Cari
bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • polski
  • italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Others
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Sebabkan Kurang Kesakitan dan Karma: Tumbuhan Lebih Sesuai Dimakan, 5/5

2024-04-30
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Bukanlah arahan fizikal yang anda tiru daripada Guru yang membuat anda menjadi Guru. Tidak, tidak. Ada Kuasa Guru di sebalik semua itu, Kuasa Berkat yang dikurniakan daripada Tuhan, Rahmat Tuhan yang mengalir melalui Guru yang membantu anak murid. Jika tidak, anda akan memudaratkan diri sendiri dan orang yang ingin anda ambil sebagai anak murid. Itu bahan ketawa. Jika anda tidak berada di peringkat yang cukup tinggi, anda tak dapat menerima ini dan tak dapat gunakannya, sama seperti bayi kecil atau kanak-kanak bertatih yang tak dapat mengendalikan hal rumah tangga! Dia tak dapat makan dan cernakan semua makanan yang manusia dewasa makan pun. Dia akan jatuh sakit atau mati! Hanya kerana cek anda kelihatan sama seperti cek saya tak bermakna anda dapat bayar dengannya jika anda tiada wang di dalam bank. […]

Jadi lihatlah, jika saya mencari duit, orang mengkritik juga. Jika saya berikan wang, orang saya sendiri pun mengkritik, beritahu saya mengapa saya berikan begitu sedikit. Saya harap saya dapat beri lebih banyak, memang macam itu. Saya rasa sangat malu dengan saya tak dapat berikan jauh lebih banyak lagi. Tetapi kita semua buat apa yang boleh saja, kan? Ya. Jadi mereka tak harus mengkritik saya kerana berikan sedikit, mencari duit atau apa-apa seperti itu. Kita semua ada karma sendiri untuk dilangsaikan. Kita semua ada tanggungjawab untuk dilaksanakan. Macam itulah di dunia ini.

Jika saya sentiasa bergantung pada semua anak murid, saya tak rasa saya dapat buat banyak kerana saya akan perlu tinjau siapa membuat berapa banyak duit dan sebagainya. Jika saya sentiasa bergantung pd mereka, suatu hari nanti, ia akan habis. Wang mereka mungkin kehabisan. Jadi saya juga perlu mencari duit bagi berbelanja pada jenis kerja untuk tujuan mulia atau amal jariah – bagi membantu orang apabila mereka benar-benar perlukannya. Saya tak dapat bantu seluruh dunia, tak dapat bantu semua mangsa bencana. Saya hanya buat apa yang boleh. Saya berikan sebanyak yang boleh dengan Rahmat Tuhan. Jadi saya tak tahu mengapa orang nak mengkritik saya atas menjalani kehidupan biasa, kehidupan yang baik supaya semua ajaran saya, semua kerja amal atau kerja Supreme Master Television dapat diteruskan dengan wang jujur ​​dan bersih saya. Saya tak tahu apa yang tak kena dengan itu tetapi mereka tetap mengkritik. Namun, lebih baik daripada bunuh saya – tetapi mereka masih nak bunuh saya.

Saya memang ada musuh juga – mereka yang saya tentang. Mereka berkuasa: raja dadah, industri daging orang-haiwan, industri arak… Mereka ada kartel, ada orang yang membunuh juga. Nyawa saya terancam lebih daripada beberapa kali. Tetapi Tuhan masih ada Belas Kasihan terhadap saya, jadi saya masih hidup. Dalam peperangan pun, anda tahu saya menentang peperangan. Saya mahukan keamanan untuk semua orang hidup dan menyumbang kepada kehidupan normal serta untuk orang hidup dengan sihat tanpa ketakutan. Kebanyakan orang sudah jalani kehidupan yang susah untuk mencari duit bagi menjaga ibu bapa, saudara-mara, kawan, anak mereka sendiri dan diri sendiri. Jadi perang akan buat kehidupan mereka lagi seperti neraka. Anda dah tahu akan itu. Saya menentang peperangan, menentang pembunuhan orang-haiwan. Saya menentang apa-apa saja yang memudaratkan manusia dan buat kehidupan mereka menderita. Jadi dah tentu saya ada musuh. Jika kita menentang seseorang, mereka tak suka kita, membenci kita. Mereka malah bunuh orang sendiri.

