan kamu ada pertalian dengannya. Sangat bagus. Terima kasih. Tahniah.

Ada apa-apa lagi? Itu saja? ( Guru, saya nak bercakap tentang situasi di neraka kerana banyak saudara seguru tanya sama ada neraka wujud. Sesetengah saudara seguru tak percaya bahawa neraka wujud. ) Dah tentu ia wujud! Banyak orang pergi ke neraka dan kembali. Mereka menulis buku tentangnya. ( Mereka tanya saya macam mana rupanya neraka, jadi... ) Adakah kamu nak menggambarkannya kepada mereka? ( Ya. Boleh? ) Beritahulah saya. ( Pada hari Guru balik ke Hsihu dari Perancis, saya pergi lihat Guru. Pada waktu senja, Guru dalaman beritahu saya, “Kawanmu telah jatuh ke neraka. Cepat pergi ke sana.” Jadi saya pergi ke sana. Bodhisattva Ksitigarbha menyambut saya di sana dan empat atau lima orang mendengar khutbah-Nya di sana. ) Empat atau lima orang saja? Ya Tuhan. ( Ya, sangat sedikit. Dewan begitu besar tetapi hanya beberapa orang mendengar khutbah-Nya di sana. ) Mereka tak dengar di sana. ( Betul. Kemudian Bodhisattva Ksitigarbha berkata, “Biar aku bimbing engkau.” Dia bawa saya ke sebuah tempat di mana orang yang makan daging jatuh ke sana. Itu medan yang luas dan banyak orang berbaris di tepinya. Di tengah-tengahnya, nampaknya lebih besar daripada padang bola sepak. Ada orang-orang dari lima benua yang berkulit putih, hitam, kuning dan sebagainya. Lepas itu sejenis alat pengisar daging tiba-tiba jatuh dari angkasa. Sebuah alat pengisar daging tiba-tiba muncul dari udara, kemudian suatu bunyi dengung yang kuat bermula. Lepas itu ada raungan yang dahsyat. ) Faham. ( Semua orang berdiri dalam bulatan berdiameter satu meter setengah. Kemudian mereka semua dikisar dgn daging dan darah di mana-mana saja. Kemudian lepas dah siap, mereka perlu berbaris sekali lagi, dihukum macam ini 3-5 kali sehari. Kemudian saya segera melafazkan Lima Nama Suci dan Hadiah dari Peringkat Ketujuh. Neraka itu menjadi kosong, tiada orang. ) Mereka dibebaskan.

( Kemudian saya tanya kawan itu, “Mengapa engkau jatuh ke tempat ini?” Dia kata, “Kau ada beritahu aku supaya jadi vegan dan tukar profesionku tetapi aku tak dengar. Kemudian tiba-tiba aku hidapi kanser dan mati.” Lepas meninggal dia mendapati bahawa dia telah menjadi anjing. Dia masih ingat rumahnya. Jadi dia berlari dengan terdesak ke sana tetapi ahli keluarganya tak dapat camnya. Dia berfikir, “Dulu aku manusia tapi sekarang aku telah menjadi anjing. Aku tak nak hidup lagi.” Kemudian dia biarkan dirinya berlapar. Dia hanya seekor anak anjing, jadi mati kelaparan. Dia ingat lepas mati dia akan menjadi manusia semula dan terus menikmati hidup manusia. ) Tidak, karma belum dilangsaikan. (Betul, tapi dia tak mempercayainya.) Dia boleh menjadi anjing dah sangat baik. Adalah jauh lebih teruk dikisar (Ya.) oleh mesin itu. ( Lepas itu dia menyesalinya. Dia rasa dia seharusnya terus menjadi anjing selama sepuluh tahun atau lebih, maka tak apa-apa. Dia percaya bahawa saya dapat bantunya. “Aku tak dengar kata-katamu ketika masih hidup.” ) Adalah baik kamu ada pertalian dengannya. ( Ya, dia menyesalinya. Dia kata, “Aku mesti mempercayai engkau dan Gurumu, Mahaguru Ching Hai.” Pada hari itu, neraka menjadi kosong disebabkan oleh berkat Guru. ) Kemudian dia lahir semula. ( Ya. ) Itu lebih baik. ( Terima kasih, Guru. ) Sama-sama.

