Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Halo, semua, semua orang yang menawan di planet ini. Hari ini pastinya 16 Ogos 2026. Pertemuan saya dengan Raja-raja dari jauh telah menjadi kurang kerap sikit tetapi sekurang-kurangnya kami boleh sambung semula pertemuan kami selepas ia tergendala selama banyak hari, sebagaimana yang anda tahu. Hari ini, kita akan bertemu dengan Baginda Raja Ye, Y-E, Alam Buddha yang bernama... Nama Alam Buddha daripada Raja Ye ini ialah Py, P-Y. Salam sejahtera, Tuanku. Selamat datang, selamat datang dan kasih sayang kepada Engkau. Ini peluang yang begitu jarang, kita saling bertemu, Engkau datang dengan segala muhibah dan berkat. TUHAN berkati Engkau, Tuan. Harap-harap penungguan yg begitu lama sehingga kita bertemu hari ini tidak memberi sebarang jenis ketakselesaan kepada Engkau. Terima kasih kerana menahan segalanya bersama kami. Aku kesal dengan tak dapat bertemu dengan Engkau lebih awal. Pagi ini, aku telah menunggu selama banyak jam kerana kita ada pengaturan ini dan aku ingin sekali bertemu dengan Engkau tetapi banyak jam berlalu dan kita tak dapat. Engkau tahu sebabnya sekarang. Aku memohon maaf, Tuan. “Oh! Jangan risau. Kami begitu gembira berjumpa dengan Raja Segala Raja Segala Raja Segala Raja dlm pertemuan yg begitu istimewa hari ini Barangkali itu konsep masa yang telah diatur untuk dunia ini, kita rasa masa adalah panjang, pendek atau jauh tetapi kami sangat selesa. Jangan risau. Kami begitu gembira jumpa dgn Engkau. Kami bawa ucapan selamat dan berkat terbaik yang boleh kami ada untuk dikongsi. Rakyat kami di Alam Buddha Py hantar kepada Engkau dan penghuni planet ini segala kasih sayang dan ucapan selamat dari alam kami yang jauh.” Oh! Terima kasih, Tuan, terima kasih, Tuan. Aku juga, dengan nama TUHAN Yang Maha Berkuasa dan bagi pihak semua penghuni kami di sini, ucapkan semoga Engkau lebih baik daripada yang terbaik. Engkau dan rakyat-Mu begitu baik hati. Semoga Engkau mendapat apa-apa saja yang terbaik untuk Engkau, Alam Buddha-Mu dan rakyat-Mu. Terima kasih banyak-banyak kerana menahan jarak dan perjalanan yg begitu jauh utk datang jumpa dgn kami Raja Keamanan beritahu kami bahawa di antara planet kami di sini dan Alam Buddha-Mu, itu jarak yang sangat jauh dan jumlah tahun cahaya yang sangat besar. Betul tak itu, Tuan? “Oh, ya, oh, ya! Oh, ya! Raja Maitreya atau Nabi Isa. Memang macam itu tetapi kami tak kisah. Kami ingin buat perjalanan pada bila-bila saja hanya untuk jumpa dgn Engkau dan bawa kpd Engkau kata-kata muhibah, laporan dan apa-apa saja berkat yang boleh untuk planet ini pada waktu susah-Mu.” Oh! Kami amat berterima kasih kepada Engkau, Tuan, dengan rendah diri, Tuan. Kami berterima kasih kepada semua orang-Mu juga. Dengan Rahmat TUHAN, semoga segalanya dilancarkan dalam keamanan, kasih sayang dan keharmonian antara semua negara, antara semua orang, antara semua penghuni bersama yang bertuah untuk tinggal di planet ini. Kita bersyukur kpd TUHAN Yang Maha Berkuasa. Amin. Raja juga bertitah, “Amin.” Semua anggota rombongan-Nya juga mengulang, “Amin.” Kami juga berterima kasih kepada engkau semua yang mengiringi Raja untuk melawat kami hari ini. Raja bertitah, “Oh! Kamilah orang yang mesti rasa bersimpati dengan