Jadi selagi saya masih hidup, jika saya tahu akan sesuatu dan dibenarkan untuk beritahu anda, saya akan buat begitu. Ada banyak perkara yang saya tahu yang saya tak boleh beritahu anda. Saya tak dibenarkan. Anda tak dapat buat banyak dengannya juga, pengetahuan Syurga. Jika anda bermeditasi, menjadi vegan, ada Guru yang baik, maka anda akan sendiri tahu akannya, tak perlu saya beritahu anda. Jika anda tiada semua itu yang menyokong pertumbuhan spiritual anda, maka meskipun saya cakap selama 10,000 thn, anda takkan dengar. Kebanyakan orang tak dengar kata saya. Bukan sahaja tak dengar tetapi juga boleh cederakan saya pada bila-bila saja dengan tindakan-tindakan, cara-cara yang berlainan. Saya seorang diri saja. Saya perlu melindungi diri supaya saya dapat terus bersama anda, saudara seamalan dan pasukan saya, pasukan Supreme Master Television.

Supreme Master Television, bukanlah niat saya nak ada nama macam itu tetapi Syurga yang arahkan. Saya perlu. Mahaguru Ching Hai juga, bukanlah niat saya nak ada nama ini tetapi saya perlu adanya. Saya buat segalanya mengikut Syurga, mengikut takdir dan misi saya yang perlu saya laksanakan. Jika saya ada nama biasa saja, atau hanya Guru Ching Hai saja pun, mungkin saya akan ada lebih banyak anak murid, mungkin akan ada kehidupan yang lebih tenang. Apabila orang tak dengar nama ‘Mahaguru’, maka mereka tak rasa tidak suka. Tetapi saya perlu ada semua itu. Terpaksa. Itu jalan takdir yang perlu saya ikut. Itu misi takdir yang perlu saya terus laksanakan.

Saya lebih suka jalani kehidupan yang tenang dan tanpa kenal di Pergunungan Himalaya yang dalam dan tinggi, contohnya, di mana ada salji sepanjang tahun, pada musim panas pun. Kita begitu senyap, tenang dan berseorangan di sana. Kita tak perlukan banyak wang untuk hidup macam itu. Wang yang saya peroleh biasanya cukup untuk menampung saya sepanjang hidup hingga saya meninggal, pada bila-bila Tuhan memanggil saya pulang ke Rumah. Saya tak perlu bekerja lagi. Saya tak perlu, tetapi saya perlu demi kepentingan orang lain, malah demi kepentingan makhluk lain seperti orang-haiwan, pokok, tumbuhan, demi kepentingan mereka dan makhluk tak nampak yang lain dari syurga yang lebih rendah pun.

Banyak kerja seseorang yang menjalankan misi seperti misi saya perlu lakukan tapi kami tak boleh sentiasa beritahu anda kerana jika kita memberitahu tentang sesuatu yang baik atau buruk, karmanya akan menjadi berlipat ganda. Contohnya, jika kita berikan wang kepada seseorang dan asyik memberitahu tentangnya, maka kita akan berhutang wang. Kita akan berhutang lebih banyak wang daripada apa yang kita berikan. Itu masalahnya. Tetapi saya perlu buat segalanya di dunia fizikal ini secara terbuka, kebanyakannya secara terbuka untuk biar anak murid saya lihat contohnya dan sendiri melakukannya. Tetapi kebanyakannya saya lakukan. Dan oleh sebab kita ada saluran TV dan saya tak dapat sendiri lakukan semuanya, jadi ia perlu melalui akauntan, contohnya, atau jabatan khas yang menguruskan itu untuk saya, maka mereka akan mengetahuinya. Semua orang akan mengetahui itu juga kerana kita ada Supreme Master TV dan mereka akan paparkannya di TV, contohnya. Tiada penghujungnya. Tak banyak yang dapat saya elakkan di dunia fizikal ini.

Saya memang lebih suka memberi di mana-mana kpd sesiapa pun dgn tunai kerana macam ini saya tak perlu melalui sistemnya, seperti dengan akauntan atau jabatan yang berkaitan. Tetapi ini tak sentiasa boleh. Dah tentu, ini boleh kerana kadangkala saya boleh memberi dengan tunai secara peribadi dan tiada orang yang akan tahu. Saya takkan beritahu sesiapa pun. Tetapi biasanya saya perlu bergantung kepada pasukan saya, jabatan yang berkaitan untuk menghantar wang ke mana-mana saja kita perlu membantu orang. Sebab itulah kebanyakan daripadanya adalah rasmi dan terbuka.