( Selepas neraka menjadi kosong, dia terus pergi ke Syurga dengan Kuasa Guru. ) Okey. ( Jadi saya amat berterima kasih. ) Terima kasih atas bantuanmu. ( Terima kasih, Guru. ) Oleh sebab kamu ada pertalian dgn dia, sekurang-kurangnya kamu kenalinya dan memberikan nasihat kepadanya, kamu boleh pergi ke sana untuk bantu. Adakah dia ucap terima kasih kpd kamu? ( Dia amat berterima kasih. Selepas pergi ke Syurga, dia sering beritahu saya, “Aku akan belajar menjalankan amalan spiritual.” Dia amat berterima kasih kepada Guru dan saya. ) Okey. (Terima kasih.) Adalah baik dia pergi ke Syurga. Mungkin dia lupa lagi jika dia turun ke sini. Adalah lebih baik ada seseorang mengajarnya di atas sana supaya dia akan terus berada di jalan berbelas kasihan. Jika tidak, jika dia jatuh, dia akan makan daging sekali lagi. Tapi mungkin dunia kita takkan makan daging lagi pada masa depan. Itu bagus. Terima kasih. Terima kasih atas perjalananmu. Adalah baik kamu ingat untuk melafazkan Lima Nama Suci dan Hadiah di sana. Kamu rajin bermeditasi. Jika tidak, mungkin kamu terlupa jika kamu turun ke bawah sana. Mungkin kamu dicemari oleh suasananya dan terlupa. Jika kamu tak rajin beramal, mungkin kamu terlupa. Maka kamu takkan dapat menyelamatkan sesiapa pun dan mungkin sendiri terperangkap di sana. Kamu perlukan banyak pahala untuk ingat. Hanya mereka yang ada pahala dan berkat serta beramal dengan ikhlas dapat ingat akan Lima Nama Suci dan Hadiah. Jika kamu biasa saja, tak beramal dan tidak baik, kamu akan menjadi seperti mereka di bawah sana. Ini akan menyusahkan. Kamu mesti rajin beramal. Adalah sangat penting sering melafazkan Lima Nama Suci dan Hadiah. Saya telah beritahu kamu. Ia sangat penting dan berkuasa, dan neraka akan menjadi kosong jika kamu boleh masih ingat untuk melafazkannya. Saya cuma khuatir kamu tak ingat. Kamu akan ingat akannya jika kamu dengar kata-kata Guru dan rajin beramal seperti yang saudara itu beritahu kamu. Saya tak membohongi kamu, kan? (Tidak.) Saya sentiasa bercakap benar. Saya suruh mereka hubungi kamu dan berikan wang kepada kamu untuk derma. Adakah mereka buat begitu? (Ya.) Beritahulah mereka nak hantar wang ke mana, okey? (Ya, semuanya telah diatur. ) Baiklah. Dan beli beras atau susu vegan untuk kanak-kanak. ( Ya, semuanya telah diatur. ) Okey. ( Okey, terima kasih, Guru. Syukur kepada Tuhan. ) Sama-sama.

( Guru, saya nak bercakap tentang visi dalaman saya. Guru ialah Bapa Pemurah semua makhluk dari empat bentuk kelahiran dan Enam Jalan. Mungkin oleh sebab saya seorang biksuni, visi dalaman saya semuanya tentang makhluk halus. Terima kasih atas berkat Guru, saya dapat memakai jubah biksuni semula pada Mac tahun ini. Lepas itu, saya pergi ke Gunung Wutai kerana Guru dalaman beritahu saya supaya buat begitu. Sebab itulah saya pergi ke Gunung Wutai. Di atas gunung itu, saya menerima bimbingan dalaman supaya pergi ke Gua Ibu Buddha di mana satu jin ular yang berusia 1,000 tahun diami. Ia menjalankan amalan spiritual. Ia sampaikan mesej dalaman kpd saya — menjemputnya masuk ke dalam buah rosario mala saya, dan lepas itu saya diberi tugas pergi ke Jepun pada hujung bulan April.

