Kita kesuntukan masa sekarang. Dunia kita memang dalam kecemasan. Ada beberapa bom yang berdetik, tak perlu perubahan iklim pun. Syurga dah marah. Bumi dah marah. Alam Semula Jadi dah marah, menunggu kita kembali ke sifat asal yang penyayang, pemurah seperti yang Tuhan hendaki untuk menyelamatkan orang lain, diri sendiri dan keluarga. Semua tenaga marah, derita ini, semuanya diarahkan kepada kita. Berbanding dengan ini, bom atom hanyalah seperti mainan kanak-kanak. Jadilah wira. Ubah cara hidup kita. Jadilah wira. Bantulah planet ini. Selamatkan haiwan. Selamatkan dunia kita.
Kita berdoa bersama-sama. Meskipun anda tak dapat menjadi vegan sekarang, berdoalah agar segera menjadi begitu. Mendoakan Dunia Vegan. Bersamalah kami setiap hari dari pukul 9 hingga 10 malam, masa Hong Kong, untuk berdoa atau/dan bermeditasi untuk Dunia Vegan agar kita juga akan ada Keamanan Dunia yang berpanjangan. Semoga Syurga banyak memberkati anda. Terima kasih banyak-banyak.
Doa kita adalah berkuasa kerana ia disokong oleh Syurga, Santo dan Kuasa Tuhan. Ia ada kuasa yang besar, tak pernah diketahui sebelumnya, terutamanya sekarang kita lakukannya bersama-sama, dan anda menjadi vegan, berdoa untuk menjadi vegan, akan menjadi vegan dengan segala sifat belas kasihan dalam diri anda. Ia sangat berkesan. Beritahulah ahli keluarga, kawan, kenalan anda, sesiapa saja yang anda kenali supaya berdoa bersama kita untuk dunia vegan. Ia baik untuk mereka juga. Kita BERDOA, BERMEDITASI BERSAMA selama kira-kira satu jam, teruskan lagi SETIAP HARI sehingga Dunia Vegan wujud.
Ikhlas selama lima, 20 minit pun, semua itu bantu membersihkan dunia kita, menyelamatkan kanak-kanak, dan menjalani kehidupan yang mulia, wajar, sesuai dengan anak Tuhan. Sertailah kami untuk menyelamatkan makhluk tak berdosa. Sertailah kami untuk menyelamatkan dunia kita. Tolonglah! Moga Tuhan rahmati anda berlipat ganda dalam hayat ini dan di akhirat.
Pasang jam penggera di mana-mana saja anda, apa-apa pun yang anda buat, berhentilah untuk seketika bagi berdoa untuk Dunia Vegan bersama kami, pukul 9 hingga 10 malam, masa Hong Kong.