Dalam sesetengah kes rasmi juga, jika penerima lebih suka tidak diketahui umum, maka kita juga takkan mengumumkannya di mana-mana. Kadangkala saya nak memberi kepada sesuatu pertubuhan besar tetapi disebabkan oleh nama saya, saya tak dapat lakukannya. Saya perlu meminta orang lain supaya melakukannya untuk saya tetapi saya membayar wang untuk itu. Suatu kali, saya malah minta pengurus bank supaya gunakan wang saya dgn namanya untuk diberikan kepada sesuatu pertubuhan yang baik bagi membantu pelarian, contohnya. Tetapi yang itu juga tidak diketahui oleh jabatan atau pasukan saya. Hanya orang di bank itu tahu.

Buat masa ini, saya kekal sesenyap mungkin, bermeditasi untuk dunia, dengar mesej Syurga kerana kadangkala Mereka beritahu saya sesuatu, untuk pastikan saya selamat – bagaimana menjaga keselamatan diri buat masa ini di tempat itu, misalnya macam itu. Jadi saya agak sibuk siang dan malam sebenarnya. Saya jalani kehidupan sederhana, makan makanan sederhana. Saya tak perlu memakai banyak pakaian yang kelihatan mewah, atau barangan kemas kaya dan megah yang saya reka bentuk. Saya lebih suka jenis kehidupan ini tetapi masih beri sumbangan kpd dunia secara nampak dan tak nampak Saya hanya beritahu anda perkara ini supaya anda tahu bahawa semua orang akan disalahkan meskipun mereka berbuat baik. Lagi banyak kita berbuat baik dari segi spiritual khususnya lagi banyak kita akan disalahkan dan berada dalam situasi berisiko dalam hidup.

Banyak daripada anda ingat saya tidak buat banyak. Meskipun saya memberi inisiasi, senyap saja, hanya sedikit arahan dan transmisi, hanya duduk dengan senyap, macam saya tak buat apa-apa pun. Bukan macam itu. Itu Kuasa, Tenaga tak nampak yang masuk ke dalam diri anda, menaikkan anda dan membantu anda mendapat pembebasan – sudah pun begitu dalam hayat ini. Anda semua tahu akan itu. Sekurang-kurangnya majoriti daripada anda tahu. Jadi sebelum anda tahu jauh lebih banyak anda berfikir, “Oh, Guru tak buat apa-apa pun! Itu apa yang dibuatnya sewaktu inisiasi. Dia malah biarkan biksu dan biksuninya melakukannya tanpa kehadirannya sewaktu inisiasi. Jadi saya boleh buat begitu juga.” Oh, tidak, tidak! Tidak. Jangan wujudkan karma untuk diri sendiri. Anda dah ada cukup banyak karma. Anda tak cukup kuasa untuk menghapuskan semua karma orang yg ingin anda ambil sebagai anak murid.

Anda ingat anda hanya membuat perkara fizikal seperti saya, memberitahu mereka cara duduk dan melakukan ini, melakukan itu, kemudian duduk diam-diam bersama. Anda buat begitu dan ingat anda sudah pun seorang Guru. Oh, tidak, tidak, bukan macam itu! Yang penting bukan cek. Yang penting ialah wang yang kita ada di dalam bank yang menyokong cek itu. Sama juga, bukanlah gelaran ‘Guru’ yang buat anda menjadi Guru. Bukanlah arahan fizikal yang anda tiru daripada Guru yang membuat anda menjadi Guru. Tidak, tidak. Ada Kuasa Guru di sebalik semua itu, Kuasa Berkat yang dikurniakan daripada Tuhan, Rahmat Tuhan yang mengalir melalui Guru yang membantu anak murid. Jika tidak, anda akan memudaratkan diri sendiri dan orang yang ingin anda ambil sebagai anak murid. Itu bahan ketawa. Jika anda tidak berada di peringkat yang cukup tinggi, anda tak dapat menerima ini dan tak dapat gunakannya, sama seperti bayi kecil atau kanak-kanak bertatih yang tak dapat mengendalikan hal rumah tangga! Dia tak dapat makan dan cernakan semua makanan yang manusia dewasa makan pun. Dia akan jatuh sakit atau mati! Hanya kerana cek anda kelihatan sama seperti cek saya tak bermakna anda dapat bayar dengannya jika anda tiada wang di dalam bank. Itu sangat mudah macam itu, sangat senang untuk faham.