Waktu itu hujung bulan Mac sewaktu saya pergi ke Gunung Wutai berseorangan. Ketika saya pergi ke Gunung Wutai, saya hanya tahu saya harus pergi ke sana tetapi tak tahu sebabnya. Saya pergi ke sana berseorangan dan mendapat risalah pelancongan. Saya ada intuisi yang kuat bahawa saya harus pergi ke Gua Ibu Buddha. Di sana tinggal satu jin ular yang berusia 1,000 tahun. Apabila sampai di sana, saya jemputnya masuk ke dalam buah rosario mala saya. Tapi Guru dalaman beritahu saya bahawa oleh sebab ular itu dah berusia 1,000 tahun, ia terlalu sejuk bagi saya menahan. Pada kali pertama saya pergi ke sana, ia berkomunikasi dengan saya. Ia sampaikan suatu mesej kepada saya, minta saya supaya biarkannya masuk ke dalam buah rosario mala saya sebelum balik ke Taiwan (Formosa) supaya ia dapat datang bersama saya kerana ia ingin belajar Dharma daripada Guru dan ia akan bantu saya apabila saya pergi ke Jepun. Apabila saya sampai di Gunung Wutai, saya rasai seekor ular masuk ke dalam buah rosario mala saya. Saya ingat itu adalah dia. Tapi ketika bermeditasi pd waktu malam, saya mendapati bahawa itu bukan dia tetapi seekor ular putih yang berusia 500 tahun. Saya berfikir, “Teruknya ini. Guru dalaman suruh aku membuat sesuatu tetapi aku tak lakukannya dengan betul.”Saya suruh ular putih itu keluar. Saya kata, “Kau bukan ular yang dikehendaki Tuhan. Keluarlah.” Ular putih itu keluar. Saya dapat lihatnya tapi tak begitu jelas. Saya rasa ia sangat mesra dengan saya. Saya tanya dia, “Siapakah engkau?” Rupa-rupanya dulu ia pelindung saya ketika saya seorang biksuni. ) Pelindung? ( Ya. Ular itu ialah dewa pelindung. Ia istimewa. Biasanya biksu dan biksuni dilindungi oleh pelindung hanya sewaktu mereka di tokong. Apabila mereka telah tinggalkan tokong, mereka tak dilindungi. ) Oh, mengagumkan! ( Pada masa itu, beberapa orang berumah tangga yang saya tak kenali datang kepada saya. Mereka mengamalkan agama Buddha dan Taoisme. Mereka beritahu saya, “Guru mesti tinggalkan tokong ini kerana kamu ada pertalian lain. Kamu mesti tinggalkan tokongmu.” Mereka mendapatinya ganjil kerana pelindung di tokong beritahu mereka bahawa mereka akan melindungi saya ke mana pun saya pergi. Saya tak rasai apa-apa pun sehingga ular putih itu keluar baru saya tahu bahawa mereka melindungi saya.

Apa yang berlaku lepas itu dalam perjalanan ke Jepun amat menyentuh hati saya. Apabila saya balik dari Gunung Wutai, saya ada ular itu. Saya menamainya ‘Ji Yin’. Saya jemputnya masuk ke dalam buah rosario mala saya dan bawanya ke Taiwan (Formosa) bersama saya. Guru dalaman beritahu saya supaya membawa buah rosario mala semasa datang bersuluk agar ia boleh datang bersama saya, dan apabila saya balik, ia akan balik bersama saya juga. Jadi pada suatu hujung minggu, saya bawanya datang bersuluk. Pada hujung minggu itu, banyak saudara seguru nampak banyak ular. Ular-ular itu datang memberi hormat kepada raja ular ini. Saya rasainya dengan jelas di dalam tetapi minda saya ada rasa sangsi. Pada suatu hari, seorang saudara seguru... ) Apa yang kamu sangsikan? ( Cuma fikiran saya suka berasa sangsi tetapi saya dah biasa mengikut perasaan saya. Pada suatu hari, seorang saudara seguru menaiki kereta saya. Dia lihat buah rosario mala saya dan berkata, “Guru agama Buddha, begitu ganjil tetapi ada sesuatu di dlm buah rosario mala kamu.” Dengan rasa ingin tahu, saya tanya dia, “Apa yang kamu nampak?” Dia kata dia nampak seekor ular berwarna biru tua. Ya, itu warnanya. Ini memperkukuh kepercayaan saya bahawa adalah betul mendengar bimbingan Guru dalaman.

