Cari
Seterusnya

Berita Wajar Diberi Perhatian / Berita Terkini

Sebuah mesej daripada Mahaguru Ching Hai (vegan) untuk Ulang Tahun ke-4 Supreme Master Television.

2021-10-03
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hai, semua orang yang mulia! Saya nak ucapkan terima kasih kpd anda, semua orang di planet ini, sesiapa saja yang dulu menyumbang, sekarang menyumbang dan akan menyumbang kepada Supreme Master Television dalam tahun-tahun ini.

Pada hari ulang tahun ke-4 ini, dan juga hampir Hari Haiwan Sedunia, 4 Oktober, saya ucapkan terima kasih kepada anda semua yang juga dulu menyumbang, sekarang menyumbang, dan akan menyumbang kepada kebajikan haiwan, penghuni bersama kita, pembantu kita, rakan kita, haiwan di planet ini, dengan sebarang cara yang boleh dgn segala kasih sayang dan usaha anda. Terima kasih atas masa, dedikasi anda semua. Semoga Tuhan rahmati anda semua. Semoga Tuhan tunjukkan kepada anda Kasih Sayang, Rahmat, Berkat-Nya sepanjang hidup anda, serta keluarga dan kawan anda juga.

Kita bekerja bersama untuk planet yang lebih pemurah dengan ghairah dan sepenuh hati, bersama-sama, arah yang sama, matlamat yang sama, impian yang sama. Jadi kita bersama, bersatu padu dan kuat. Kita hanya boleh makin hari makin kuat dan makin bersatu padu. Kita tidak akan berhenti. Kita tidak akan goyah. Kita tidak akan dialihkan perhatian atau menjadi tawar hati walau apa pun. Saya sangat bangga berada di sisi anda. Saya sangat bangga bekerja bersama anda, orang yang mulia, penyayang, baik hati, berbelas kaihan dalam generasi ini.

Semoga Tuhan menyokong kita semua. Semoga Tuhan rahmati kita semua. Semoga Tuhan buat kita kuat dan teguh dlm perjalanan kita membantu planet ini menjadi Firdaus di Bumi di mana semua makhluk tidak perlu takut sesama kita. Semoga semua makhluk hidup tenang, bahagia serta mendapat Rahmat drpd Tuhan Yang Maha Berkuasa dan semua Syurga di atas. Amin.

Kasih Sayang saya kepada anda semua. Ucapan terima kasih saya kepada anda. Berkat saya kepada anda semua, jika Tuhan berikan sebarang berkat kepada saya untuk diberikan. Kita bersyukur kpd Tuhan atas segalanya yang kita ada, segala kekuatan yang kita ada dan segala berkat setiap hari.

Syukurlah, Tuhan, bagi pihak kita semua di Bumi.
Saksikan Lebih Banyak
Senarai Main
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android