Janganlah berhasrat untuk menjadi Guru, cuba menjadi Guru atau menarik orang supaya mereka ikut anda. Tidak, semua ini membuang masa dan memudaratkan diri sendiri. Kerana meskipun anda benar-benar ingin bantu mereka, apa-apa pahala yang anda miliki, kuasa spiritual yang baru anda terima atau dibuka oleh Guru yang membantu anda, berkati anda, mrk (anak murid) akan ambil semuanya drpd anda, dan itu masih terlalu sedikit, jadi tak cukup untuk anda menampung diri dan tak cukup kuasa tambahan untuk anda berikan kepada mana-mana kononnya pengikut anda. Jadi jangan cuba. Jangan cuba. Jika saya hantar biksu atau biksuni pergi ke tempat yang jauh untuk menginisiasi orang, saya memang memindahkan Kuasa utk mereka lakukannya, sewaktu inisiasi.

Jika anda memisahkan diri dan sendiri melakukannya, ingat anda sudah pun seorang Guru, anda hanya memudaratkan diri sendiri. Mungkin anda malah perlu pergi ke neraka atas itu kerana anda bukan Guru tetapi berkata anda ialah itu. Dalam agama Buddha, itu salah satu dosa terbesar. Itu takkan buat anda mendapat apa-apa.

Baiklah. Saya perlu pergi adakan persidangan dalaman sekarang. Saya harap saya akan bercakap dgn anda pada lain hari apabila saya ada sesuatu yang benar-benar penting untuk beritahu anda tetapi saya sentiasa perlu minta keizinan Tuhan dulu untuk itu pun. Jadi anda faham mengapa saya tak bercakap lebih banyak dgn anda.

Cubalah lebih banyak bermeditasi, sebanyak yang boleh, pada bila-bila saja, malah ketika anda duduk di dalam bas atau kereta api, cuma jangan terlepas stesen anda. Cuba sebarkan veganisme dan cara bermoral untuk menjalani kehidupan. Itu akan membantu orang lain menjadi sedar. Itu akan membantu dunia ini menjadi tempat yang lebih baik, atau malah menjadi syurga – kita harap, dengan Rahmat Tuhan.

Semoga anda semua selamat maju jaya, seperti biasa, dalam amalan spiritual, makrifat yang lebih besar, dan semoga segalanya yang mulia, baik dan munasabah yang anda hasratkan menjadi kenyataan. Amin. Kita bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Kita berterima kasih kpd Guru Tertinggi, Anak Tuhan. Kita berterima kasih kepada semua Santo dan Orang Suci di semua arah pada semua zaman. Jagalah diri. Temu lagi.

Jangan lupa akan Tuhan. Jangan lupa untuk bersyukur kepada Tuhan setiap hari. Bukan sahaja pada waktu kita tetapi juga pada waktu peribadi anda. Pada bila-bila saja anda boleh, pada bila-bila saja anda ingat, fikirkan Tuhan, bersyukur kepada Tuhan, cintai Tuhan serta cuba sayangi semua jiran anda, manusia, orang-haiwan, tumbuhan dan pokok di planet ini. Ingatlah supaya bersyukur kpd Tuhan, semua Guru pada semua zaman atas makanan yang anda makan dengan rendah diri, rasa syukur dan kasih sayang. Terima kasih. Selamat tinggal. Tuhan Rahmati, Tuhan Kasihi anda.

Photo Caption: Dengan Hanya Satu Cahaya Besar, Seluruh Dunia Boleh Menjadi Terang!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Episod  5 / 5
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
3:09

Diet Rendah Karma

399 Tontonan
2024-05-15
399 Tontonan
2024-05-15
67 Tontonan
2024-05-15
574 Tontonan
2024-05-14
28 Tontonan
2024-05-14
821 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android