Lepas itu, ular tersebut pergi ke Jepun bersama saya. Ketika pesawat berlepas dan terbang di atas Selat Taiwan (Formosa), ia menyelam ke laut dalam untuk membantu makhluk menderita yang mati dalam nahas kapal atau tragedi lain. Ia membawa mereka ke permukaan dan Guru yang berbelas kasihan membawa mereka pergi dari situ. Apa yg saya buat adalah pergi ke tempat yang dilanda tsunami 2011. Saya pergi ke sana untuk bermeditasi, melafazkan Lima Nama Suci dan Hadiah serta buka Supreme Master Television. Apabila saya pergi ke sana, saya menerima mesej dalaman supaya bawa Barangan Kemas Syurga ‘Pembebasan’ yang direka bentuk oleh Guru. Saya pinjam sepasang gelang tangan ‘Pembebasan’ daripada seorang saudara seguru dan pakai satu di setiap belah. Ketika saya bermeditasi, ada Cahaya yang terang. Lepas itu, banyak makhluk dibebaskan oleh Guru. Ji Yin juga ditingkatkan dari segi rohani. Guru dalaman suruh dia balik ke Gua Ibu Buddha untuk terus beramal selepas itu. Sekarang saya rasa kadangkala ia datang melawat saya. Saya berterima kasih atas belas kasihan Guru.

Bagi ‘jin putih’, pada masa itu, Guru dalaman beritahu saya bahawa peringkatnya tak cukup tinggi untuk berada di Ashram Alam Baru. Jadi saya biarkannya berada di tempat lain dulu. Oleh sebab ia beramal dan buat sesuatu, ia berada di Ashram Alam Baru sekarang. Itu perasaan saya tapi saya tak pasti sama ada ular putih itu benar-benar berada di Ashram Alam Baru. ) Ia kawanmu tapi kamu tak tahu, jadi tanya saya? ( Memang. ) Saya tak sentiasa meninjau ular. Saya sibuk. ( Ya, jadi sudah disahkan bahawa Guru ialah Ibu berbelas kasihan semua makhluk. Guru menyelamatkan semua makhluk. ) Melalui kamulah ular itu menerima bantuan. Badannya ialah ular tetapi rohnya adalah spiritual.

Kita manusia tak dapat hidup begitu lama. Ular dan musang kadangkala dapat hidup sehingga beberapa ratus tahun atau beberapa ribu tahun. Kura-kura juga dapat hidup lama. Mereka memahami amalan spiritual dan sangat pemurah. Kamu ada pertalian dengan mereka. Bagus. ( Guru bantu mereka semua. Tanpa Guru, saya tak dapat buat apa-apa pun. ) Saya perlukan wadah. Kamu ialah wadah yang baik. ( Terima kasih atas galakan Guru. ) Sama-sama. Sesiapa lagi ada ular atau harimau? Kita telah dengar banyak cerita tentang musang, kura-kura atau ular yang menjalankan amalan spiritual untuk masa yang panjang. Kita ingat itu hanyalah ceria pari-pari. Tapi ia benar. Semua makhluk menjalankan amalan spiritual sampai tahap tertentu secara kolektif atau secara peribadi, sama seperti kita. Manusia bukan satu-satunya makhluk yang menjalankan amalan spiritual. Manusia ada lebih banyak pahala. Badan manusia jarang dapat diperoleh. Tapi makhluk lain menjalankan amalan spiritual juga. Kamu dah dengarnya tadi.

Saksikan Lebih Banyak
Episod  2 / 5
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android