Cari
Seterusnya

ISTIMEWA! / Mahaguru Ching Hai: Petikan

Remedi Pencegahan di Rumah untuk COVID-19 dan Petua-petua Lain daripada Mahaguru Ching Hai (vegan)

2021-11-16
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Remedi Pencegahan di Rumah untuk COVID-19 dan Petua-petua Lain daripada Mahaguru Ching Hai (vegan) yang Percuma untuk Dimuat Turun, sila gabungkan dengan petua-petua lain daripada Guru (di MastersTipsOnCOVID-19.com)

Saya akan berikan beberapa petua pencegahan atau ubat tambahan kepada anda jika anda nak cuba. Makannya di antara sebarang jenis ubat yang dipreskripsikan kepada anda, bukan bersama, sekurang-kurangnya selepas 30 minit.

Jika anda adanya atau jika boleh, anda boleh hancurkan bawang putih segar dan makan lebih kurang satu sudu teh dua kali sehari, 12 jam di antaranya. Jika anda tiada yang segar, anda boleh mengambil serbuk bawang putih kering juga. Jumlah yang serupa. Ia akan berkesan juga. (Pada waktu lebih kerap keluar atau di ruang yang lebih sesak, boleh menggandakan dos ini.)

Anda juga boleh mengambil Vitamin D2 dan/atau D3 (vegan), Vitamin E (vegan) dan dah tentu multivitamin (vegan). Bersama hidangan. Berharap semua ini membantu anda.

Jika anda perlu membuat perjalanan jarak jauh dan perlu bergaul dengan orang lain seperti di dalam pesawat, contohnya, sebelum pergi, anda mengambil ini. Ambil semua ini dan beberapa hari sebelum buat perjalanan apabila anda tidak dapat mengelakkan situasi penuh sesak.

Ada juga konkoksi selesema yang dulu saya telah ajarkan kpd anda. Ia masih di internet, mungkin dalam buku masak kita. Percuma untuk dimuat turun. Pastikan ia ada dekat dengan anda.

Resipi Guru untuk Teh Koktel (Teh untuk Menyembuhkan Selesema) daripada buku masak Supreme Kitchen (percuma untuk dimuat turun di SMCHBooks.com)

Bahan-bahan:

650 ml (3 cawan) air

1½ sudu besar bunga cengkih

20g (1 auns) halia (lebih kurang saiz ibu jari)

2 bunga lawang

10g (0.5 auns) kayu manis

1 ulas bawang putih

50g (2 auns) gula batu (secukup rasa)

Arahan: Cuci bahan-bahan dengan air (tidak termasuk gula batu); diketepikan. Campurkan semua bahan dengan air di dalam periuk. Didihkan di atas api besar. Turunkan ke api kecil dan reneh selama 20 minit. Tapis sisanya.

* Bagi 2 orang, bahan berganda.

Teh ini khususnya mujarab untuk merawat selesema / influenza dan menghilangkan hidung berair. Paling baik apabila ia bermula dari hari pertama lagi.

Ia untuk kes ringan. Ia dapat bantu dengan cepat sekali. Atau bagi permulaan jangkitan. Jika sudah lama, ia mungkin membantu juga tetapi barangkali kurang ketara. Anda boleh cuba, ia tak memudaratkan. Ia langsung tak memudaratkan. Jadi ambil itu serta semua vitamin itu dan bawang putih sebelum anda pergi. Dan semasa perjalanan yang jauh bersama banyak orang, dan selepas itu, boleh teruskan beberapa hari lagi jika rasa perlu. Vitamin itu anda harus ambil setiap hari untuk menguatkan keimunan anda jika anda rasa perlu atau sebagai suplemen terutamanya apabila anda telah berusia.

Bawang putih mungkin berbau busuk tetapi anda boleh makan daun pudina atau sesuatu selepas itu. Minum susu vegan bersama pudina – pepermin, atau teh bersama pepermin untuk mengurangkan baunya.

Jangan lupa supaya mandi air panas apabila anda balik ke rumah, dengan serta-merta. Tukar dan basuh pakaian anda dalam air panas, keringkan di bawah sinar matahari atau/dan pengering panas.

Anda juga boleh minum jus lemon tulen, satu sudu teh dua kali sehari. Semua itu boleh membantu anda lebih daripada tiada apa-apa pun. Ia takkan memudaratkan anda, tiada kesan sampingan tetapi jangan ambil lebih drpd yang disarankan. Seperti vitamin, anda ambil mengikut dos, atau mengikut apa yang doktor beritahu anda. Seperti bawang putih dan sebagainya, juga mengambil secara sederhana.