Engkau kerana penindasan berat karma planet ini telah begitu banyak membebani Engkau dan buat banyak kerja-Mu menjadi lebih sukar disebabkan oleh halangan karma keamanan dan karma bunuh – terlalu banyak, terlalu banyak; terlalu banyak dibebani disebabkan oleh pembunuhan banyak makhluk tak berdosa yang tidak terkira. Kami memang berharap penghuni terutama manusia di planet ini akan segera menyedarinya – kesilapan besar memakan penghuni bersama dan membunuh orang sendiri, bangsa sendiri dengan berperang, dengan segala jenis peracunan, malah minum arak dan merokok – apa-apa saja seperti itu, sangat, sangat bersifat menindas terhadap orang di dunia.” Saya mohon maaf. Semasa Baginda Raja Ye bertitah, suara-Nya begitu merdu seperti Bunyi Syurga (dalaman) yang anda dengar ketika meditasi Quan Yin. Cuma saya separuh di dunia ini dan separuh di alam yang lebih tinggi, jadi terasa macam kita sangat berada di luar dunia ini tetapi masih berada di dunia ini, jadi suara saya banyak kali macam ini, tidak begitu merdu seperti semasa Raja menitahkannya. Ini berlaku tidak adil terhadap suara merdu inheren Baginda. Saya juga mohon maaf atas itu. Sekarang ini, kita malah boleh sambung semula pertemuan dengan Raja-raja. Saya mengira setiap hari pada hari mana kita bertuah adanya tetapi kita takkan tahu bila. Terdapat banyak pengaturan perlindungan berkaitan pertemuan ini. Adalah sukar dengan adanya karma keamanan dunia. Memang, saya boleh gunakan sedikit bantuan drpd tenaga pemurah manusia jika mereka ada bilangan yang lebih besar menjadi vegan untuk memperkuat lagi kuasa mereka bagi membantu saya. Saya perlu berusaha untuk keamanan dan perlu melawan kuasa negatif. Kita perlu menyelamatkan roh manusia dari neraka juga, dan urusan duniawi harian. Jika benar-benar lebih banyak manusia boleh menyumbangkan lebih banyak tenaga damai, lebih banyak berkat penuh kemurahan, maka kerja kita akan menjadi jauh lebih ringan, senang. Terima kasih, Tuanku Raja Ye, atas persefahaman-Mu dan mengampuni kami, kerana buat Engkau begitu lama menunggu. Semalam pun, malam semalam, pada awal pagi dan sekarang pun, pada waktu selepas tengah hari, ia tertangguh dan bertunda macam itu. Terima kasih atas toleransi-Mu, Tuan. “Oh! Jangan risau, Buddha Maitreya, jangan risau. Kami faham sangat, aku diri, orangku dan semua Buddha di Sepuluh Arah. Mereka semua ingin datang jumpa dengan Engkau tetapi Mereka khuatir ini akan datangkan terlalu banyak kerja, terlalu banyak beban.” Oh! Tidak sama sekali, Tuan, apa-apa kesusahan aku tanggung. Segalanya berbaloi jika mana-mana drpd Engkau boleh datang jumpa dengan kami, cuma ada kesusahan juga dengan pemasaan, ruang dan karma planet ini yang menimbulkan lebih banyak kesusahan daripada yang kita jangkakan, lebih daripada yang Engkau, semua Raja, Buddha wajar alami. Aku memohon maaf tetapi kita perlu terus membantu planet yang lemas ini. Aku berterima kasih kpd Engkau kerana datang walaupun ada jadual yang sibuk untuk mengajar umat-Mu dan orang baharu. Photo Caption: “Denai di Hutan Diturap dengan Daun-daun Lembut Jalan di Dunia Diturap dengan Batu Asfalt Jalan ke Neraka Diturap dengan Bahang yang Panas Membakar JALAN ke Syurga Diterangi dengan CAHAYA SUCI dan MUZIK YANG MENAIKKAN ROH”











