Cari
Seterusnya

ISTIMEWA! / Jadi Vegan

A Message from Supreme Master Ching Hai (vegan) to the Children, February 20, 2022

2022-02-24
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Halo kepada anda semua, malaikat muda yang cantik. Saya ingin berikan pelukan kumpulan yang besar kepada anda semua untuk menunjukkan betapa saya benar-benar sayangi anda dan betapa saya benar-benar kesal dengan dunia yang perlu anda diami. Anda wajar mendiami dunia yang lebih baik daripada ini. Tetapi disebabkan oleh kesilapan, sikap tak bertimbang rasa, cita-cita liar, salah pengurusan banyak orang dewasa yang membawa begitu banyak penderitaan, ketakutan, kebimbangan, kerisauan kpd hidup anda, dunia ini penuh ancaman, menakutkan bagi anda dari beberapa segi. Saya berdoa kepada Syurga, berdoa kpd Tuhan Yang Maha Berkuasa agar berikan perasaan kasih sayang, penenangan dan perlindungan kpd anda – sekarang, pada masa depan dan di akhirat.

Jagalah diri baik-baik, benar-benar menjaga diri dengan baik. Belajar cara untuk melakukannya melalui internet, melalui ibu bapa, kawan, orang tua atau datuk nenek yang bijak. Saya sangat bersimpati. Saya mohon maaf atas segala penderitaan yang perlu anda alami – sekarang, semasa hidup dan mungkin selepas meninggal juga disebabkan oleh baki balasan karma hayat ini yang bukan salah anda sepenuhnya. Saya mendoakan dunia yang lebih baik untuk masa depan anda dengan segala kasih sayang dan air mata sesal dengan saya tak dapat banyak membantu anda kerana orang dewasa tidak dengar. Saya hanya boleh doakan keselamatan, kebahagiaan dan kesejahteraan anda dengan segala kasih sayang saya.

Tolonglah, anda berdoa kepada Tuhan setiap hari dan cuba menjadi vegan jika belum lagi. Hanya cuba menjadi vegan. Itu akan berikan banyak keselamatan yang anda perlukan. Terima kasih. Tuhan Kasihi anda kanak-kanak dan saya sayangi anda selama-lamanya.

Untuk butiran lanjut dan muat turun percuma, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/be-veg
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android