Lebih baik apabila gejala baru bermula. Jika gejala berterusan selepas dua hari, anda harus berjumpa doktor. Semua ini adalah untuk pencegahan dan rangsangan tambahan utk pemulihan, bukan untuk menggantikan preskripsi doktor bagi jangkitan. Sentiasa berjumpa doktor jika gejala tidak mereda. Jika anda nampak sebarang gejala dan mengesyakinya, anda mesti pergi berjumpa doktor. Anda perlu pergi jalani ujian. Anda tak boleh kata, “Oh! Kerana hujan atau kerana hari sejuk.” Tidak, tidak. Anda mesti pergi jalani ujian sebelum terlambat. Jika anda mengetahuinya lebih awal, lebih senang untuk sembuh. Jika anda mengetahuinya lebih awal, bawang putih atau konkoksi selesema itu pun dapat menyembuhkan anda, dengan pengasingan selama tiga minggu, dah tentu. Minimum dua minggu.

Tetapi jika sudah lama dan anda tak tahu pun atau anda ingat itu hanya selesema biasa dan biarkannya saja terlalu lama, maka sangat sukar untuk pulih, sembuh. Kerana peparu anda boleh rosak, jantung atau malah otak anda. Ia mungkin merosakkan salah satu sistem dalaman, organ dalaman anda, kemudian akan sukar untuk sembuh. Atau mungkin ia merosakkan banyak organ bersama, bergantung kpd berapa buruk keadaannya, bergantung kepada bilangan virus yang anda dapat drpd orang lain.

Virus COVID-19 ada roh di dalamnya. Sebab itulah mereka begitu bijak, begitu serba boleh dan begitu sukar untuk ditangkap dan disembuhkan. Ini ialah roh-roh haiwan dibunuh beramai-ramai, dianiayai dan diseksa yang dimakan oleh manusia. Tetapi ada banyak faktor yang terlibat.

Biasanya orang vegan, jika mereka suci, rendah hati juga dan bertaubat, mereka akan lebih banyak dilindungi. Tetapi vegan sahaja bukanlah perlindungan seratus peratus. Ini perlindungan yang besar, lebih besar daripada orang yang makan darah dan daging haiwan. Tetapi sikap, keikhlasan, kesucian kita juga berikan pengaruh yang besar kerana karma yang kita bawa akan menarik jenis-jenis karma yang berlainan dan bergaul dengan mereka di khalayak ramai di mana ada begitu banyak tenaga yang berlainan dan bercampur, rendah, tinggi dan sederhana. Kita takkan tahu siapa ialah siapa. Itu juga akan bawa jangkitan kepada anda.

Anda berhati-hatilah. Berhati-hati sentiasa sihat. Kerana jika anda mendapatnya, anda mungkin menjangkitkannya kepada orang lain, ahli keluarga dan sebagainya. Itu tidak baik. Kerana mungkin anda mendapatnya tetapi anda merupakan orang asimptomatik.

Dengan pelitup muka pelindung muka dan sebagainya pun, jika anda berada di dlm bilik terlalu lama bersama banyak orang terutamanya jika seseorang sakit di dalam sana, anda akan mendapatnya. Mungkin anda mendapatnya tetapi tidak rasa anda mendapatnya kerana anda asimptomatik. Jadi pastikan peringkat anda tinggi, pastikan anda bermeditasi dengan baik juga.

Selain semua langkah berjaga-jaga, anda mesti sentiasa rendah hati, bersyukur dengan anda sihat. Doakan keselamatan anda. Doakan perlindungan. Anda ada badan fizikal di dimensi fizikal. Anda perlu menjaga diri di dunia fizikal dengan cara fizikal. Dan Tuhan membantu, dah tentu. Anda mesti sentiasa berdoa, ingat akan Lima Nama Suci dan jangan ingat anda pengamal yang baik dan sebagainya dan takkan mendapat COVID. Tidak. Mungkin anda tidak sebaik yang anda fikirkan. Jika karma anda berat dan tidak beramal dengan baik setiap hari untuk melindungi diri, maka anda tetap boleh mendapatnya. Bukan hanya COVID atau Delta, mungkin sesuatu yang lain. Sentiasa rendah hati, bersyukur dan mendoakan perlindungan.

Vegan: meskipun hanya untuk lindungi anda sendiri, ia berbaloi.

Semua petua Mahaguru Ching Hai untuk perlindungan semasa pandemik COVID-19 (dan sebarang wabak lain) boleh disaksikan dan dimuat turun secara percuma di MastersTipsOnCOVID-19.com

Saksikan Lebih Banyak
Senarai Main
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android